ALUMNI STP

Assalamualaikum w.b.t....

Lama sudah aku tak post ape2 kat blog kelas ni... Bukan apa, aku tak ada bahan yg hendak diutarakan... Tapi, sekarang dah ada dah...

Hari Sabtu, 2 Jun, aku pergi ke sekolah sebab ada perjumpaan untuk mewujudkan ALUMNI untuk sekolah kita... Perjumpaan ini diadakan oleh Ckg. Abd Rani. Selain itu, Ckg. Ramli, Ckg. Abu Samah dan Ckg. Rogayah turut hadir sama...

Sambutan oleh bekas2 pelajar agak kurang memberangsangkan... Sebab tak ramai sangat yang hadir.. Mungkin disebabkan ramai yang tidak dimaklumkan mengenai perjumpaan tersebut...

Perjumpaan diadakan di perpustakaan sekolah.. Bermula pada jam 10.30 pagi, Ckg Rani mulakan majlis dengan memaklumkan perkembangan2 terbaru sekolah.. Selepas itu, perlantikan YDP dan AJK2 ALUMNI diadakan..

Aku tak ingat siapa YDP dan AJK2 tersebut... InsyaAllah bila aku dapat senarai nama2 mereka, aku akan post dalam blog...

Selain dari itu, Ckg. Rani menyuarakan pendapat untuk mengadakan Mesyuarat Agung ALUMNI STP pada Hari Raya Haji nanti.. Tarikhnye belum ditetapkan lagi.. Yang pasti, bukan pada 1 Zulhijjah.. Sekiranya ada sebarang cadangan dan bantahan, boleh diutarakan dalam blog ini.

Ckg Rani ada mengetengahkan masalah yang dihadapi oleh sekolah sekarang ini.. Keadaan pelajar2 yang kurang bersemangat untuk belajar.. Mungkin dengan adanya ALUMNi ini dapat membantu pihak sekolah untuk memberi motivasi dan semangat kepada pelajar2 STP untuk terus belajar..

Sebelum ini, beberapa orang bekas pelajar antaranya Khairul Anuar dan Nurhayati telah dipanggil untuk memberikan motivasi kepada pelajar2 STP.. Ckg Rani berharap, akan lebih ramai lagi bekas2 pelajar yang akan tampil untuk memberikan motivasi dan semangat kepada mereka..

Kepada semua bekas2 pelajar STP bermula dari tahun 2001 sehingga 2005,InsyaAllah, anda akan menerima surat daripada AJK ALUMNI mengenai pendaftaran dan aktiviti2 yang akan dijalankan. Anda semua juga boleh menghubungi Muhammad Faiz Bin Parman..

Akhir sekali, Ckg Rani berharap agar semua bekas2 pelajar dari tahun 2001 sehingga 2005 dapat memberikan kerjasama untuk menjayakan Persatuan ALUMNI STP ini..

Sebarang pertanyaan serta maklum balas mahupun cadangan dan bantahan bolehlah disuarakan di dalam blog ini...

Monday, June 04, 2007

0 Comments: