been busy~

Been busy with lots of thing.. Especially convo..

heads up, convo's story n pics comin' up~

Tuesday, November 17, 2009

Cerita hari ini~

Hari ni g keje ngan emosi yang stabil. Masuk lab, tgk pc2 sume cam well maintain. So, 1st impression aku, ari ni leh settlekan 2 lab. N maybe boleh balik awal. So, wat kerja dengan riang. Lepas siap 1 pc yg dijadikan sbg master pc utk diclonekan kpd pc2 yang lain, ktorg pun mula buat ghostcasting. Hampeh~ Hiren xleh detect NIC. So, kne wat local. Copy image masuk dlm external har disk. Ghost secara local. Setel ghost, restart pc. Cilakak! Windows kecik plak.. Xpe2, boleh repair. Tengah2 repair, hang la pulak. Adoiyai. Try kat pc lain.. Yes! Boleh repair. TP bila log in, hampeh error banyak. Try bukak application, source file sume da berterabur. Satu pn xboleh bukak. Ati da panas. Tengok luar, hujan turun dengan lebat. Adoiyai~ Buat lagi satu master pc.. Mase ni da pukul 4 lebey da. Siap master pc yg satu lagi ni, trus try ghost kt pc sblh. OK! Xde mslh. Tapi kerja akan disambung oleh partner aku ok. Sok, ak nk g bangi. Ada rehearsal convo.


So, bersiap nak balik. Hujan da berhenti. 1st impression aku, balik ni xde la basah. So, gerak balik ngan tenang, tapi otak n ati bercelaru. Celah mane yang tenang, ak pn xtau. Xsempat nak kuar UM, langit kembali mendung. Da macam malam dah rase. Keluar UM, hujan mula turun. Aku sarung seluar baju hujan. Baju hujan ak da pakai sebelum tu. Jalan depan sikit, hujan turun ngan lebat. Tension!! Nak stop, memang aku malas. Kang lagi panas lak ati ni tggu hujan stop. AKu redah je sampai shah alam. Tiba kat rumah, kasut da mcm kolam ikan. Air penuh bertakung. Apsal la aku tak abwak selipar g keje. Haih~


Skang ni, aku tengah dok adap pc ni. Nak buat apa pun tak tau. So, aku update blog. Tak tau la ada yang baca ke x.. Tapi skang ni sumpah aku tak tenteram. Otak aku tengah pk mcm2.. Hati aku ni, xleh nk tenang. Sejak aku start keje ni, ada je bende yang tak kena. Buat itu xkena, buat ini xkena. Aku pun tak tau knape. Tapi nak buat camne, pendam je sudah. Nak cerita kat org lain aku macam tak reti sangat. So, simpan sampai meletop!!


Niat nak g bangi ari ni. Tapi hujan lebat ni memaksa aku utk batalkan niat aku. Haih~ Something very2 big is bothering me right know. Really big!! God help me...I feel very lost.. Don't know what should i do.. How should i handle it.. Really2 lost right now.. *sigh* Sape kacau aku skang ni, sumpah aku tumbuk muke ko sampai pecah!!

Thursday, November 12, 2009

Perihal kehidupan seharian..

Tajuk post tu macam melambangkan idea tengah banyak yang akan digandingkan bersama penggunaan ayat-ayat yang dramatis. Ya, setakat tu je la aku boleh guna ayat-ayat macam tu. Ni dah tak boleh nak fikir ayat-ayat dramatis lagi berpuitis lagi dah. Dan ya, sekarang ni aku sedang menaip secara spontan tanpa mempunyai sebarang idea untuk dicurahkan. Apa yang terlintas dalam otak, itu yang jari aku akan tarikan atas keyboard. [Tapi aku terpaksa menapis sedikit sebanyak apa yang terlintas dalam otak ni, takut-taku nanti ada yang tak patut diberitahu nanti, terkeluar pula]


Hobin jang hobin~ Sumpah aku tak faham apa maksud hobin tu. Tapi itu yang aku nampak dalam TV masa final piala FA aritu kot. NS lwn Kelantan. Yang berakhir dengan kemenangan NS sebanyak 3-1. Game yang agak menarik, tapi belum mampu untuk membuatkan aku berhabis duit lepak kat mamak untuk menontonnya. Sekadar menonton kat rumah sahaja. Apa yang aku nak kisahkan sebenarnya adalah sikap segelintir peminat-peminat Kelantan yang membakar mercun, kerusi dan membaling objek-objek ke arah padang. 3/4 daripada penonton pada malam itu adalah penyokong Kelantan. Ape kes? Tak puas hati? Apa salah kerusi tu sampai kena bakar? Sekarang tengok apa dah jadi, Persatuan bola sepak kelantan akan diambil tindakan kerana sikap-sikap tidak professional penyokongnye. Ape? Ingat pemain je kena profesional? Penyokong pn kena jugak. But in a different way la orang kata.


Malam semalam pulak, Man U kalah dengan Chelsea. Tapi tak ada pula kerusi yang terbakar. Mercun pun tak de pam pom pam pom kat padang tu. Menang kalah adat permainan [saja nak pujuk ati yang tengah sakit sbb Man U control game tp kalah].. Tak apalah, game banyak lagi. Banyak lagi masa. Tapi agak sia-sia jugaklah perjalanan aku ke Subang semalam bila pulang dengan kekecewaan. haish~ Xpe2.. Man U still my fav team. Tapi ku tgk Obertan tu macam ada potential 2 b a good winger. Sama-sama kita nantikan.


Habis bab bola, masuk bab kerja hari ni. Yeah, hari ni terasa sangat penat. 3 orang nk setelkan 1 lab yang ada 50 pc. Lab tak ada internet. Ada local area network sahaja. Network pn agak langsi. Gune static IP yang agak menyusahkan n aku tak faham ape pasal diorang gune static IP.range 01 smpi 255 untuk satu jabatan yang ada 3 or 4 building. Mau x conflict ble korang tgh2 wat keje. Nak2 ble tgh wat ghost. Sumpah sakit ati.. Tapi nak buat camne kan? Dah itu tugas kitorang, nak tak nak kena gak buat. So, tadi siap lebih kurang jam 6.00 ptg. Keluar lab dengan semangat sebab nak balik sbb tak tahan dah tengok pc lab tu, tiba2 keluar je tgk hujan yang agak lebat. Terus sarung baju n seluar hujan. Niat memang nak redah je, tak nak tunggu hujan reda dah. hahaha.. Maka dengan semangatnya aku redah hujan untk bergerak pulang dr UM ke shah alam.Sakit2 gak la pinggan ni dok bongkok sebab nak 'potong' angin bagi laju. Maklum la motor EX5 buruk tu, laju mane la boleh g kn. Rase cam nk naik 125 ku je sok. Tapi minyak macam air lak motor dier. Bazir minyak, jimat masa. Masa itu emas, emas lg best dari minyak. So, patutkah aku bazir minyak untuk menjimatkan masa? Huurrrmmm....


~sign out~

Monday, November 09, 2009

Kerja dan kerja..

Kenapa bila nak ber-blogging je, aku kne draft sampai 2 or 3 kali. The 1st one will never make me satisfied. Haih~ Mungkin memang tiada bakat untuk ber-blogging dengan baik. Tapi still nak ber-blogging jugak. How? Hantam sajalah~


Sedar tak sedar dah 5 hari aku kerja. Memang best. Mau tak, hari-hari adap komputer, yang memang berkaitan la ngan bidang yang aku belajar. Banyak jugaklah ilmu-ilmu baru yang aku dapat n aku harap ilmu-ilmu tu nanti berguna bila aku sambung degree nanti. Kerja memang best beb, tapi ada jugak benda yang wat kerja jadi tak best. Contohnya, bila ko nak keluar pergi kerja dengan penuh semangat, ko tengok langit kat luar tu tengah mendung. Kalau naik kereta, it's not a big deal la kn. Tapi kalau naik motor, it's a damn big deal man. Silap-silap, boleh hancure bederai semangant nak g keja tadi. Tapi, dengan adanya baju hujan, mungkin semangat tu dapat dipelihara lagi. Itu la yang aku hadap almost everyday. Kalo pergi keja tak hujan, balik kerja msesti hujan n vice versa. Nasib baik la hari ahad ari tu tergerak nak beli baju hujan. Habis terbang RM 68. Haih~ Tapi tak pe, itu keperluan. Tak perlu menyesal~


Cepatnye masa berlalu, sampai aku baru teringat, sabtu mggu depan ada convocation. Damn~ Duit lagi.. Kena bayar RM 200 utk jubah n gambar. Kalo aku tak nak sewa jubah n tak nak amik gambar boleh x? Kenapa bila convo je wajib kena pakai jubah? Kalo bagi pinjam free tak pe la.. Tak pun kire bayar macam cagaran. Kalo keadaan jubah yang dipulangkan sama dengan keadaan masa diambil, wang cagaran dipulangkan. Kan ke lebih membantu macam tu. Ni sampai RM 200 nak kena bayar. Lepas kitorang pakai tu, diorang anta jubah tu g dobi je pun. Bape ringgit sangatlah harga nak basuh selai jubah tu. Kalo bayar RM 200, pastu amik terus jubah tu xpe la jugak. Tapi tak jugak, ape je aku nak wat ngan jubah tu nanti. Kain buruk kat umah ke? tak kire la, tapi bagi aku, harga RM 200 untuk sewa jubah n gambar tu macam melampau je. Mungkin sebab aku tak tau effort yang diorang lakukan untuk dapatkan bayaran sebanyak itu. Tapi korang pk la sendiri.. Nak bayar sumthing tu, biar la berbaloi. Macam iklan celcom, berbaloi-baloi.. Mintak2 la mak aku cakap macam tu suatu masa nanti.. Lalalala~


Hari ni hari Sabtu, Ku n ijat balik Melaka. Aku dok sorang dalam bilik ni. Nak msg ngan awek aku, takut ganggu dier nak study pulak. Tadi kena kemas rumah katanya, ada sedara nak datang. So, nak lepak ngan mbr rumah, diorg tak de, nak msg ngan awek, awek bz. Ape aku nak wat ni? Nak sambung tido balik macam tak mengantuk je. Jam baru menunjukkan pukul 12.00 p.m. Damn~ Hari masih panjang.. Tapi tak ada aktiviti nak dibuat. Haih~ Nak kuar makan pun malas. Bosan beb g makan sorang2. Nak masak pun malas gak ni. Makan je la kuih2 raya yang ku ada bawak dulu. Tapi cam da masuk angin sikit. Haih~ Nasib baiklah macan bermurah hati nak bagi pinjam laptop dier. Tak delah aku keras ketung dok dalam bilik ni tengok tv je. Sumpah bosan, kalau tak de astro. ASik tengok drama melayu yang pelik, iklan yang merapu, dan berita2 yang bosan. Haih~ Tak berkembang otak.


Ahad malam ni aku ngan mbr2 nak g tgk bola kt Asia Cafe. Ada sapa2 mau join? silalah roger ye..


Otak pun da benak nak menaip. Rokok pun da nak abis. Nak g beli kt kedai, mcam pns je kat luar tu. Malsa lak nak kuar. Nanti2 la.. Malam2 cket ke. Sape2 ada idea nak menghilangkan bosan? Syaratnya, idea mestila tidak menggunakan duit dan efektif. Tak efektif, aku sepak korang.. hahaha~


~sign out~

Saturday, November 07, 2009