Day by day..

Sedar tak sedar, sekarang ni dah sampai ke penghujung bulan Mac. Maknanya aku ada kurang lebih 2 bulan lagi untuk menyiapkan Final Year Project aku. Walaupun korang rasa aku macam bertungkus lumus menyiapkan projek tersebut, aku sebenarnya tidak. Hari aku sering kali dihabiskan dengan tidur, menonton movie dan bermain futsal (Perlukah aku berbangga dengan kejujuran ini?).. Pun begitu, hati aku tetap gusar apabila aku memikirkan mengenai perihal projek ini. Habis bab projek.


Esok aku akan pergi ke KLCC untuk menghadiri British Council punye Education Fair. Ya, sememangnya aku memasang cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dengan berbekalkan CGPA yang boleh dikatakan memenuhi syarat untuk memohon pinjaman daripada MARA, aku berharap dapat menyambung pelajaran pada bulan September ini. Sebabnya, pengambilan pelajar di UK hanyalah setahun sekali iaitu pada bulan September. Itu yang aku tahulah. Kalau ada pengambilan pada bulan Januari pun hanyalah untuk jurusan bisnes dan seangkatan dengannya.


Bab nak sambung belajar ni pun aku pening kepala juga. Nak pilih Universiti mana tu satu hal. Nak isi online form kat UCAS pn satu hal lagi. Lagi satu, IELTS. Majoriti UK's Uni nk at least band 6 or 6.5 untuk qualified. Aku dengar, IELTS ni susah. Tapi kalau aku nak juga sambung belajar, kenalah cuba sedaya upaya. Ya, aku yakin aku boleh. Bukan sebab aku ni rakyat Malaysia yang berpegang pada motto " Malaysia Boleh". Aku yain aku boleh kerana diri aku ni agak dah biasa dengan bahasa asing tersebut. Terima kasih diucapkan kepada parent dan cikgu2 aku yang menjadikan aku tidak asing kepada bahasa asing tersebut.


Masalah paling besar untuk sambung belajar sekarang ini adalah, kemampuan MARA untuk memberikan pinjaman pelajaran untuk membolehkan aku mendaftar pada tahun ini juga. Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh seorang kawan aku ni, MARA hanya boleh membenarkan kitorang sambung belajar dengan menggunakan pnjaman mereka bermula tahun depan sahaja. Maknanya, aku kena tunggu lebih daripada setahun untuk sambung belajar. Betul ke tak apa yang kawan aku cakap ni? Damn~ I really need to go to MARA to find out myself. Kalau betullah tak boleh dapat loan untuk tahun ni, apa yang harus aku lakukan? Kerja? Tanam anggur? Haih~ Buntu...


Apa-apa pun, esok aku nak check it out dulu universiti mana yang best untuk di-'apply'. Best dari segi jurusan dan faktor geografi. Tips yang diberikan oleh mak cik aku, stay away from Scotland and London. Scotland adalah sangat sejuk. Dan kos hidup di London adalah sangat mahal. "Bear in mind Khalil!" "No to any Uni in or near Scotland and London!". Remember! Remember! Err, Plymouth dekat ngan London or Scotland ke? hurmm...

Saturday, March 28, 2009

2 Comments:

Yu said...

go bebeh!!

Anonymous said...

i went already.
hurm..
next post aku story nti ye.. hehehe...
tungguuuuuuu~
hahaha...