Kembalinya Ramadhan..

Dalam kesibukan merancang untuk majlis berbuka bersama akan-rakan sekolah aku dahulu, aku terlupa untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada rakan-rakan ku semua. Bukan apa, terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan bagi memuaskan hati rakan-rakanku yang lama sudah tidak berjumpa. Bagi aku, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang buat majlis begini, aku harapkan sesuatu yang agak 'grand' dan akan memuaskan hati setiap oang yang menghadirinya. Ah sudah.. Lari jauh daripada tajuk asal ni...

Setelah setahun meninggalkan kita semua, akhirnya ramadhan kembali lagi. Bai aku, ramadhan kali ini sama seperti yang lepas, cuma kali ini aku berpuasa sambil berpraktikal di Cyberjaya yang merupakan anara tempat yang paling panas dalam Malaysia. Nasi baiklah aku hanya duduk di dalam pejabat sahaj. Kalaulah disuruh kerja seperti pekerja kontrak, pengsan aku dibuatnya nanti. Pun begitu, dalam satu atau dua minggu lagi, aku diarahka untuk pergi sama ada ke Alor Setar atau Port Dickson. Aku berharap sangat disuruh pergi ke Port Dickson sahaja. Sungguhpun perjalanan ke Alor Setar adalah dengan menaiki kaal terbang, aku tetap lebih rela memandu ke Port Dickson. Pengalaman menaiki pesawat Air Asia cukup untuk membuatkan aku serik untuk menaiki pesawat daripada syarikat itu lagi.

Secara jujurnya, sudah 3 hari aku ketinggalan untuk melakukan solat tarawikh. Sama ada terlalu penat ataupun tidak berkesempatan. Seperti ramadhan yang sebelumnya, aku sentiasa berharap agar ramadhan kali ini dapat membantu aku untuk berhenti merokok. Haih~ Harapan tanpa usaha mana mungkin akan berjaya. Apa pun, aku berharap ramadhan kali ini akan menambahkan lagi kekuatan iman dan meninggikan lagi tahap kesabaran kita semua. Semoga ramadhan kali ini juga akan memberikah hidayah kepada kita semua untuk merenung dan menginsafi segala kesilapan, penipuan, pembohongan, fitnah, rasuah dan segala perbuatan keji yang pernah dilakukan (jika ada). Harapan aku agar segala yang keruh itu akan berlalu bersama bulan ramadhan nanti. Sama-samalah kita berdoa untuk mendapatkan keredhaan ALLAH SWT dan dijauhkan dari segala kemungkaran. InsyaAllah.

Aku bercadang untuk berbuka bersama bebeapa orang rakan-rakan aku daripada AIC ahad ini. Tapi kemungkinan besar ak terpaksa membatalkan niat aku kerana, aku mungkin akan balik ke semenyih selepas berbuka. Haih~ Pun begitu, 20.09.08 ini aku tetap akan berusaha untuk bersama-sama berbuka dan bertarawikh bersama kawan-kawan AIC Lembah Klang. Tak sabar la pulak.. Hahaha.. Ni satu lagi, buat rakan-rakan yang sedang membaca ni, marilah bersama-sama kta menyertai AIC ni dan menyokong perjuangan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Tak de ape yang nak ditakutkan. :D Peace~

~sign out~

Saturday, September 06, 2008

1 Comment:

Md Zaini Zulkufli said...

bgsla klu ko dah pegi tarawih..hahahahahaha