Untuk apa sebenarnya?

Tengah bosan-boasn lepak akt rumah hujung minggu ni, sambil tunggu awek aku tak msg2 lagi, aku terfikir pasal satu perkara. satu perkara yang kadang-kadang aku rasa aku ada jawapannya, kadang-kadang aku rasa aku hilang pedoman. Aku dah bergelar graduan[diploma] dan sekarang ini sedang menyambung pelajaran dalam peringkat ijazah. Ijazah adalah peringkat yang lebih tinggi daripada diploma. Maknanya, aku sedang menuju ke arah satu tahap ilmu yang lebih tinggi dari apa yang aku pelajari dulu. 



Masalahnya sekarang ini, korang semua yakin ke, orang yang ada ijazah ni, tahap pengetahuannya lebih tinggi dari orang yang ada diploma. Macam aku, bila aku grad n dapat ijazah ni, adakah itu bermakna aku lebih hebat n bijak daripada orang yang grad n dapat diploma? Lagi satu, kenapa perlunya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi? Ok, untuk mendapatkan ilmu yang lebih tinggi. Dan ya, itu merupakan fardhu ke atas semua umat Islam. 


Tapi, zaman sekarang ni, korang rasalah, kebanyakan orang Islam yang sedang menuntut ilmu kat luar sana tu adalah kerana ianya adalah fardhu, atau pun sebab nak masa depan yang lebih cerah. Ok, satu lagi persoalan. Masa depan yang lebih cerah tu macam mana? Bila korang ada rumah besar? kereta besar? Boleh lepak minum kat starbuck ari2? Boleh breakfast, lunch, dinner kat hotel? atau pun, korang hidup dengan sederhana, makan paki untuk anak bini semua cukup, ada kereta untuk pergi ke mana-mana tak kira mewah atau pun tidak? Bagi korang, masa depan yang lebih cerah tu macam mana?


Habis kalau orang yang tak sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tu, adakah diorang tak memiliki peluang untuk mendapatkan masa depan yang lebih cerah? Orang-orang susah, marhein, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tu, ada yang tak mampu nak menampung kos untuk sambung belajar tu, adakah diorang tak berpeluang untuk memiliki masa depan yang lebih cerah? Tak kan nak dapat semua tu kena belajar tinggi2 kan? Ada je orang yang belajar sampai tahap SPM, tapi still boleh dapat masa depan yang cerah. Semuanya terpulang pada diri korang sendiri, untuk mendifinisikan sendiri maksud masa depan yang lebih cerah tu. 


Bagi aku pula, kadang-kadang aku sendiri blur nak cakap masa depan yang cerah tu macam mana. Ya, aku memang nak hidup senang. Nak keluarga aku hidup senang, mampu memnuhi keperluan asas diorang. Masalahnya, apa yang aku rasa cukup ni, family aku akan rasa cukup ke? Macam mana aku nak tau benchmark utk cukup tu?


So, panadi-pandailah korang pk sendiri apa yang korang nak utk masa depan korang. Masa depan, masing-masing punye. Lu pikir la sendiri..

Sunday, January 17, 2010

Da New Journey Begins

Alhamdulillah, aku dah selesai mendaftar kat Unikl MIIT. Skang ni aku dok kat Pandan Indah. Rumah member aku masa sekolah kat Sultan Muhammad dulu. Macam biasa, bila jadi pelajar baru mesti ada orientasi. Tapi disebabkan aku duduk luar, maka aku boleh skip program-program orientasi yang kebanyakannya mengarut. Aku just attend program-program yang penting macam briefing MARA n credit exemption. Yang lain-lain, aku abaikan.


Proses transfer credit agak susah bila syllabus yang di-request dapat lambat. So, sampai ke hari ni proses transfer credit still belum selesai. Tapi aku dah pun register beberapa subjek. Minimum credit hour is 12 hours. Maximum credit hour is 19 hours. Tapi aku amik 14 credit hours je. Ada 2 subjek yang 4 credit hours. Pastu yang len aku tak ingat.


Skang ni 1st week dah habis. Second day class, ak demam la plak. So, tak pergi kelas. huhuhu... Minggu ni gak aku dok add n drop subject je keje. hahaha.. Mula-mula ada 17 credit hour. Skang ni da tinggal 14 sebab ada subjek yang mgkn blh transfer.


So, the new journey for a brighter future begins. Aku harap aku leh handle any problems yang bakal datang dengan jayanya.. Amin~


Wish me luck frens~

Friday, January 15, 2010

Tak berapa nak langsung dari Perlis

Owh, pertama kali update blog dari Perlis. Tak teruja mana pun. Internet cam ape je. Filter tak beragak, sampai nak buka soccernet pun tak boleh. Aku dah ketinggalan berita2 sukan bola sepak dunia. Haih~ Owh, ckp pasal bola sepak, Malaysia berjaya layak ke peringkat akhir. Game semalam agak menarik. Aku tengok hujung-hujung je. Kelihatan sedikit peningkatan dalam prestasi bola sepak malaysia. Bagus2~



Dan Man United kalah kepada Aston Villa sabtu ari tu. Damn! Home game lak tu. Tp memang aston villa perform jugaklah malam tu. Tp still Man United blh menang sbnrnye. Tak tahu mana silap. Defence kot. Semenjak dua menjak tiga menjak ni, defence cam haram. Haih~


Perihal kerja kat perlis. Hurm.. Last week aku wat keja ngan hairil Tp semalam n hari ni ak wat sorang2. Hairil balik ofis. Malam ni br sampai sini balik. Em, kerja cmne? Boleh la. Computer sangat sukar nak dijangka. Mase ko setup, sume nampak ok. Bila nak ghost, tbe2 lak ada masalah. Haih~ Sok, nak setelkan 1 1/2 lab exam. Damn~ Lepas tu ada lg 4 lab Comptia. Tp lab2 tu xde nak wat ape pun. Lepas tu pulanglah ke kampung halaman.


Hunny cakap angahnya ada kenduri kahwin kat jasin sabtu ni, Aku pun ada ajak hunny temankan aku g beli barang-barang nak sambung belajar nanti. Tapi xconfirm lagi. Huhuhu~ Jadi ke x, hanya masa yang dapat menentukan. hohoho~


Tadi hunny ada test-shoot ngan dara.com. Dan petang tadi diorang call suh datang balik sok. Utk photoshoot lak. Even bukan untuk cover, still aku nak ucapkan tahniah utk insan tersayang Raja Noor Diyana. Congratz2!! Photoshoot esok adalah untuk ruangan make over kot. Kalo xsilap la. Sumpah, aku xpenah beli majalah dara.com.. hehehe.. Skang ni, beliau sedang mencari tudung kat SACC Mall. Semangat nak photoshoot sok. Pape pn good luck 2 u,dear.. =D


Aku plak? Menempuh hari-hari yang bosan sambil dok dalam bilik ni. Tiba-tiba lak aku asik tunggu jam tunjuk kol 7.25. Tgk tv3.. Ni md zaini pnye pasal la ni. Dok ajaq aku tgk nur kasih. Haa.. ni da ter-addict plak. Ang jgn xnk ngaku mat, mase nk convo kte lepak kt umah mat tong, ang paksa aku suh tgk nur kasih. hahaha...


Xlame dah ni nak sambung degree. Mintak-mintak la dengan bekerja ni, otak aku x jadi lembab mse start degree nanti. Nak kata ak ada ngadap nota, harapan la weh. harapkan kerja aku ni la yang leh wat aku remind balik ape yg aku dah blaja dulu. Huhuhu..


Ish, terasa cam lame je x date.. Ehem~ ehem~ Hunny, bila free? Perlu buat appointment dulu ke? =P

~sign out~

Tuesday, December 15, 2009

been busy~

Been busy with lots of thing.. Especially convo..

heads up, convo's story n pics comin' up~

Tuesday, November 17, 2009

Cerita hari ini~

Hari ni g keje ngan emosi yang stabil. Masuk lab, tgk pc2 sume cam well maintain. So, 1st impression aku, ari ni leh settlekan 2 lab. N maybe boleh balik awal. So, wat kerja dengan riang. Lepas siap 1 pc yg dijadikan sbg master pc utk diclonekan kpd pc2 yang lain, ktorg pun mula buat ghostcasting. Hampeh~ Hiren xleh detect NIC. So, kne wat local. Copy image masuk dlm external har disk. Ghost secara local. Setel ghost, restart pc. Cilakak! Windows kecik plak.. Xpe2, boleh repair. Tengah2 repair, hang la pulak. Adoiyai. Try kat pc lain.. Yes! Boleh repair. TP bila log in, hampeh error banyak. Try bukak application, source file sume da berterabur. Satu pn xboleh bukak. Ati da panas. Tengok luar, hujan turun dengan lebat. Adoiyai~ Buat lagi satu master pc.. Mase ni da pukul 4 lebey da. Siap master pc yg satu lagi ni, trus try ghost kt pc sblh. OK! Xde mslh. Tapi kerja akan disambung oleh partner aku ok. Sok, ak nk g bangi. Ada rehearsal convo.


So, bersiap nak balik. Hujan da berhenti. 1st impression aku, balik ni xde la basah. So, gerak balik ngan tenang, tapi otak n ati bercelaru. Celah mane yang tenang, ak pn xtau. Xsempat nak kuar UM, langit kembali mendung. Da macam malam dah rase. Keluar UM, hujan mula turun. Aku sarung seluar baju hujan. Baju hujan ak da pakai sebelum tu. Jalan depan sikit, hujan turun ngan lebat. Tension!! Nak stop, memang aku malas. Kang lagi panas lak ati ni tggu hujan stop. AKu redah je sampai shah alam. Tiba kat rumah, kasut da mcm kolam ikan. Air penuh bertakung. Apsal la aku tak abwak selipar g keje. Haih~


Skang ni, aku tengah dok adap pc ni. Nak buat apa pun tak tau. So, aku update blog. Tak tau la ada yang baca ke x.. Tapi skang ni sumpah aku tak tenteram. Otak aku tengah pk mcm2.. Hati aku ni, xleh nk tenang. Sejak aku start keje ni, ada je bende yang tak kena. Buat itu xkena, buat ini xkena. Aku pun tak tau knape. Tapi nak buat camne, pendam je sudah. Nak cerita kat org lain aku macam tak reti sangat. So, simpan sampai meletop!!


Niat nak g bangi ari ni. Tapi hujan lebat ni memaksa aku utk batalkan niat aku. Haih~ Something very2 big is bothering me right know. Really big!! God help me...I feel very lost.. Don't know what should i do.. How should i handle it.. Really2 lost right now.. *sigh* Sape kacau aku skang ni, sumpah aku tumbuk muke ko sampai pecah!!

Thursday, November 12, 2009