Update~

Assalamualaikum~

Lama gile dah aku tak update blog ni. 2 bulan lebih.. Bukan sebab busy, tp abb aku xde idea nak tulis apa. Macam biase la. Skang ni tekan butang2 atas keyboard ni secara spontan. Last update dulu mase dekat Penang. Tengah cuti sem + bekerja. Skang ni cuti sem + kerja pun da abis. Siap da masuk sem baru + da nak cuti raya a.k.a mid sem dah.. Lama2~

Kepada semua pembaca (ada ke?), sy Muhammad Khalil Bin Abu Kasim inging mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Ceh~ da 17 Ramadhan (nak masuk 18) baru nak cakap. Takpe, bak kate omputih, better late than never, aite? Harapan aku agar sepanjang bulan Ramadhan ni kita dapat meningkatkan segala amal ibadah yang mana pahalanya adalah berlipat ganda berbanding bulan2 yang lain. InsyaAllah~


Ok, semester baru hampir mencecah usia 2 bulan. Semester ni aku amik 17 credit hours. Xtau bape subjek. LoL~ So, far yang betul2 core bg aku adalah Engineering Math + LAN & WAN~ Dua2 subject lecturer ajar cam nek keta Ferrari padahal anak murid baru nk belaja convert enjin wira 1.8 tuka masuk enjin EVO. Haih~ Nak tak nak, kene teran abis2 ar time belajar.

Bulan puasa ni, kelas mula jam 8 pagi. Isnin sampai khamis, kelas aku mula kol 8. Mengantuk der.. Ini sume sebab aku jenis tak reti nak tido awal.. Paling awal pun kol 12 baru nk baring. Mau kol 1 or 2 baru lelap, then kol 5 da bgn sahur. Huhuhu...

So far, aku rasa everything still under control dalam bulan Puasa ni. baik dari segi berpuasa, kesihatan & emosi. Sume da ok. Xde ape mslh. Cume ada a few family matters yang kadang2 lagi pening dari soklan Engineering Math. Xpe, xde masalah yang tak boleh setel kan? Aku berharap masalah- masalah ni bole setel care baik, eve skang ni aku kalau boleh, nak setelkan secara lebih agresif.

Kadang-kadang ada manusia yang berpendidikan tinggi, tapi berfikiran macam orang bangang. Itu fakta dan aku dah tengok bukti. Tapi tak semua org berpelajaran macam tu. Cuma aku tak faham camne ada orang yg berpelajaran tinggi, tapi perangai macam haram~ Ikutkan hati muda aku ni, da lama dah tangan dan kaki ni hinggap kat muka si bodoh ni, tapi disebabkan mak ayah aku ada sekali masa tu, aku tahan je. Tapi mulut aku tak de sape boleh tahan, so si bodoh ni bernasib malang sebab kena 'sekolah' ngan aku. haish~ Ikutkan hati nak buat police case, tp org atasan si bodoh ni, sebab nak jaga nama dier punye pasal, merayu mintak setelkan cara baik. Mak ayah aku jenis orang yang lembut hati, so diorang setuju. If only i was there during that time, aku da suruh da org atasan tu resign. Bangang. Pentingkan diri, skang family aku lak yang pening. Yang sorang lagi ni pun bodo jugak, aku, mak n ayah aku da g nak setelkan masalah ni, dier pulak buat masalah lagi. Nasib ko la aku balik Melaka jap lagi, ada yang berbuka makan tangan nanti.

Masalah. Manusia mana yang hidup tanpa masalah?? Orang yang tak reti berfikir je yang hidup camtu. Kalo tak berfikir cmne nk tau ada masalah btl? So, berbanggalah korang-korang yang hidupnya ada masalah, sebab korang reti berfikir. Tapi jangan sampai korang yang buat masalah. Betul kadang-kadang kita tak sengaja nak timbulkan masalah. We're human after all. Tak ada yang sempurna. Aku dulu gile kejap bile aku cakap ada orang yang sempurna. Nasib baik da sedar balik skang. Alhamdulillah~

Sebagai manusia kite kena hadapi masalah depan mata, tak kire la ko suke ke tak. Kadang-kadang kite dapat belajar daripada masalah kita sendiri. kadang-kadang masalah orang lain pun dapat mengajar dan menyedarkan kita. From solving the problems, we learn something new. Maybe something that will become handy utk masa depan. Who knows kan?? So, jangan lari dari masalah korang, jangan cepat putus asa. Face it. dan sentiasa percaya yang setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tapi janganlah lepas je kejadian tu berlaku, ko terus expect dapat nampak hikmah tu on da spot. Kadang-kadang kita tak nampak hikmahnye sekarang, mungkin esok, lusa, tulat atau tahun depan. InsyaAllah satu hari nanti kita akan nampak hikmahnye.

Live with no regrets. There's no use of regretting something that had already happened. Past is past, instead of regretting it, try to learn something from it. N xde masalah yang tak boleh setel. Sume boleh setel, cume kadang-kadang tu ada masalah yang amik lebih masa untuk selesai. jadinye, jgnlah putus asa. Aku cakap ni utk diri aku sendiri jugak. Kita sama2 manusia kan.. We can learn from each other. Kadang2 kita punya masalah yang sama, tapi daripada masalh orang lain tu br kita betul2 dapat sedar tentang kebenaran. That's why life's always full of unexpected things. U can never guess what will come next. Jangang tembok batu yang datang sudah..

Korang! Selamat menjalani ibadah puasa!!! Fighting!!!

Friday, August 27, 2010

0 Comments: