Korang pk la sndri tajuk post ni~

Hari tu baca paper, dok tgk brite psl jambatan runtuh kat perak. Yang lagi sedihnya, masa jambatan tu runtuh, ada budak2 sekolah tengah menggunakan jambatan tu. Sedih sangat weh. Kecik lagi budak2 tu. Belum sempat nak membesar abis n menikmati hidup ni. Tapi nak buat macam mane kan, dah ajal diorang. Pun begitu, aku rasa pihak yang buat jambatan tu kena la bertanggungjawab. Sebabnya,, bila aku tengok berita tadi, diorang cakap jambatan tu tak ada ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya. Tapak tak cukup kukuh. Benteng dekat tapak tu tak ada dinding nak menghalang hakisan air sungai. Kiranya, buat bagaikan melepaskan batuk kat tangga. Diorang dapat duit, tapi budak2 kecik yang jadi mangsa.


Aku tak nak ulas banyak pasal tajuk yang satu lagi ni, tapi satu lagi ADUN pakatan keluar parti. Jadi calon bebas, pastu sokong UMNO. Bek la terus masuk UMNO je. Politics really sucks~ Kotor~


Masa Man U kalah ngan Liverpool aritu, sumpah aku dpt bnyk sms berapi lepas abis game tu. Pergghh~ Xpe2, hidup ni bagaikan roda, Kejap kita kat atas, kejap kita kat bawah. So, terima je la. Tapi, still Liverpool xmsuk group top 4.. Muahahahahahaha!!!! Aku perasan gak, Ferdinand macam xfit je. Mase main utk England ngan utk Man U. Dia tak macam GIGGS. Tua2, tp steady. Tengoklah camne pasni.


Sabtu or ahad ni aku naik Shah Alam balik. Kali ni bukan utk berdating, tapi nak kerja. Aku keje kat UM. Under company pak cik aku. Keje xlame sangat. Gaji 1 hari RM 50. Boleh la. Bukan ada anak bini nak tanggung pun. Tapi da kne start saving. InsyaAllah acc br bakal menyusul. And/or acc. Wink~ Wink~


Sape tau camne nak ilangkan resah? Sumpah aku tengah resah ni. Haih~ Syuuh~ Pergi jauh la resah oi.. Kadang2 aku rasa memang patt pun aku rasa camni. Tapi, kadang2 orang lain pnye statement buat aku rasa mcm aku ni ter-over la plak. Haih~ Skang da kol 12.00 a.m... Ape cer? Aku da macam cacing panas da kt umah ni. Wat tu xkena, wat ni xkena.. Tp time2 cmni, layan Dunhill memang show. Sumpah xtipu.. Ble tarik dalam2, lepas tu.. Fuuhhh~ Ko tgk asap tu naik kepul2, macam berada di awang-awangan.. Ilang kejap resah tu.. Tp lepas abis sebatang datang balik. Hahaha.. Ape blh buat, xkn nak pasang lagi.. No.. no.. no.. Jgn wat psl.. Kalo xmati, sure tmuntah aku nanti.. [ini bukan iklan rokok ye, aku bukan menggalakkan korang. just citer ap aku rse je] Camne nk quit, kalo da cmni jd nye? Damn hard la weh~


Aku tulis post ni sbb nak distract aku pnye feeling je. Nak kuar lepak ngan mbr2 malas plak. Cam xde mood.. Lepak rumah plak bosan. Nak layan movie xde mood. Ape je yg blh aku wat ni? Haih~ Nak tido, tak ngantuk. Perut lapar ni, nak makan cam xde mknan je kt dapur. So, hasilnya, post merapu ni la.. hahaha~


~sign out~

Friday, October 30, 2009

5 Comments:

iyaka said...

pasal jambatan runtuh tu...mmg kite ley cakap struktur jambatan tu tak kukuh...sebab dah roboh dan kita menyalahkan kontaktor kerana kaut keuntungan tanpa memikirkan pengguna..cube renungkan kembali berapa ramai kontraktor yang tidak jujur dalam pembinaan tetapi bebas sebab tidak terjadi kecelakaan...pasal politik...dalam kajian ahli2 falsafah moral...politik, estetika, ekonomi bukan suatu nilai moral...jadi kita sebagai manusia yang bertamadun hanya jalankan tanggungjawab untuk mengundi...itu pun dalam konteks pembinaan negara bangsa...tetapi kita tidak perlu terlalu emosional mengatakan politik kotor....tindakan saudara mampu menggugat kestabilan negara....cube bayangkan ada orang dari negara luar terbaca blog anda...itu telah menconteng identiti negara...pasal liverpool plak....ur are not alone...

Anonymous said...

em, memang patt kontraktor tersebut dipersalahkan.. tu namanya mengaut keuntungan secara membabi buta..

pasal politik, apa guna tunaikan tanggungjawab dan bersusah payah keluar mengundi, bila akhirnya org yang diundi tu, keluar dari parti? ni secara umum dan tak merujuk pada mana2 parti. Bertanding atas tiket parti lain, selepas dipilih oleh rakyat, diorang keluar parti, masuk bebas tapi menyokonh parti lawan. mungkin ada pihak yang bersetuju dengan tindakan mereka, tapi bagaimana pula dengan yang tidak bersetuju? saya bukan mengikut emosi apabila mengatakan bahawa politik itu kotor.tapi berdasarkan pemerhatian, bukankah tidak baik jika kita membuka aib orang lain lebih2 lagi untuk kepentingan sendiri? parti a kutuk parti b, parti b kutuk parti a, bersihkah macam tu?

bagaimana pula tindakan saya mengatakan bahwa politik itu kotor dapat menggugat kestabilan negara dan menconteng identiti negara? saya bukan menghasut sesiapa atau memburukkan mana-mana parti. Saya menulis secara umum.

lagi pun, maklumat mengenai politik negara ini bukan hanya boleh dicapai dari blog saya, banyak lagi laman2 web dan bloggers di luar sana yang memperkatakan mengenai senario politik negara kita ni. Kebanyakan mereka, pada pendapat saya, lebih telus dan jujur.

Bagi saya, apa yang saya tulis dalamblog ini adalah apa yang saya rasa benar. Dan itu hak saya untuk mengakui yang mana satu benar.

Mr Daha said...

malas nak komen pasal politik.. nak komen pasal bola je.. same ayat cam mamat atas tu.. "you're not alone". he3. :P

Anonymous said...

hahaha..
yo daha..
ape cer?
lme xdgr cite..
aiseh, skang ni mcm tgh walking alone in the dark je..
:p

abe mus said...

pape jelaa..

yang penting resah ko tu hilangkn..

xkisah la pe yang ko carutkan tue..

hihi2..jgn marah...

antara mU ngan liverpool aku sokong Kelate...huhu..kelate 4Ever