Setelah berminggu-minggu merancang dan mempromosi, akhirnya pada 27/10/2008 bersamaan dengan Hari Sabtu yang lalu telah diadakan Majlis Berbuka Puasa (Baca ;Gathering) untuk bekas pelajar-pelajar STP Sesi 01/05 (aku kire 04/05.. xpuas ati? blh blah..). Seramai 46 orang telah menghadiri majlis tersebut, termasuk Pn. Daslina dan keluarga.
Aku sendiri tiba agak lewat sedikit kerana mengalami masalah pengangkutan, tapi Alhamdulillah, masalah tersebut berjaya diatasi last minute. Dalam perjalanan menujue ke Medan Ikan Bakar, Umbai tu, aku amik skali Ctm dan Fida. Ketibaan ak disambut (xde kompang mahupun karpet merah) oleh rakan-rakan yang telah tiba lebih awal. Setelah bersalaman, kelihatan beberapa kelibat yang hadir tetapi nama mereka tidak ada dalam list kehadiran aku. Bagi mengelakkan kekalutan, aku meminta Wak unuk mengenalpasti berapa orang yang hadir pada hari tersebut tetapi tidak memberitahu aku lebih awal.
Setelah mengetahui jumlah mereka, aku segera menuju ke gerai no 12 untuk memaklumkan penambahan bilangan tetamu kepada tuan punya kedai (Mak Cik Lin). Walaupun beliau tahu penambahan bilangan tetamu bermakna, income beliau akan bertambah, Mak Cik Lin cuba menyorokkan ekspresi sebenar kegembiraan dalam hatinya. Beliau cube menutup perasaan tersebut dengan mengerutkan dahi seolah-olah beliau mengalami kesukaran untuk "menerima income yg lebih" (yoko mak cik?). Namun begitu, akhirnya beliau setuju (haa... kn da ckp da..) untuk menambahkan lagi bilangan lauk-pauk, nasi dan juga air minuman untuk 4 orang (jumlah tambahan bilangan tetamu).
Alhamdulillah, setelah melalui beberapa kesukaran, akhirnya majlis tersebut berjaya dijalankan. Keriangan dan kegembiraan jelas kelihatan kat muke kenkawan yang hadir. Kelihatan flash-flash kamera digital (ader ke yg gne camera yg ader film tu lg? boooo!!) terpancar seperti pancaran kilat yang mengalahkan typhoon kategori 4. Keriuhan dan gelak-tawa menggamatkan (mentimun lautkan) lagi suasana. Daripada meja makan, mereka beralihan ke pentas di tengah-tengah kawasan medan ikan bakar tersebut untuk bergambar. Dengan gaya jurufoto berjari bengkok (untuk menekan button snap), tertonggeng-tonggeng, dan juga ada yang hampir meniarap untuk mendapatkan sudut-sudut gambar yang menarik.
Secara keseluruhannya, aku selaku penganjur berpuas hati (da name penganjur, kalo ak xpuaskn ati aku, sape lg?) dengan perjalanan majlise tersebut. Aku memohon maaf kepada korang semua kalau ader yang terkurang ke sepanjang majlis tersebut berjalan. Kalo terlebih tu, rezeki koranglah. Jumlah bayaran untuk 36 orang pada hari tersebut adalah sebanyak RM1080. Resit boleh korang minta dan lihat daripada aku. Umah xde scanner, mls nk scan. So, harap korang semua hepi dengan majlis tersebut. Jutaan terima kasih kepada mereka yang turut membantu aku menjalankan majlsi tersebut. Terima kasih juga kepada mereka yang memberikan kerjasama dan hadir pada majlis tersebut. Sesunguhnya, jasa dan keluangan masa korang itu amatlah dihargai. Sekian.
~sign out~
Iftar F5'05 Ex-Student STP
Yg memerah otak Anonymous at 7:00 AM
0 Comments:
Post a Comment