Kak Jat dan Wanita ameno cakap diorang anggap perjuangan diorang untuk menghalang "individu tertentu" menjadi PM untuk agenda peribadi sebagai satu "jihad". Nah, aku agak terkesima bila baca dan dengar melalui media-media yang ada. Kak Jat? Jihad? Kalau betullah mereka akan "berjihad" dengan sedemikian rupa terutamanya di Permatang Pauh, kemungkinan besar PKR akan menang dengan majoriti yang lebih besar. Bayangkan Kak Jat pergi ke rumah orang-orang kampung di Permatang Pauh, dengan tudungnya yang nak terlondeh, gincu tebal, tudung lip-lapnya, mata penuh dengan maskara. Aku takut ada saja Wanita Ameno yang keluar rumah dengan kesan tapak tangan dimuka masing-masing. Fahami dulu maksud sebenar jihad sebelum menggunakan perkataan jihad itu sendiri. Bayangkan kalau Pemuda Ameno pun "berjihad" bersama-sama dengan Wanita dan Puteri Ameno. Menang besarlah PKR di Permatang Pauh nanti. Kak Jat "Si Jihadwati".
Imbas kembali pertuduhan yang dikenakan terhadap DSAI yang lepas. Beliau didakwa melakukan hubungan seks yang bertentangan dengan tabii secara suka sama suka. Dalam post aku yang sebelum ini, aku sudah ulas mengenai pendakwaaan tersebut. Suka sama suka. DSAI bertanya mengapa SI Musang tidak didakwa jika pertuduhan mengatakan bahawa mereka melakukannya secara suka sama suka? Hamid tolong jawabkan sebabnya adalah kerana SI Musang yang membuat laporan. Oleh yang demikian, Si Musang dikira sebagai saksi utama dan tidak boleh didakwa. Ini apa punya peraturan ni? Aku ambil satu contoh yang dikemukakan oleh seorang blogger. Jika A dan B membunuh C dan A membuat laporan polis mengatakan B membunuh C dimana A membantu B. Adakah A akan turut didakwa atau A akan dibebaskan kerana melaporkan kepada polis mengenai pembunuhan yang dia turut bersubahat?
Baiklah. Daripada pertuduhan yang dibacakan juga aku simpulkan bahawa Si Musang ini mengaku yang dirinya adalah seorang homoseksual? Ya atau tidak? Nah, kalau ya, sudah tentu akidah Si Musang ini sudah jauh terpesong dan adakah sumpah laknatnya itu boleh diterima? Sumpah Si Musang yang tidak reti menyebut Watallahi dan memegang Al-Quran ditangan kirinya? Dan dia sama seperti umat Nabi Luth. Si Musang, Telah diciptakan oleh Allah S.W.T ( lihat pada ejaan ini wahai Si Musang, bukannya S.A.W ), perempuan untuk dipasangkan dengan lelaki. Mengapa mahu dilawan ketentuan Tuhan. Lebih memalukan lagi, kau menggunakan nama Tuhan untuk bersumpah tetapi engkau melawan fitrahNya. Terus terang aku katakan disini bahawa aku langsung tidak percayakan kau walaupun kau bersumpah laknat. Tidak tergugat langsung kepercayaan aku bahawa DSAI tidak bersalah. Moga ditunjukkan segala kebenaran dan keadilan dihadapan mata semua orang agar mereka tahu bahawa engkau dan penyokong-penyokong engkau adalah pendusta yang nyata dan jelek lagi hina. Amin~
"Jihadwati dan Gay Sejati"
Yg memerah otak Anonymous at 2:27 PM
0 Comments:
Post a Comment