La vie

Bahasa french untuk life.. Lama aku fikir tajuk untuk post kali ni, sebab aku sendiri tak tahu aku nak tulis pasal apa. Yang betulnya bukan tak tahu nak tulis pasal apa, ada banyak benda yang nak diluahkan, bila dah bercampur genre-nye, maka tak tahu nak guna tajuk apa. Aku pernah terbaca, tajuk post boleh mempengaruhi jumlah orang yang visit blog. So, aku just nak cuba. Bukan nak tarik pembaca, just nak cuba.

Ok, mari mula dengan sambutan Hari Raya. Sudah 23 tahun aku sambut hari raya. So, there's nothing special pasal raya kali ni. Not particularly. Raya kali ni sama saja dengan raya-raya sebelum ni. Pagi raya bangun solat subuh, pergi kubur datuk aku, siap-siap pegi solat raya then balik rumah mak cik aku, tunggu saudara-mara datang, lepas tu pergi rumah nenek sebelah ayah aku, jumpa sedara mara. Malam pulak, aktiviti dengan sepupu-sepupu. Bowling, snooker tak pun tengok wayang.

Raya kedua, sebelah pagi pergi rumah sedara mara, kawan-kawan ayah aku, lepas tu sambung aktiviti dengan sepupu-sepupu sume. Wayang. Tahun ni tak dapat main go-kart macam tahun-tahun lepas. Sebab management litar tu da bertukar. Diorang tutup time hari raya kedua. Sumpah kitorang jadi bosan bila litar go-kart tutup. haih~

Raya ketiga, dah tak banyak agenda. Open house. Sedara-mara or kawan-kawan ayah aku. then, mula la bahagian beraya dengan kawan-kawan. Melawat cikgu-cikgu n kawan-kawan sekolah yang lain. Tahun ni tak berapa ramai yang ikut. Tahun lepas agak ramai dan meriah. Tahun ni tak ramai, tapi tetap meriah.

Dan sekarang ni, aku dah pun berada di Ampang. Kelas dah bermula isnin hari tu. Got a couple of tests next week. Aku paling pening test java. Macam mana nak jawab test, kalau belajar pun tak faham. Bukan salah lecturer, salah aku. Aku tak minat programming. Aku ambil course networking, aku tak faham kenapa kena blaja java programming. Sebagai nilai tambah mungkin.

Okay, masuk bab semasa pulak.
Cukai top-up sekarang dah naik. 6% is it? Betul sebelum ni pun ada cukai dah. Tapi tak ditolak secara langsung kepada customer. Bermula 15/9 ni, harga top-up RM 10 akan menjadi RM 10.60. 60 sen Gomen amik. Satu hari berapa ramai orang yang top-up RM 10? Jumlah penduduk Malaysia sekarang ni menghampiri 3 juta. memang tak logik kalo aku cakap satu hari 30 juta orang top-up RM 10. Kita ambil lah 5 juta orang. Banyak? Okay-lah, 3 juta orang lah. Lebih kurang 1/10 lah. 3 juta ni korang darab dengan 0.6 sen. Jumlahnya 1.8 juta sehari. Dalam masa kurang 2 bulan dah boleh beli cincin Rosmah. Aku tak cakap 25 juta. Tu harga dalam USD. Aku cakap RM 75 juta. Ringgit Malaysia.

Nasib baik sekarang ni, kredit telefon aku, kalo di top-up RM 10, mampu bertahan 2-3 hari. Kalau dulu 1 hari pun tak sempat. Tapi, still akan terasa. Aku rasa dengan cara ni, hasil kutipan cukai negara akan melonjak. Korang kena ingat, bukan yang bekerja sahaja guna handphone. Pelajar sekolah pun guna sekarang ni. Memang diorang guna duit mak bapak, tapi still nak top-up jugak kan.

Kenapa cukai top-up ni naik? Diorang cakap cukai ni sama macam cukai yang dikenakan bila korang beli makanan macam kat McD. Nak cakap banyak pun, tak jadi apa. Kita tengok, bila da naik cukai top-up ni, dan aku yakin Gomen akan dapat banyak duit, adakah jumlah rakyat or keluarga miskin dalam negara ni dapat dikurangkan dengan banyak atau pun tidak. Kenapa pula kena kurang dengan banyak? Tengok balik calculation kat atas tu.

p/s: pilihanraya semakin hampir? dana? korang tau nak undi siapa lepas ni?


UPDATE: aku dengar, RM10.60 tu harga paling rendah korang boleh dapat top-up RM10. PALING RENDAH bukan PALING TINGGI..

Thursday, September 08, 2011