4 Hari Lagi.....

Hari ni baru aku dapat dok kat giat ngan aman tanpa sakit perut... Alhamdulillah... Hari ni Ckg. Zul jalankan ujian teori untuk modul dier yang terakhir... Modul tu dier ajarsepanjang minggu lepas. Minggu lepas Aku rasa takde satu hari pun kedatangan aku penuh. Selalunya pagi ade,petang da balik ataupun langsung tak datang. Aku memang cuak ar bile nak wat ujian tu. Tapi, perlahan2 aku wat. Bile ada yang tak boleh nak jawab aku tanya ckg. Dier pun dengan selamba bagi jawapan. Huh. Ape lagi, makin banyak la aku tanye. Tengah2 wat ujian tu,dier suruh berhenti, pergi makan dulu kat dewan. Ada makanan lebih sebab tadi ada lawatan daripada pelati2 Giat dari Perak dengan cikgu2 diorang. Aku makan sikit je,sebab tak nak perut aku sakit. Lepas makan aku terus je masuk kelas balik dan terus sambung menjawab ujian. Cikgu takde masa tu.Apa legi,dak Bai pun da buka nota, aku pun tanye minta ar jawapan daripada dier. Akhirnya,soalan berjaya dijawab sampai habis.

Tengah hari tu aku g main snooker jap ngan dak Lan. Lepas tu aku g tolong dak apis selesaikan hal pinjaman dier. Lama juga. Memula pergi bank,dier nak keluarkan duit. Lepas tu pergi beli stam Lembaga Hasil. Seterusnyaa pergi ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk "mati stamp". Macam pelik je bunyi. Akhirnya pergi ke pejabat Mara untuk menghantar borang pinjaman tersebut. Dah selesai semua,kitorang pergi minum Lai Chi Kang dekat "Usahawan".
Lepas tu,terus balik Giat.

Masuk je kelas aku nampak dak 'Iffah. Ape ar minah ni,pagi tadi takde, tetibak(care dak iffah sebut) je muncul. Terus lepak dengan dier. Hady pun ade masa tu. Nak tau kitorg cakap pasal pe? Pasal bola. Boleh tahan gak si 'Iffah ni citer pasal bola. Minat kot. Bual punye bual tak perasan jam da pukul 5.15 p.m. Waktu untuk pulang. Aku pun kemas2 la barang dan terus balik. Sampai je kat tempat parking motor, dak Lan cakap tayar motor dier pancit. Aku sruh dier pergi pam tayar sebab dier tak de duit nak tukar tiub. Then, kitorang terus balik.

Sedar tak sedar da tinggal 4 hari je lagi kat Giat. Esok mungkin hari last kalau cikgu nak mengajar. Ckg, Nordin kate nak wat ujian. Hari Rabu ader jamuan akhir Giat. Khamis da convo, takkan la ckg nak mengajar Jumaat nanti. Kejap je rase 6 bulan. Lepas ini masing2 dengan haluan masing2.

Monday, June 26, 2006

0 Comments: