Ok, aku nak cakap sikit pasal By-election dekat Manek Urai. Sebagaimana yang korang tahu, PAS menang dengan kelebihan 65 undi. Jauh beza berbanding dengan pilihanraya yang lepas. So, kiranya PAS-lah yang akan mentadbir Manik Urai ini. Maka bersoraklah penyokong-penyokong PAS mengatakan rakyat masih lagi memilih PAS untuk mentadbir. Ok, memang diorang menang, jadi bolehlah diorang sorak. Bagi penyokong BN pulak, diorang cakap kelebihan yang PAS dapat semakin berkurangan, maknanya, rakyat semakin kurang yang percaya dengan PAS. BN dapat kemenangan moral,kata Najib.
Secara jujurnya, aku tak sokong dua-dua. Sebab bagi aku dua-dua sama saja. Bak kata Nami, kepututsan tu jadi macam tu [kelebihan undi semakin berkurangan] sebab rakyat dah tak tahu nak undi yang mana satu. Sebab dua-dua pun sama. Najib asyik cakap ini semua petanda baik, walaupun kalah. Haih~ Aku ingat lagi masa by-election kat Perak dulu. Dia cakap biarpun kelebihan 1 undi. Ia tetap satu kemenangan yang sah. So, kenapa hari itu nak kira undi berkali-kali? Kenapa nak cakap kemenangan moral? Kenapa nak cakap rakyat semakin kurang percaya dengan pembangkang? Bukan nak menyokong pembangkang, tapi aku terasa macam Najib ni nak tukar topik. Kekalahan kat Manek Urai menunjukkan kelemahan BN, tapi setelah ditukar-tukar topik, maka nampaklah yang BN tu tak lemah. Rakyat semakin yakin dengan BN walaupun BN kalah. Secara logiknya, kalau BN kalah pun dia cakap rakyat percaya BN, Pas yang menang tu mestilah rakyat lagi yakin,betul?
Aku rasa kalau BN pula yang menang, mesti timbul cerita pengundi dibayarlah, pengundi hantulah, undi kira tak betullah. Bagi aku benda ini semua menunjukkan yang kedua-dua pihak tak boleh terima kekalahan dengan baik. Orang Putih kata, a very bad loser. Tapi nak buat macam mana, politik is a mess. Kotor! Yang berpakat kutuk yang berbaris, yang berbaris kutuk yang berpakat. Saling membuka aib antara satu sama lain. Kiranya, dua-dua sama sahaja. So, rakyat jadi bingung tak tahu nak undi yang mana.
Habis bab politik.
Hari ini, macam biasa, aku tolong ayah aku dekat cafe. Sayang aku tak ada kelas hari ini. Dia siapkan report ROS dirumah. Aku tolong ayah aku sampai malam. Malam tadi, nenek, pak lang, mak lang, pak itam, mak cik ya, mak ngah, auntie tengku, kak sarah n family, n hana datang cafe. Makan beramai-ramai. Lepas makan aku main-main ngan anak kak sarah, si Hafiz n Kimi. Dua orang budak ni sangatlah berst. Hahaha... Cute stok tak ingat weh. hehehe.. lepas makan-makan tadi diorang balik.
Oh, tadi masa tengah ber-sms ngan sayangku, dia cakap dia da beritahu maknya aku akan datang Tg. Malim ahad ini. Sayangku tanya maknya nak umpa aku tak. Maknya cakap blh je, suh bawa datang rumah sekejap nanti. hohoho~ Program kitorang ahad nanti sebenarnya nak pergi mandi-mandi kat Kalumpang. Sebelum tu aku akan breakfast dengan sayangku, kemudian jumpa mak sayangku di rumah. huhuhu.. Aku takut-takut berani je nak jumpa mak sayangku nanti. =P Tak mengapalah, sayangku punya pasal, boleh saja. =D
7 Comments:
syg2! baru la nampak awak gelap bila bergandingan dengan hafiz tu...
ahaks!
pape pon...kedua-dua manusia di dalam gambar itu adalah comel!!!!
tp hafiz lebih skit dari awak la..=P
haaa....get ready for this sunday ok!
=D
hahaha...
ala, ngan syg pn sy nmpk gelap kn.. =P awk lg cerah.. hehehe...
eh2? hahaha... hafiz tu da btl la comel.. sy xde la.. =P
hehehe... tu la, xtau nk ready ape yang..
ape yg ptt sy persiapkan? =P
haa....lepas tu boleh lak
x puas hati sy lg cerah dari awak
kan???
ceh!
=P
eh2 ye ke........=P
persiapan?
siapkan bala tentera je..
ahaks!
hahaha... mane ader xpuas ati..
sy terima hakikat ok.. =P
haah, ye la.. =D
uish, nk g perang ke ape ni? :p
owh ya?
buktikan..
=P
ha itu la..
awak sebok nak siap2
sangat..
ahaks!
buktikan?
nk buktikan cmne je? em? em? em?
eh? ala, saje je tnye...
hehehe..
buktikan kasi nampak itu bukti la..
haih~
=P
Post a Comment