Nak Balik Da!!!

Assalamualaikum w.b.t......

Aku nak balik GMi da ari ni.. Tiket aku kol 2 kang... Dak Yus pn balik arini gak, tapi tiket dier kol 4.30... Smalam aku g mp ngan dak Ku, Farid, Ijat & Bon.. Memule dak Yus nak ikut skali, tapi x jadi lak... Lame gak x g mp, bile g smalam x der banyak berubah pn.. Same jer ngan dulu... Aku g smalam pn kejap jer... X lamer mane pn... G sane makan, jejalan pastu balik...

Dak yus da bgtau kat blog dier yang dier nak btolak 20 September ni.. Huhuhu... Pasni 6 thn lagi ar br leh jmpe dier ngan dak Raf.... Good Luck utk mereka... Hehehehe....
Act,aku da xtau nak ckp pe.. Tgh mengarut smbl cari idea...

Korg tau x cte pasal Lina Joy Nngan Kump. yg sokong Artikel 14.. Lina Joy ni Orang Islam dulunya yang kini nak murtad. So, cter dier ni dijadikan kes dan dibawa ke mahkamah. Lina Joy ni plak disokong oleh kump tadi. Kump tu nak kerajaan mencipta satu undang2 baru iaitu artikel 14, yang menyatakan pasal kebebasan beragama. Diorang juga mempermainkan ayat Al Quran yang menyatakan bahawa agama Islam tidak memaksa manusia untuk memilih agama Islam. Diorang menggunakan ayat tu sebagai "dalil" diorang untuk menyokong Lina Joy murtad. Islam memang x melarang manusia untuk memilih agam mereka sendiri, tapi, bile da digelar sebagai seorang muslim, adalah haram baginya utk memeluk agama lain. Tu da dikire sebagai menyekutukan Allah, dan dosanya sgt2 la besar. So, ramai jugak org Islam yang da sedar pasal isu ni dan membuat bantahan beramai-ramai.
Mereka juga sedang dalam usaha memungut 1 juta tandatagan sebagai bantahan terhadap Artikel tersebut. So, kite sebagai org Islam haruslah membantu dalam menentang kumpulan Artikel 14 ni. Kalo nampak borang yang diedarkan mengenai isu tersebut, baca dan jangan ragu2 utk menurunkan tandatangan. jangan risau korang xkn kene tangkap dan disumbatkan ke dalam lokap atau penjara. Korang juga xkan ditangkap dan dimasukkan ke dalam ISA. hehehe... So, sae2 la kita menentang isu murtad ni...

Kumpulan2 yg menentang Kes Lina joy ini pernah mengadakan satu ceramah dan deminstrasi aman untk menyuarakan bantahan. Diorang wat kat KL. X silap aku kat masjid negara kot. Kehadiran orang ramai dalam majlis tu sgt menggalakkan. sampai hadirin terpaksa duduk kat atas pentas,betul2 depan penceramah utk mendengar ceramah yg disampaikan. Kalo nak kire yang berdiri kat luar lagi ar ramai. Aku banyak tau pasal isu ni dari Harakah. Nak cari kat surat khabar biase ni susah nak jumpe. Kalu kat Harakah tu mcm2 diorang ulas.

*Jgn salah sangka, aku bukan anti kerajaan atau penyokon pembangkang. Aku menyatakan aper yang aku alami. It's True..

Sebagai kesimpulannya, kalu Lina Joy menang kes ni, maka Artikel 14 ni akan jadi sah. Korang nak tau ape akan jadi bile artikel ni jadi sah?
Ibubapa atau sesiapa saja yang menyuruh anaknya menunaikan solat atau mengerjakan suruhan Allah,boleh disaman atas sebab memaksa org tersebut utk beribadat. Kire macam memaksa org tu memilih agama Islam ar. Worst, akan ramai la yg x byr zakat dan menunaikan kewajipan nanti. Nak tegur nanti kene saman lak, so ape leh wat? Setakat boleh marah dalam hati je ar.. Nabi kate org yg blh mencegah maskiat hanya dengan membencinya(dalam hati) adalah selemah-lemah iman. So, kump. artikel 14 ni cube nak menjatuhkan agama Islam kat Malaysia ni. Semoga Allah memelihara kita semua dari terjebak dengan gejala ni.

Ok la, aku da xtau nak ckp pe lagi... Aku nak g bersiap.

Aku ader final exam 1 dari 18 sampai 22 aribln ni. so,korang tlg ar doakan kejayaan aku eh.. Pape pn time kasih aku ucapkan pada semua yang sudi membaca artikel aku ni. Bukan artikel 14 tau..

Salam.

Sunday, September 03, 2006

0 Comments: