Boikot~

Pertama sekali, aku nak cakap yang aku ni bukanlah seorang Muslim yang menyokong tindakan Israel. Aku mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel terhadap umat Palestin. Aku juga tidak membantah sebarang tindakan memboikot produk2 yang menyumbang kepada tabung senjata Israel. Aku sendiri pun turut sam memboikot produk2 tersebut. Bak kata nani (awek Md Zaini), " Selagi tak membunuh".


Satu persoalan yang selalu bermain dalam otak aku ni. Sampai bila kita semua akan terus memboikot? Sebelum ni pun ada juga berlaku aktiviti memboikot ni. Sebab Israel sebelum ni, dah banyak kali menyerang Palestin. Reaksi rakyat Malaysia sama jugak. Boikot. Tapi semangat memboikot ni hilang selepas beberapa bulan. Masing2 mula ke McD, Minum Coke, beli-belah kat Tesco dll.


Secara teorinya, aku dapat simpulkan macam ni. Hasil daripada pembelian produk2 tersebut disalurkan kepada Israel untuk membeli senjata. Ketika keadaan aman dan tenteram, kita sume lupa mengenai hal ini. Iklan promosi Tesco, Coke, L'oreal dll selalu je la keluar kat Tv. Terfikir x korang, mase ni lah Israel guna untuk kumpul dana membeli senjata. Cukup duit, cukup dana, dapatlah senjata. Mulalah serangan ganas diorang terhadap umat Palestin. Lepas Zionis da mula menyerang baru la kita nak boikot balik. Ya, kemungkinan besar ia akan memberi kesan terhadap zionis bila kita boikot. Mungkin diorang xcukup dana untuk meneruskan serangan. Tapi, diorang da berjaya membunuh ribuan umat Palestin sebelum kerja memboikot kita ni memberi kesan.


Perhimpunan aman pun sama gak. Aku sikit pun xmembantah semua perhimpunan aman untuk mengutuk tindakan Zionis. Aku sokong ader la. Tapi kita kena be realistic. Sebagai contoh, malam semalam GMI wat perhimpunan aman mengutuk israel. Terdengarlah laungan Boikot Tesco! Boikot McD!.. Tapi, perhimpunan ni dibuat dalam kawasan GMI. Untuk pengetahuan korang, GMI ni dok kt pedalaman. Xde sape dengar jeritan dan laungan tersebut. Dah tu, perhimpunan dimulakan di hadapan Masjid GMI, berarak ke Dewan besar. Jaraknya adalah lebih kurang 500 - 600 meter.


Aku sendiri tertanya-tanya apakah kesan daripada perhimpunan semalam. Secara positifnya, mungkin hati-hati pelajar GMi ni akan disematkan dengan semangat anti-zionis dan keganasan. Tapi, aku tak rasa yang perhimpunan ini akan memberi kesan terhadap zionis.


Fikir-fikirkanlah.

Thursday, January 22, 2009

0 Comments: