Education Fair

Kalau korang sume ada baca post aku yang lepas, aku ada beritahu yang aku akan pergi ke Pameran Pendidikan British Council. Dan tadi aku sudah pun pergi ke pameran tersebut. ( Fair = pameran ke? ke Pesta? Macam mane ko nak sambung blaja kat UK ni? Fair pun ko ckp pameran. Haih~) Ok, pesta pendidikan. Apa-apa pun aku telah selamat pergi ke pameran tersebut bersama dengan 2 orang kawan aku dan adik aku. Excited siot nak pergi mase tu.


Dah sampai kat KLCC kitorang pun register la as visitors. Dpt Goody bag yang berisi liquid dan pen sebatang. Ya, akan aku gunakan beg itu sebaik mungkin. So, kitorang pun masuk la ke dalam Hall 5, KLCC tu. Mula-mula sekali aku dah set dalam kepala otak aku ni untuk melawat booth Uni of Plymouth. Sebab aku tau Uni tu ader menyediakan course yang berkaitan dengan course aku sekarang ni. Aku amik la buku prospectus kt booth tu. Mula-mula nak bertanya dengan mak cik omputih kt booth tu, tp disebabkan dia sibuk sangat kitorang pun berlalu la mencari booth uni lain.


Next stop is Coventry University. Uni ni pun menarik gak. Aku ckp aku nk enroll dlm Course Ethical Hacking and Network Security. Kitorang pun berbincang lah dengan sorang pak cik omputih kat booth tu. Fluent giler ar dia terangkan pasal course tu. Aku ingatkan dia macam normal ambassador untuk uni tu je, sebenarnya dia merupakan salah seorang lecturer untuk course tersebut. Bila aku cakap aku amik course network security, bertambah menarik la perbincangan kitorang.


Lepas habis berbincang, kitorang masuk dalam satu conference hall ni. Ada talk pasal IELTS. Yang sedihnya, kitorang terlambat. Sebab masa kitorang msuk tu, dah nak abis da talk tu. So, dpt dengar hujung2 je la.


Lepas tu kitorang g ke Staffordshire Uni. Yang ni pun menarik sebab ada course ape ntah nama dier. Yang penting memang berkait rapat la dengan course aku ni. So, macam biasa kitorang berbincang la macam mana nak enrol la hape la. Tapi booth uni ni xbest sikit, sebab xde handout yang boleh kitorang amik. Haih~


Last sekali, kitorang pergi ke kaunter feedback. Ikutkan hati memang aku tak suke nak bagi2 feedback ni, tapi disebabkan ader goodies yang disediakan bagi setiap manusia yang memberi feedback, secara tiba-tiba, tanpa dikawal, kaki aku melangkah ke kaunter tersebut. Isi lah feedback forum sume tu. Pastu aku dapat thermos as goodies. Ok la tu, daripada tak dapat apa-apa.


Sedikit kesimpulan daripada program aku hari ini :


  1. Aku asyik tanya pasal credit transfer walaupun pada dasarnya, aku memang tak nak pun buat credit transfer ni. (Saja nak tunjuk yang aku minat)
  2. Bila cakap pasil credit transfer, diorang akan tanya pasal course content aku. Diorang cakap kat website GMI tak lengkap. Setakat letak nama subjek without any description of each subject. So, aku dan rakan-rakan kena wat sinopsis for each subjek dan submit kepada insan tersebut. ( Nasib baiklah masa dia buka website GMI, server tak down,yang mana perkara ini selalu berlaku. Take note Khalil, u n ur gangs are going to handle the website next time.)
  3. Bayaran accomodation di UK agak mahal. Dan diorang kira by week ya rakan-rakan. Not by month macam kat Malaysia ni. Satu minggu bayarannya adalah lebih kurang 50 pound to 60 pound. Cuba korang jadikan pound tu kepada RM. (Mana pegi icon pound kat keyboard laptop ni?) *pound dalam ayat ini merujuk kepada matawang, bukan berat. harap maklum.
Emm... buat masa ni tu je lah kesimpulan yang dapat aku simpulkan. Kalau ada simpulan-simpulan yang aku terfikir lagi pasni, InsyaAllah aku tak update. 


~sign out~

Sunday, March 29, 2009

Day by day..

Sedar tak sedar, sekarang ni dah sampai ke penghujung bulan Mac. Maknanya aku ada kurang lebih 2 bulan lagi untuk menyiapkan Final Year Project aku. Walaupun korang rasa aku macam bertungkus lumus menyiapkan projek tersebut, aku sebenarnya tidak. Hari aku sering kali dihabiskan dengan tidur, menonton movie dan bermain futsal (Perlukah aku berbangga dengan kejujuran ini?).. Pun begitu, hati aku tetap gusar apabila aku memikirkan mengenai perihal projek ini. Habis bab projek.


Esok aku akan pergi ke KLCC untuk menghadiri British Council punye Education Fair. Ya, sememangnya aku memasang cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dengan berbekalkan CGPA yang boleh dikatakan memenuhi syarat untuk memohon pinjaman daripada MARA, aku berharap dapat menyambung pelajaran pada bulan September ini. Sebabnya, pengambilan pelajar di UK hanyalah setahun sekali iaitu pada bulan September. Itu yang aku tahulah. Kalau ada pengambilan pada bulan Januari pun hanyalah untuk jurusan bisnes dan seangkatan dengannya.


Bab nak sambung belajar ni pun aku pening kepala juga. Nak pilih Universiti mana tu satu hal. Nak isi online form kat UCAS pn satu hal lagi. Lagi satu, IELTS. Majoriti UK's Uni nk at least band 6 or 6.5 untuk qualified. Aku dengar, IELTS ni susah. Tapi kalau aku nak juga sambung belajar, kenalah cuba sedaya upaya. Ya, aku yakin aku boleh. Bukan sebab aku ni rakyat Malaysia yang berpegang pada motto " Malaysia Boleh". Aku yain aku boleh kerana diri aku ni agak dah biasa dengan bahasa asing tersebut. Terima kasih diucapkan kepada parent dan cikgu2 aku yang menjadikan aku tidak asing kepada bahasa asing tersebut.


Masalah paling besar untuk sambung belajar sekarang ini adalah, kemampuan MARA untuk memberikan pinjaman pelajaran untuk membolehkan aku mendaftar pada tahun ini juga. Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh seorang kawan aku ni, MARA hanya boleh membenarkan kitorang sambung belajar dengan menggunakan pnjaman mereka bermula tahun depan sahaja. Maknanya, aku kena tunggu lebih daripada setahun untuk sambung belajar. Betul ke tak apa yang kawan aku cakap ni? Damn~ I really need to go to MARA to find out myself. Kalau betullah tak boleh dapat loan untuk tahun ni, apa yang harus aku lakukan? Kerja? Tanam anggur? Haih~ Buntu...


Apa-apa pun, esok aku nak check it out dulu universiti mana yang best untuk di-'apply'. Best dari segi jurusan dan faktor geografi. Tips yang diberikan oleh mak cik aku, stay away from Scotland and London. Scotland adalah sangat sejuk. Dan kos hidup di London adalah sangat mahal. "Bear in mind Khalil!" "No to any Uni in or near Scotland and London!". Remember! Remember! Err, Plymouth dekat ngan London or Scotland ke? hurmm...

Saturday, March 28, 2009

Sedikit Gambar

Aku dengan Amer, sbg 1st double.


Bergambar sebelum mula game ngan mecha


Bang Zai, aku n Sry sblm game Netball..


Aku ngan BangZai..


Sibuk bermain netball


Sry, Peci, Amer n Aku.. Sebelum mula kelas...


Aku, Peci, Amer, Mimi kat San Francissco Pizza.


Peci, Sry,Amer,Aku kt Sg. Gabai.


Aku, Amer, Peci, Syamil kat mane ntah aku tak ingat dah...


Dua gambar kt atas ni diambil masa on da way nak g Pavillion from Times


Lama dah rasa tak upload gambar dalam blog ni. Haaa... Gambar2 kat atas ni, adalah beberapa gambar yang aku snap atau kawan2 aku snap bermula dari awal sem sampai sekarang. Memangla ada banyak lagi gambra-gambar tu, tapi tak kan nak upload semua kot. Hurmmm... Been thinking of getting an account in photopages or flickr. Naaahh.. Maybe later. Orang-orang dalam gambar2 kat atas nilah insan2 yang selalu menjadi teman lepak aku. Best friend la senang citer. So, korang layan la ye ape yang boleh dilayan.


~sign out~

Tuesday, March 10, 2009

Update a.k.a kemaskini

Uish, lame da rasenye aku tak kemaskini blog aku ni. Terlalu fokus kat blog lagi satu yang lebih dikomersialkan berbanding blog ni. Komersial la sangat. hahaha... Masa aku dok tengok blog-blog orang lain tadi terasa cam nak ber'blog' la plak. Padahal tak de idea sangat pon. hahaha..


Here some new update from my last post until today. Well not exactly as detail as it should be in reality. Just a few highlight for some interesting and important activities along that period.


Department IE, which is my department anjurkan sukan antara semua pelajar semester 6 dengan staff IE. Macam-macam sukan ader. Futsal, badminton, bola tampar, bola jaring n sepak takraw. Setakat ni, sukan yang aku terlibat adalah, futsal, badminton, bola tampar dan bola jaring. Dan setakat ini jugak, belum ada lagi keputusan yang boleh aku banggakan selaindaripada seri lawan futsal ngan group mecha. 


Yang aku nak highlightkan kt sini adalah, aku bermain bola jaring. Hahaha... Jd GS weh. Sharp shooter kot. tp score sebijik je la. hahaha... Dah lah aku tak tau pun pasal rules netball ni, kne la blaja drpd girls class aku. Kne la trun training ader 1 ptg tu. hahaha...


Tadi ader presentation on our progress report. Ala untuk final year project aku.. Haih~ Progress tak banyak sangat. Mata aku ni da nak juling da tgk coding untuk LMS ni. Abis pening da kepala aku ni memikir nak main ngan coding PHP ni. Aku plak boleh concentrate untuk ngadap coding ni bile ader mood je. Kalo mse ngah lecture tbe2 mood nk tgk coding tu dtg, aku abaikan je lectrer kt dpan tu. Aku berlayar ngan laptop aku dlm lautan simbol2 coding yg aku sendiri tak berapa nak paham.


Harap-harap sangat la aku dapat meet the verifiers expectations mase internal and external verification nanti. Nasib la ader si tua zaini tu untuk ngadap coding ngan aku. Nak harapkan paan yang kununnya banyak 'komitmen' tu, bek aku bakar je laptop aku drpd bg dier adap coding tu. Aku tak leh nak bayangkan muka dier bile dok depan laptop sambil mengkaji coding, pastu tangan dlm seluar sambil mulut ternganga. Haih~ Korang yang baca ni, tak payah la bayangkan cmne rupenye, yang pasti memang buruk benor. hahaha...


Skang ni aku ngah baca satu english novel yang dimiliki oleh paan. Ntah dier beli ke dier jumpe ntah. Tapi best weh novel ni. Tajuk dier CROSS. Da nak abis da ni. Haih~ Satu sebab kenapa aku jarang beli novel n buku cerita ni, sebab bila aku da mula baca, susah nak berhenti. tak kire la sok ader kelas ke tak. Haih~ Natijahnya, bile dalam kelas esoknya tu, mula la mata sepet aku ni jadi kuyu. hahaha...


~sign out~

Friday, March 06, 2009