La vie

Bahasa french untuk life.. Lama aku fikir tajuk untuk post kali ni, sebab aku sendiri tak tahu aku nak tulis pasal apa. Yang betulnya bukan tak tahu nak tulis pasal apa, ada banyak benda yang nak diluahkan, bila dah bercampur genre-nye, maka tak tahu nak guna tajuk apa. Aku pernah terbaca, tajuk post boleh mempengaruhi jumlah orang yang visit blog. So, aku just nak cuba. Bukan nak tarik pembaca, just nak cuba.

Ok, mari mula dengan sambutan Hari Raya. Sudah 23 tahun aku sambut hari raya. So, there's nothing special pasal raya kali ni. Not particularly. Raya kali ni sama saja dengan raya-raya sebelum ni. Pagi raya bangun solat subuh, pergi kubur datuk aku, siap-siap pegi solat raya then balik rumah mak cik aku, tunggu saudara-mara datang, lepas tu pergi rumah nenek sebelah ayah aku, jumpa sedara mara. Malam pulak, aktiviti dengan sepupu-sepupu. Bowling, snooker tak pun tengok wayang.

Raya kedua, sebelah pagi pergi rumah sedara mara, kawan-kawan ayah aku, lepas tu sambung aktiviti dengan sepupu-sepupu sume. Wayang. Tahun ni tak dapat main go-kart macam tahun-tahun lepas. Sebab management litar tu da bertukar. Diorang tutup time hari raya kedua. Sumpah kitorang jadi bosan bila litar go-kart tutup. haih~

Raya ketiga, dah tak banyak agenda. Open house. Sedara-mara or kawan-kawan ayah aku. then, mula la bahagian beraya dengan kawan-kawan. Melawat cikgu-cikgu n kawan-kawan sekolah yang lain. Tahun ni tak berapa ramai yang ikut. Tahun lepas agak ramai dan meriah. Tahun ni tak ramai, tapi tetap meriah.

Dan sekarang ni, aku dah pun berada di Ampang. Kelas dah bermula isnin hari tu. Got a couple of tests next week. Aku paling pening test java. Macam mana nak jawab test, kalau belajar pun tak faham. Bukan salah lecturer, salah aku. Aku tak minat programming. Aku ambil course networking, aku tak faham kenapa kena blaja java programming. Sebagai nilai tambah mungkin.

Okay, masuk bab semasa pulak.
Cukai top-up sekarang dah naik. 6% is it? Betul sebelum ni pun ada cukai dah. Tapi tak ditolak secara langsung kepada customer. Bermula 15/9 ni, harga top-up RM 10 akan menjadi RM 10.60. 60 sen Gomen amik. Satu hari berapa ramai orang yang top-up RM 10? Jumlah penduduk Malaysia sekarang ni menghampiri 3 juta. memang tak logik kalo aku cakap satu hari 30 juta orang top-up RM 10. Kita ambil lah 5 juta orang. Banyak? Okay-lah, 3 juta orang lah. Lebih kurang 1/10 lah. 3 juta ni korang darab dengan 0.6 sen. Jumlahnya 1.8 juta sehari. Dalam masa kurang 2 bulan dah boleh beli cincin Rosmah. Aku tak cakap 25 juta. Tu harga dalam USD. Aku cakap RM 75 juta. Ringgit Malaysia.

Nasib baik sekarang ni, kredit telefon aku, kalo di top-up RM 10, mampu bertahan 2-3 hari. Kalau dulu 1 hari pun tak sempat. Tapi, still akan terasa. Aku rasa dengan cara ni, hasil kutipan cukai negara akan melonjak. Korang kena ingat, bukan yang bekerja sahaja guna handphone. Pelajar sekolah pun guna sekarang ni. Memang diorang guna duit mak bapak, tapi still nak top-up jugak kan.

Kenapa cukai top-up ni naik? Diorang cakap cukai ni sama macam cukai yang dikenakan bila korang beli makanan macam kat McD. Nak cakap banyak pun, tak jadi apa. Kita tengok, bila da naik cukai top-up ni, dan aku yakin Gomen akan dapat banyak duit, adakah jumlah rakyat or keluarga miskin dalam negara ni dapat dikurangkan dengan banyak atau pun tidak. Kenapa pula kena kurang dengan banyak? Tengok balik calculation kat atas tu.

p/s: pilihanraya semakin hampir? dana? korang tau nak undi siapa lepas ni?


UPDATE: aku dengar, RM10.60 tu harga paling rendah korang boleh dapat top-up RM10. PALING RENDAH bukan PALING TINGGI..

Thursday, September 08, 2011

Sekian Lama~

Last publish Jun 20, 2011..

Hari ni dah August 28,2011.. da lebih 2 bulan aku tak update blog ni. Bukan kata update, buka blog ni pun jarang. Nak kata sibuk sangat tak ada pun. Dah banyak kali dah aku create post untuk blog ni, tapi separuh jalan je. Tengah aku menaip, tiba-tiba aku rasa macam tak best je apa yang aku taip. So, aku pn cancel. Macam sekarang ni la, aku tengah rasa post ni tak best, tapi sebab da lama sangat blog ni terbiar (bersawang suma dah haa), aku update la jugak.

Esok raya! Persiapan raya tahun ni macam sederhana je. Baju melayu pun pakai tahun lepas punya. Feel nak shopping tu tak da sangat (padahal tak da duit). Alhamdulillah, puasa setakat ni masih berada di jalan yang benar. Tak ada ponteng2 bagai suma. Bila cakap pasal puasa, bazaar Ramadhan mesti ko sibuk nak citer skali. So, tahun ni ak banyak pergi bazaar ramadhan berdekatan dengan rumah aku. Beli pun ala kadar je. Nasi sebungkus, air satu, balik...Aku tak berapa berkenan sangat dengan gaya sesetengah perempuan yang pergi bazaar dengan pakaian yang tak berapa tertutup.

Aku ni bukanlah baik sangat. Tapi bila bulan Ramadhan ni, sekurang2nya pakailah pakaian yang elok sikit. Bukan nak suruh jadi hipokrit. Just hormat bulan Ramadhan je, and aku xcakap lah bulan lain korang xnak pakai baju pun tak apa. Susahla kalo benda macam ni pun tak faham. mcm 'First Lady' Malaysia. Bukan nak kutuk, tp bila Majlis khatam qur'an pun jambul tersembul lagi, cmne? Pastu masuk tv tunjuk 1 dunia ko tengah mengaji sambil nampak rambut. Wanita yang masuk neraka sebab tak pakai tudung ni, tak kan masuk sorang, dia akan tarik 2 orang lelaki sama ada ayah kandung, adik beradik lelaki, suami atau anak lelaki kandung. Seksa Najib nanti.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir n Batin..


p/s: ak da ckp post ni tak best.

Sunday, August 28, 2011

Lots of~

Hey guys~
It's been quite a while aite? Well, it's not that i couldn't find some time to write, i just couldn't find the mood. Got hell lots of things to talk about.. But, looking at the current situations, i don't think it's the appropriate time to write about it. I'm in a very-very difficult condition for the last few weeks. It's still difficult now. Still trying to settle things bit by bit. Only God knows when it'll all be settled.

Hey, our so called government create a new tax. It's called GST or something like that. So, what do you guys think? Happy?? Mad?? Is it Good and Service Tax or Grocery and Service Tax. I had a feeling that i'm gonna need more money to eat or survive everyday now than before. Nice!

Saturday, October 16, 2010

Update~

Assalamualaikum~

Lama gile dah aku tak update blog ni. 2 bulan lebih.. Bukan sebab busy, tp abb aku xde idea nak tulis apa. Macam biase la. Skang ni tekan butang2 atas keyboard ni secara spontan. Last update dulu mase dekat Penang. Tengah cuti sem + bekerja. Skang ni cuti sem + kerja pun da abis. Siap da masuk sem baru + da nak cuti raya a.k.a mid sem dah.. Lama2~

Kepada semua pembaca (ada ke?), sy Muhammad Khalil Bin Abu Kasim inging mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Ceh~ da 17 Ramadhan (nak masuk 18) baru nak cakap. Takpe, bak kate omputih, better late than never, aite? Harapan aku agar sepanjang bulan Ramadhan ni kita dapat meningkatkan segala amal ibadah yang mana pahalanya adalah berlipat ganda berbanding bulan2 yang lain. InsyaAllah~


Ok, semester baru hampir mencecah usia 2 bulan. Semester ni aku amik 17 credit hours. Xtau bape subjek. LoL~ So, far yang betul2 core bg aku adalah Engineering Math + LAN & WAN~ Dua2 subject lecturer ajar cam nek keta Ferrari padahal anak murid baru nk belaja convert enjin wira 1.8 tuka masuk enjin EVO. Haih~ Nak tak nak, kene teran abis2 ar time belajar.

Bulan puasa ni, kelas mula jam 8 pagi. Isnin sampai khamis, kelas aku mula kol 8. Mengantuk der.. Ini sume sebab aku jenis tak reti nak tido awal.. Paling awal pun kol 12 baru nk baring. Mau kol 1 or 2 baru lelap, then kol 5 da bgn sahur. Huhuhu...

So far, aku rasa everything still under control dalam bulan Puasa ni. baik dari segi berpuasa, kesihatan & emosi. Sume da ok. Xde ape mslh. Cume ada a few family matters yang kadang2 lagi pening dari soklan Engineering Math. Xpe, xde masalah yang tak boleh setel kan? Aku berharap masalah- masalah ni bole setel care baik, eve skang ni aku kalau boleh, nak setelkan secara lebih agresif.

Kadang-kadang ada manusia yang berpendidikan tinggi, tapi berfikiran macam orang bangang. Itu fakta dan aku dah tengok bukti. Tapi tak semua org berpelajaran macam tu. Cuma aku tak faham camne ada orang yg berpelajaran tinggi, tapi perangai macam haram~ Ikutkan hati muda aku ni, da lama dah tangan dan kaki ni hinggap kat muka si bodoh ni, tapi disebabkan mak ayah aku ada sekali masa tu, aku tahan je. Tapi mulut aku tak de sape boleh tahan, so si bodoh ni bernasib malang sebab kena 'sekolah' ngan aku. haish~ Ikutkan hati nak buat police case, tp org atasan si bodoh ni, sebab nak jaga nama dier punye pasal, merayu mintak setelkan cara baik. Mak ayah aku jenis orang yang lembut hati, so diorang setuju. If only i was there during that time, aku da suruh da org atasan tu resign. Bangang. Pentingkan diri, skang family aku lak yang pening. Yang sorang lagi ni pun bodo jugak, aku, mak n ayah aku da g nak setelkan masalah ni, dier pulak buat masalah lagi. Nasib ko la aku balik Melaka jap lagi, ada yang berbuka makan tangan nanti.

Masalah. Manusia mana yang hidup tanpa masalah?? Orang yang tak reti berfikir je yang hidup camtu. Kalo tak berfikir cmne nk tau ada masalah btl? So, berbanggalah korang-korang yang hidupnya ada masalah, sebab korang reti berfikir. Tapi jangan sampai korang yang buat masalah. Betul kadang-kadang kita tak sengaja nak timbulkan masalah. We're human after all. Tak ada yang sempurna. Aku dulu gile kejap bile aku cakap ada orang yang sempurna. Nasib baik da sedar balik skang. Alhamdulillah~

Sebagai manusia kite kena hadapi masalah depan mata, tak kire la ko suke ke tak. Kadang-kadang kite dapat belajar daripada masalah kita sendiri. kadang-kadang masalah orang lain pun dapat mengajar dan menyedarkan kita. From solving the problems, we learn something new. Maybe something that will become handy utk masa depan. Who knows kan?? So, jangan lari dari masalah korang, jangan cepat putus asa. Face it. dan sentiasa percaya yang setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tapi janganlah lepas je kejadian tu berlaku, ko terus expect dapat nampak hikmah tu on da spot. Kadang-kadang kita tak nampak hikmahnye sekarang, mungkin esok, lusa, tulat atau tahun depan. InsyaAllah satu hari nanti kita akan nampak hikmahnye.

Live with no regrets. There's no use of regretting something that had already happened. Past is past, instead of regretting it, try to learn something from it. N xde masalah yang tak boleh setel. Sume boleh setel, cume kadang-kadang tu ada masalah yang amik lebih masa untuk selesai. jadinye, jgnlah putus asa. Aku cakap ni utk diri aku sendiri jugak. Kita sama2 manusia kan.. We can learn from each other. Kadang2 kita punya masalah yang sama, tapi daripada masalh orang lain tu br kita betul2 dapat sedar tentang kebenaran. That's why life's always full of unexpected things. U can never guess what will come next. Jangang tembok batu yang datang sudah..

Korang! Selamat menjalani ibadah puasa!!! Fighting!!!

Friday, August 27, 2010

Football Fever & Work..

Selamat Pagi semua.


Sekarang ni tengah kecoh pasal World Cup. Demam World Cup dah menjangkiti hampir semua manusia, tak kira jantina dan usia. Kalau pergi kedai mamak kat mana-mana, then ada game bola, sure penuh punye la. Kalau game start pukul 10, pukul 9.30 dah penuh dah. Nak harapkan TV1 & TV2, 35 game je la dapat tengok. Itu pun ada yang delayed. Tapi aku terasa yang World Cup kali ni cam tak best sangat. Memang banyak benda-benda yang tak dijangka berlaku. Kau expect team A menang besar, last-last, Team A tu kalah or seri. Cakap pasal seri, World Cup kali ni, cam banyak je game yang berakhir dengan seri. Bile seri, 1-1 or 0-0. Paling kuat pun 2-2. Bosan der. Kalau da tau result nak seri, baik tak payah main dari awal. Seri jugak, goal difference pun 0 juga.




Owh, World Cup kali ni, favorite team aku adalah South Korea, England & Mexico. So far, Mexico la yang cam okay sikit. Korea menang 1st game, tp kalah 2nd game. England? Haish~ Dua-dua game seri. Ape kes? Tengok pun buat tambah dosa asik maki sana-sini. hahaha... Cameroon da terkeluar, France da nampak pintu airport da, even Anelka da balik dulu. So far, France seems to be the team with the most internal issues. Tu la, tak berkat dapat masuk final. Orang main bola guna kaki, korang main bola guna tangan. LoL!




Kerja. Hari ni dah 21 hari bulan. InsyaAllah 30 ni aku habis kerja kt Penang & 30 hari bulan jugak aku balik KL. 1 hari bulan da kena masuk office kat Cyberjaya. Contract tak habis lagi. 9 July baru habis. So, kalo tak contract dihabiskan awal, aku kena stay kat office sampai 9 Julai. Lepas tu pulang ke Melaka. 18 Julai dah kena register semester baru. Maybe 13 or 14 Julai Yus nak ajak pergi Kelantan. Sampai 17 kot. Tapi tak confirm lagi. Tengoklah macam mana.




Seperti biasa, weekend aku kat Penang sangat bosan dek kerana malas nak keluar berjalan. Dah ekonomi tak mengizinkan nak berjalan camne der?? Baik aku dok diam2 dalam bilik, lapar2 masak maggie. Kalau keluar pun, stakat g swimming kt pool bawah tu sambil cuci mata tengok minah [sbb perempuan] salleh mandi ramai2. hahaha... Hari sabtu malam ari tu ada la keluar pergi makan mee udang kat Gertak Sanggul[kalo tak silap la]. Lepas tu pergi kawasan Durian Fest, atas bukit ape entah. At first, just nak tengok view Penang dari atas bukit tu. Tengah dok melayan perasaan, sambil tengok view + angin sepoi2 bahasa, driver taxi [trainer 2 org naik taxi] panggil makan durian. I'm not a big fan of durian. Setakat nak makan macam tu je boleh la. So, makan la duriannye. Ada 3 biji sumenye. Tengah makan driver taxi tu ckp, 3 biji RM 50. DAMN!! Dah makan baru cakap kot. Baik la makan durian kat rumah aku je. FREE!! Haish~ Tapi dah makan kan? So, bayar je la. Mee Udang memang terbaik ar. Puas hati makan woo!!




Weekend ni nak balik Melaka. Nak p wedding. Aku rasa cam nak amik cuti Isnin tu. Tapi tengok camne lah. Maybe Jumaat malam aku gerak balik melaka dari Penang. 7 JAM geng! Flat bontot aku weh~ Kalo gerak pukul 12 malam, sampai dalam kol 7, so cam ok la kan? Tido kejap, then kol 10 gerak g wedding. Ok lah tu. Jangan tgh makan2 nanti gua terlelap sudah. Hahaha... 


Just one week ++ left in Penang guys! Then back to KL! wohoo!! 

Monday, June 21, 2010

Penang and work~

Dah 2 minggu dah aku kerja. So far, everything is still under control. Even kadang-kadang tu pening kepala, tapi,  at the end of the day, problem tu dapat disetelkan. Di Penang, aku stay dekat Krystal Suite. Quite nice place. Boleh la. Considering yang kitorang ni part-timer n dapat dok situ. Kalau nak gune duit sendiri, harapan la der..


Sekarang ni aku ada kat KL. Balik weekend je. Nak balik Melaka macam jauh sangat. So, aku decide balik KL sudah. Selepas 2 minggu habiskan weekend kat Penang, masuk minggu ke 3 aku tak sanggup dah. Boring weh. Tak ada benda nak buat. Duduk dalam bilik cam orang patah pinggang, asik terbaring almost 24 hours a day. Lol~ At least, bile balik KL ni boleh kuar jalan-jalan n lepak-lepak.


World Cup semakin hampir. Tak tau la roomate aku 2 orang tu minat bola ke tak. Layan sorang-sorang pun macam boring je nanti. Haih~ Kalo la ada girlfriend yang jenis layan bola kan best.. hahahaha... Perhatian, ayat tadi tu hanya gurauan bangang je. Tak ada niat nak cari girlfriend langsung skang ni. For the time being, the phrase "looking for a girlfriend" is totally irrational and dumb. hahaha.. Tapi tu tak bermaksud aku belum get over the past. It's just that i don't feel like it yet.. hahaha.. Lantak korang lah nak cakap ape pun. Lagi pun, cabaran 1 year tu masih segar dalam ingatan. Hahaha..


Aish~ Tiba-tiba terasa cam malas nak balik Penang. Tapi bila fikir balik, " Sape nak bagi ko gaji camtu time-time cuti ni?", so, sok kena la balik ke penang semula. Bukan aku tak suka bekerja. Suka weh.. Tapi.. Entahlah, sebab environment kot yang macam tak best. Apa yang tak best pun aku tak tau. Aku enjoy je time kerja. Bila orang call cakap ada prob, ko kena g lab fikir cmne nk setelkan prob tu. Masuk lab kena wat muka yakin, walaupun sebenarnye ko tengah pening memikirkan camne nak setelkan masalah tu. Last-last kena call superior minta bantuan. Tapi muka yakin tu penting la senang cerita.


Ada satu hari tu kena conference call dengan orang Pearson Vue dari India. Dia punye slang English mak datok pening kepala sikit nak faham. Cakap punye cakap, da separuh jalan keje siap. Mula-mula diorg cakap, conference call tu amik masa 2 jam. Mak datok dulu gayut ngan awek pun tak de sampai 2 jam. hahaha... tapi, aku kena tak sampai dua jam pun. Sejam pun tak sampai. Conference call tu untuk registerkan server dekat site tu untuk menjadi certified exam center. Oleh kerana, masa tu aku sorang je certified exam admin kat USM, so akulah yang kena begayut ngan orang tu. Nasib baik dier yang call bukan aku. Kalo tak, nak kena claim top up utk bercakap dengan orang dari India pulak dah.


Owh, akak aku dah convo ari tu. Congrats Sistah!! Harap bila pulang ke Malaysia nanti, barang-barang yang diminta ada dibawa bersama. Hehehe... So, umi n ayah kini berada di UK, setelah menghadiri majlis graduasi akak aku. Mula-mula diorang g UK dulu sebelum ke US dan kembali ke UK balik. Isnin ni baru balik M'sia.


Sok gerak balik Penang kol 5.30 ptg. So, lebih kurang kol 11 malam smpilah Penang. Sape2 yang kene keje 2 shifts sok, Good Luck ye. Hehehe...


~Sign Out~

Sunday, May 30, 2010

YouthSays~


Korang minat concert? Korang remaja? Klik link ats ni.
Enjoy~

Next up is Futsal Challenge~
u think u Got the skills??

And finally,
in support of our mother nature
ColorMeGreenCampaign!

p/s: sape dok penang? roger2 la, bosan seh xde aktiviti nk wat kt sini. huhuhu...

Wednesday, May 19, 2010

Express Updates~

So far the final exam went well.. Politics and Economics in IT, Electrical and Electronic Fundamental and Microprocessor and Digital Systems are done already. PEIT is easy, EEF is kinda moderate, Microp.. hurm.. nailed it.. i think.. 


All that is left now is Network Fundamental and Router Configuration, NFRC on 6th May. The skill based on 10th. Then off to Penang. I was asked to be there before 11th. So, need to pack and left after the skill based exam. huhuhu.. Have some worked need to be done on the 11th.

Now, off to SOGO. Meeting my parents and siblings there. Wish me luck for the remaining paper guys. Anyeong!!

Sunday, May 02, 2010

Assignment, Sawadee Cup etc..

Final exam is just around the corner. 5 days left before my first paper. My preparation? Hahaha~ Z.E.R.O!!
I'm a last minute person. Always do things at the very last minute. *sigh* Got distracted by so many things. I don't know why am i getting lazier nowadays. huhuhu...

Joined the Fifa Online 2 Sawadee Cup Tournament last Sunday. My 1st tournament. However, i lost on the 2nd game. Got beaten 5-1 by RyaNLeo. A well known name in the FO2 world. 3rd seeded in malaysia. So, it's kind of acceptable. At least i thought so. Now i'm more determined to join the next tournament, which i know there'll be 1, but still don't know when and where.

After the tourney, went back to Malacca. Need to settle the MARA's agreement for my study's loan. haih~ D.E.B.T~ huhuhu.. At least, for now, i don't have to worry about paying the fees. Lol~ 

Now, u guys know that Pudu station bus has been  temporarily closed for renovation, aite? The bus station has been transfered to Bukit Jalil. I don't know how to rate it. It's a temporary bus station after all. Can't expect much. Err.. Been wondering whether i should buy the ticket to penang now, or on the day i'm departing. But i'm not going to use the Bukit Jalil's station. Need to go to Hentian Duta. 

Guys, JUMPING fair is here again. And it's always come during election. lol~ Why is it always come during the election? Propaganda? or just a coincidence. As usual, the news are going to be hideous whenever there's any by-election coming. It will always be so, whether before, during or after the elections. All of a sudden, so many bad things about the candidates will appear. Lol~ Trying to tell the world about others bad behavior. I'm not specifying this to any candidates in Hulu Selangor. it's general. Lol~

Been downloadind korean's drama lately. I'm so going to need it in Penang. Staying alone will surely make me feel bored. Really2 hope that there'll be internet access at the place where i'm going to stay. huhu~ *crossing fingers* 

Life is getting better and better everyday. Getting more and more excited to start working. But i don't want to expect much from it. Who knows what will happened in the future, aite? Sometimes u planned like this, but things happened like that. So, expect less and u'll be amazed. hahaha.. It does make sense. When things when higher than your expectation, you'll surely be amazed, aite?? Whether it's good or bad, aite? What ever it is, just follow the flow.

p/s: wish me luck 4 my final exam~

Wednesday, April 21, 2010

Study's stress~

It's April already.. At the end of this month, the final exam will start.. Somewhere around 26 if i'm not mistaken.. Got 4 papers only for this semester's final. Microprocessor and Digital Systems, Network Fundamental and Router Configuration, Politics and Economics In IT and Electrical and Electronic Fundamental. The 1st two subject carries 4 credit hours each, Politics carry 2 credit hours and Electrical carry 3 credit hours. No final exam for Mandarin 1 and Co-Cu 1. I got confused, carries is for plural or singular??? hahaha...

I find it hard to accept when people pronounce co-cu as co-co. It's co-CUrriculum not co-Corriculum. Did i spell it right?? hahaha.. Damn, my english is getting worst.

So, far i don't have big problems for all the final exam's subjects, except for the Microprocessor. Haih~ The lecture part isn't that hard. The practical @ lab part is giving me a major headache. With all the lab procedure, lab report and mini project. The lecturer seems like taking it lightly. For example, next week we need to do a presentation and a lab report on the 8086 training kit. Haven't used it before i came to UNIKL. But still, he don't want to give us any guidance on how to program it.When we asked about it, he simply asked us to explore it ourselves. Oh Come on!! If you just want a single output, it won't give us any trouble. But, 1 or 2 inputs with 3 outputs?? What the hell???


Someone made a deal with me.. hehehe.. If i can stay single for a year, i'll get a BIG reward. Yeah, it sure is BIG!! Hehehe.. I ain't gonna say it here. Want to know? I'll tell u guys.. after a year.. hahaha... Wink~ Wink~ Think i'm incapable of doing it??? hehehe.. I'm not that kind of person who can't live without a woman by my side. It's ridiculous. I'm fine on my own. No big deal.. =D So, guys... Koe is unavailable for at least a year!! LoL!!! Notice da words at least??? hehehehe...


Life's great so far. Nothing is bothering me anymore. I'm enjoying each and every second of it. After all, no one knows when they'll die. So, why should we mourn and sad?? Live our life to the fullest. Like Chris Allen says, 'Gotta live like we're dying'. We're all dying after all. We just don't know when the time will come,right??

I'm going back to Malacca this Saturday. Then i'd planned to pay Zul a visit. This time, with Iffah and maybe Norai. But, Iffah will confirm back to me about it on Friday. And this time, i'm going to bring camera along. Wait for the 1st picture of Zul's son on my blog guys!! =D

That's all for now.. Enjoy your life people!!


p/s: Lambatnye nak kol 5.30 a.m..

Friday, April 02, 2010

Untuk apa sebenarnya?

Tengah bosan-boasn lepak akt rumah hujung minggu ni, sambil tunggu awek aku tak msg2 lagi, aku terfikir pasal satu perkara. satu perkara yang kadang-kadang aku rasa aku ada jawapannya, kadang-kadang aku rasa aku hilang pedoman. Aku dah bergelar graduan[diploma] dan sekarang ini sedang menyambung pelajaran dalam peringkat ijazah. Ijazah adalah peringkat yang lebih tinggi daripada diploma. Maknanya, aku sedang menuju ke arah satu tahap ilmu yang lebih tinggi dari apa yang aku pelajari dulu. 



Masalahnya sekarang ini, korang semua yakin ke, orang yang ada ijazah ni, tahap pengetahuannya lebih tinggi dari orang yang ada diploma. Macam aku, bila aku grad n dapat ijazah ni, adakah itu bermakna aku lebih hebat n bijak daripada orang yang grad n dapat diploma? Lagi satu, kenapa perlunya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi? Ok, untuk mendapatkan ilmu yang lebih tinggi. Dan ya, itu merupakan fardhu ke atas semua umat Islam. 


Tapi, zaman sekarang ni, korang rasalah, kebanyakan orang Islam yang sedang menuntut ilmu kat luar sana tu adalah kerana ianya adalah fardhu, atau pun sebab nak masa depan yang lebih cerah. Ok, satu lagi persoalan. Masa depan yang lebih cerah tu macam mana? Bila korang ada rumah besar? kereta besar? Boleh lepak minum kat starbuck ari2? Boleh breakfast, lunch, dinner kat hotel? atau pun, korang hidup dengan sederhana, makan paki untuk anak bini semua cukup, ada kereta untuk pergi ke mana-mana tak kira mewah atau pun tidak? Bagi korang, masa depan yang lebih cerah tu macam mana?


Habis kalau orang yang tak sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tu, adakah diorang tak memiliki peluang untuk mendapatkan masa depan yang lebih cerah? Orang-orang susah, marhein, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tu, ada yang tak mampu nak menampung kos untuk sambung belajar tu, adakah diorang tak berpeluang untuk memiliki masa depan yang lebih cerah? Tak kan nak dapat semua tu kena belajar tinggi2 kan? Ada je orang yang belajar sampai tahap SPM, tapi still boleh dapat masa depan yang cerah. Semuanya terpulang pada diri korang sendiri, untuk mendifinisikan sendiri maksud masa depan yang lebih cerah tu. 


Bagi aku pula, kadang-kadang aku sendiri blur nak cakap masa depan yang cerah tu macam mana. Ya, aku memang nak hidup senang. Nak keluarga aku hidup senang, mampu memnuhi keperluan asas diorang. Masalahnya, apa yang aku rasa cukup ni, family aku akan rasa cukup ke? Macam mana aku nak tau benchmark utk cukup tu?


So, panadi-pandailah korang pk sendiri apa yang korang nak utk masa depan korang. Masa depan, masing-masing punye. Lu pikir la sendiri..

Sunday, January 17, 2010

Da New Journey Begins

Alhamdulillah, aku dah selesai mendaftar kat Unikl MIIT. Skang ni aku dok kat Pandan Indah. Rumah member aku masa sekolah kat Sultan Muhammad dulu. Macam biasa, bila jadi pelajar baru mesti ada orientasi. Tapi disebabkan aku duduk luar, maka aku boleh skip program-program orientasi yang kebanyakannya mengarut. Aku just attend program-program yang penting macam briefing MARA n credit exemption. Yang lain-lain, aku abaikan.


Proses transfer credit agak susah bila syllabus yang di-request dapat lambat. So, sampai ke hari ni proses transfer credit still belum selesai. Tapi aku dah pun register beberapa subjek. Minimum credit hour is 12 hours. Maximum credit hour is 19 hours. Tapi aku amik 14 credit hours je. Ada 2 subjek yang 4 credit hours. Pastu yang len aku tak ingat.


Skang ni 1st week dah habis. Second day class, ak demam la plak. So, tak pergi kelas. huhuhu... Minggu ni gak aku dok add n drop subject je keje. hahaha.. Mula-mula ada 17 credit hour. Skang ni da tinggal 14 sebab ada subjek yang mgkn blh transfer.


So, the new journey for a brighter future begins. Aku harap aku leh handle any problems yang bakal datang dengan jayanya.. Amin~


Wish me luck frens~

Friday, January 15, 2010

Tak berapa nak langsung dari Perlis

Owh, pertama kali update blog dari Perlis. Tak teruja mana pun. Internet cam ape je. Filter tak beragak, sampai nak buka soccernet pun tak boleh. Aku dah ketinggalan berita2 sukan bola sepak dunia. Haih~ Owh, ckp pasal bola sepak, Malaysia berjaya layak ke peringkat akhir. Game semalam agak menarik. Aku tengok hujung-hujung je. Kelihatan sedikit peningkatan dalam prestasi bola sepak malaysia. Bagus2~



Dan Man United kalah kepada Aston Villa sabtu ari tu. Damn! Home game lak tu. Tp memang aston villa perform jugaklah malam tu. Tp still Man United blh menang sbnrnye. Tak tahu mana silap. Defence kot. Semenjak dua menjak tiga menjak ni, defence cam haram. Haih~


Perihal kerja kat perlis. Hurm.. Last week aku wat keja ngan hairil Tp semalam n hari ni ak wat sorang2. Hairil balik ofis. Malam ni br sampai sini balik. Em, kerja cmne? Boleh la. Computer sangat sukar nak dijangka. Mase ko setup, sume nampak ok. Bila nak ghost, tbe2 lak ada masalah. Haih~ Sok, nak setelkan 1 1/2 lab exam. Damn~ Lepas tu ada lg 4 lab Comptia. Tp lab2 tu xde nak wat ape pun. Lepas tu pulanglah ke kampung halaman.


Hunny cakap angahnya ada kenduri kahwin kat jasin sabtu ni, Aku pun ada ajak hunny temankan aku g beli barang-barang nak sambung belajar nanti. Tapi xconfirm lagi. Huhuhu~ Jadi ke x, hanya masa yang dapat menentukan. hohoho~


Tadi hunny ada test-shoot ngan dara.com. Dan petang tadi diorang call suh datang balik sok. Utk photoshoot lak. Even bukan untuk cover, still aku nak ucapkan tahniah utk insan tersayang Raja Noor Diyana. Congratz2!! Photoshoot esok adalah untuk ruangan make over kot. Kalo xsilap la. Sumpah, aku xpenah beli majalah dara.com.. hehehe.. Skang ni, beliau sedang mencari tudung kat SACC Mall. Semangat nak photoshoot sok. Pape pn good luck 2 u,dear.. =D


Aku plak? Menempuh hari-hari yang bosan sambil dok dalam bilik ni. Tiba-tiba lak aku asik tunggu jam tunjuk kol 7.25. Tgk tv3.. Ni md zaini pnye pasal la ni. Dok ajaq aku tgk nur kasih. Haa.. ni da ter-addict plak. Ang jgn xnk ngaku mat, mase nk convo kte lepak kt umah mat tong, ang paksa aku suh tgk nur kasih. hahaha...


Xlame dah ni nak sambung degree. Mintak-mintak la dengan bekerja ni, otak aku x jadi lembab mse start degree nanti. Nak kata ak ada ngadap nota, harapan la weh. harapkan kerja aku ni la yang leh wat aku remind balik ape yg aku dah blaja dulu. Huhuhu..


Ish, terasa cam lame je x date.. Ehem~ ehem~ Hunny, bila free? Perlu buat appointment dulu ke? =P

~sign out~

Tuesday, December 15, 2009

been busy~

Been busy with lots of thing.. Especially convo..

heads up, convo's story n pics comin' up~

Tuesday, November 17, 2009

Cerita hari ini~

Hari ni g keje ngan emosi yang stabil. Masuk lab, tgk pc2 sume cam well maintain. So, 1st impression aku, ari ni leh settlekan 2 lab. N maybe boleh balik awal. So, wat kerja dengan riang. Lepas siap 1 pc yg dijadikan sbg master pc utk diclonekan kpd pc2 yang lain, ktorg pun mula buat ghostcasting. Hampeh~ Hiren xleh detect NIC. So, kne wat local. Copy image masuk dlm external har disk. Ghost secara local. Setel ghost, restart pc. Cilakak! Windows kecik plak.. Xpe2, boleh repair. Tengah2 repair, hang la pulak. Adoiyai. Try kat pc lain.. Yes! Boleh repair. TP bila log in, hampeh error banyak. Try bukak application, source file sume da berterabur. Satu pn xboleh bukak. Ati da panas. Tengok luar, hujan turun dengan lebat. Adoiyai~ Buat lagi satu master pc.. Mase ni da pukul 4 lebey da. Siap master pc yg satu lagi ni, trus try ghost kt pc sblh. OK! Xde mslh. Tapi kerja akan disambung oleh partner aku ok. Sok, ak nk g bangi. Ada rehearsal convo.


So, bersiap nak balik. Hujan da berhenti. 1st impression aku, balik ni xde la basah. So, gerak balik ngan tenang, tapi otak n ati bercelaru. Celah mane yang tenang, ak pn xtau. Xsempat nak kuar UM, langit kembali mendung. Da macam malam dah rase. Keluar UM, hujan mula turun. Aku sarung seluar baju hujan. Baju hujan ak da pakai sebelum tu. Jalan depan sikit, hujan turun ngan lebat. Tension!! Nak stop, memang aku malas. Kang lagi panas lak ati ni tggu hujan stop. AKu redah je sampai shah alam. Tiba kat rumah, kasut da mcm kolam ikan. Air penuh bertakung. Apsal la aku tak abwak selipar g keje. Haih~


Skang ni, aku tengah dok adap pc ni. Nak buat apa pun tak tau. So, aku update blog. Tak tau la ada yang baca ke x.. Tapi skang ni sumpah aku tak tenteram. Otak aku tengah pk mcm2.. Hati aku ni, xleh nk tenang. Sejak aku start keje ni, ada je bende yang tak kena. Buat itu xkena, buat ini xkena. Aku pun tak tau knape. Tapi nak buat camne, pendam je sudah. Nak cerita kat org lain aku macam tak reti sangat. So, simpan sampai meletop!!


Niat nak g bangi ari ni. Tapi hujan lebat ni memaksa aku utk batalkan niat aku. Haih~ Something very2 big is bothering me right know. Really big!! God help me...I feel very lost.. Don't know what should i do.. How should i handle it.. Really2 lost right now.. *sigh* Sape kacau aku skang ni, sumpah aku tumbuk muke ko sampai pecah!!

Thursday, November 12, 2009

Perihal kehidupan seharian..

Tajuk post tu macam melambangkan idea tengah banyak yang akan digandingkan bersama penggunaan ayat-ayat yang dramatis. Ya, setakat tu je la aku boleh guna ayat-ayat macam tu. Ni dah tak boleh nak fikir ayat-ayat dramatis lagi berpuitis lagi dah. Dan ya, sekarang ni aku sedang menaip secara spontan tanpa mempunyai sebarang idea untuk dicurahkan. Apa yang terlintas dalam otak, itu yang jari aku akan tarikan atas keyboard. [Tapi aku terpaksa menapis sedikit sebanyak apa yang terlintas dalam otak ni, takut-taku nanti ada yang tak patut diberitahu nanti, terkeluar pula]


Hobin jang hobin~ Sumpah aku tak faham apa maksud hobin tu. Tapi itu yang aku nampak dalam TV masa final piala FA aritu kot. NS lwn Kelantan. Yang berakhir dengan kemenangan NS sebanyak 3-1. Game yang agak menarik, tapi belum mampu untuk membuatkan aku berhabis duit lepak kat mamak untuk menontonnya. Sekadar menonton kat rumah sahaja. Apa yang aku nak kisahkan sebenarnya adalah sikap segelintir peminat-peminat Kelantan yang membakar mercun, kerusi dan membaling objek-objek ke arah padang. 3/4 daripada penonton pada malam itu adalah penyokong Kelantan. Ape kes? Tak puas hati? Apa salah kerusi tu sampai kena bakar? Sekarang tengok apa dah jadi, Persatuan bola sepak kelantan akan diambil tindakan kerana sikap-sikap tidak professional penyokongnye. Ape? Ingat pemain je kena profesional? Penyokong pn kena jugak. But in a different way la orang kata.


Malam semalam pulak, Man U kalah dengan Chelsea. Tapi tak ada pula kerusi yang terbakar. Mercun pun tak de pam pom pam pom kat padang tu. Menang kalah adat permainan [saja nak pujuk ati yang tengah sakit sbb Man U control game tp kalah].. Tak apalah, game banyak lagi. Banyak lagi masa. Tapi agak sia-sia jugaklah perjalanan aku ke Subang semalam bila pulang dengan kekecewaan. haish~ Xpe2.. Man U still my fav team. Tapi ku tgk Obertan tu macam ada potential 2 b a good winger. Sama-sama kita nantikan.


Habis bab bola, masuk bab kerja hari ni. Yeah, hari ni terasa sangat penat. 3 orang nk setelkan 1 lab yang ada 50 pc. Lab tak ada internet. Ada local area network sahaja. Network pn agak langsi. Gune static IP yang agak menyusahkan n aku tak faham ape pasal diorang gune static IP.range 01 smpi 255 untuk satu jabatan yang ada 3 or 4 building. Mau x conflict ble korang tgh2 wat keje. Nak2 ble tgh wat ghost. Sumpah sakit ati.. Tapi nak buat camne kan? Dah itu tugas kitorang, nak tak nak kena gak buat. So, tadi siap lebih kurang jam 6.00 ptg. Keluar lab dengan semangat sebab nak balik sbb tak tahan dah tengok pc lab tu, tiba2 keluar je tgk hujan yang agak lebat. Terus sarung baju n seluar hujan. Niat memang nak redah je, tak nak tunggu hujan reda dah. hahaha.. Maka dengan semangatnya aku redah hujan untk bergerak pulang dr UM ke shah alam.Sakit2 gak la pinggan ni dok bongkok sebab nak 'potong' angin bagi laju. Maklum la motor EX5 buruk tu, laju mane la boleh g kn. Rase cam nk naik 125 ku je sok. Tapi minyak macam air lak motor dier. Bazir minyak, jimat masa. Masa itu emas, emas lg best dari minyak. So, patutkah aku bazir minyak untuk menjimatkan masa? Huurrrmmm....


~sign out~

Monday, November 09, 2009

Kerja dan kerja..

Kenapa bila nak ber-blogging je, aku kne draft sampai 2 or 3 kali. The 1st one will never make me satisfied. Haih~ Mungkin memang tiada bakat untuk ber-blogging dengan baik. Tapi still nak ber-blogging jugak. How? Hantam sajalah~


Sedar tak sedar dah 5 hari aku kerja. Memang best. Mau tak, hari-hari adap komputer, yang memang berkaitan la ngan bidang yang aku belajar. Banyak jugaklah ilmu-ilmu baru yang aku dapat n aku harap ilmu-ilmu tu nanti berguna bila aku sambung degree nanti. Kerja memang best beb, tapi ada jugak benda yang wat kerja jadi tak best. Contohnya, bila ko nak keluar pergi kerja dengan penuh semangat, ko tengok langit kat luar tu tengah mendung. Kalau naik kereta, it's not a big deal la kn. Tapi kalau naik motor, it's a damn big deal man. Silap-silap, boleh hancure bederai semangant nak g keja tadi. Tapi, dengan adanya baju hujan, mungkin semangat tu dapat dipelihara lagi. Itu la yang aku hadap almost everyday. Kalo pergi keja tak hujan, balik kerja msesti hujan n vice versa. Nasib baik la hari ahad ari tu tergerak nak beli baju hujan. Habis terbang RM 68. Haih~ Tapi tak pe, itu keperluan. Tak perlu menyesal~


Cepatnye masa berlalu, sampai aku baru teringat, sabtu mggu depan ada convocation. Damn~ Duit lagi.. Kena bayar RM 200 utk jubah n gambar. Kalo aku tak nak sewa jubah n tak nak amik gambar boleh x? Kenapa bila convo je wajib kena pakai jubah? Kalo bagi pinjam free tak pe la.. Tak pun kire bayar macam cagaran. Kalo keadaan jubah yang dipulangkan sama dengan keadaan masa diambil, wang cagaran dipulangkan. Kan ke lebih membantu macam tu. Ni sampai RM 200 nak kena bayar. Lepas kitorang pakai tu, diorang anta jubah tu g dobi je pun. Bape ringgit sangatlah harga nak basuh selai jubah tu. Kalo bayar RM 200, pastu amik terus jubah tu xpe la jugak. Tapi tak jugak, ape je aku nak wat ngan jubah tu nanti. Kain buruk kat umah ke? tak kire la, tapi bagi aku, harga RM 200 untuk sewa jubah n gambar tu macam melampau je. Mungkin sebab aku tak tau effort yang diorang lakukan untuk dapatkan bayaran sebanyak itu. Tapi korang pk la sendiri.. Nak bayar sumthing tu, biar la berbaloi. Macam iklan celcom, berbaloi-baloi.. Mintak2 la mak aku cakap macam tu suatu masa nanti.. Lalalala~


Hari ni hari Sabtu, Ku n ijat balik Melaka. Aku dok sorang dalam bilik ni. Nak msg ngan awek aku, takut ganggu dier nak study pulak. Tadi kena kemas rumah katanya, ada sedara nak datang. So, nak lepak ngan mbr rumah, diorg tak de, nak msg ngan awek, awek bz. Ape aku nak wat ni? Nak sambung tido balik macam tak mengantuk je. Jam baru menunjukkan pukul 12.00 p.m. Damn~ Hari masih panjang.. Tapi tak ada aktiviti nak dibuat. Haih~ Nak kuar makan pun malas. Bosan beb g makan sorang2. Nak masak pun malas gak ni. Makan je la kuih2 raya yang ku ada bawak dulu. Tapi cam da masuk angin sikit. Haih~ Nasib baiklah macan bermurah hati nak bagi pinjam laptop dier. Tak delah aku keras ketung dok dalam bilik ni tengok tv je. Sumpah bosan, kalau tak de astro. ASik tengok drama melayu yang pelik, iklan yang merapu, dan berita2 yang bosan. Haih~ Tak berkembang otak.


Ahad malam ni aku ngan mbr2 nak g tgk bola kt Asia Cafe. Ada sapa2 mau join? silalah roger ye..


Otak pun da benak nak menaip. Rokok pun da nak abis. Nak g beli kt kedai, mcam pns je kat luar tu. Malsa lak nak kuar. Nanti2 la.. Malam2 cket ke. Sape2 ada idea nak menghilangkan bosan? Syaratnya, idea mestila tidak menggunakan duit dan efektif. Tak efektif, aku sepak korang.. hahaha~


~sign out~

Saturday, November 07, 2009

Korang pk la sndri tajuk post ni~

Hari tu baca paper, dok tgk brite psl jambatan runtuh kat perak. Yang lagi sedihnya, masa jambatan tu runtuh, ada budak2 sekolah tengah menggunakan jambatan tu. Sedih sangat weh. Kecik lagi budak2 tu. Belum sempat nak membesar abis n menikmati hidup ni. Tapi nak buat macam mane kan, dah ajal diorang. Pun begitu, aku rasa pihak yang buat jambatan tu kena la bertanggungjawab. Sebabnya,, bila aku tengok berita tadi, diorang cakap jambatan tu tak ada ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya. Tapak tak cukup kukuh. Benteng dekat tapak tu tak ada dinding nak menghalang hakisan air sungai. Kiranya, buat bagaikan melepaskan batuk kat tangga. Diorang dapat duit, tapi budak2 kecik yang jadi mangsa.


Aku tak nak ulas banyak pasal tajuk yang satu lagi ni, tapi satu lagi ADUN pakatan keluar parti. Jadi calon bebas, pastu sokong UMNO. Bek la terus masuk UMNO je. Politics really sucks~ Kotor~


Masa Man U kalah ngan Liverpool aritu, sumpah aku dpt bnyk sms berapi lepas abis game tu. Pergghh~ Xpe2, hidup ni bagaikan roda, Kejap kita kat atas, kejap kita kat bawah. So, terima je la. Tapi, still Liverpool xmsuk group top 4.. Muahahahahahaha!!!! Aku perasan gak, Ferdinand macam xfit je. Mase main utk England ngan utk Man U. Dia tak macam GIGGS. Tua2, tp steady. Tengoklah camne pasni.


Sabtu or ahad ni aku naik Shah Alam balik. Kali ni bukan utk berdating, tapi nak kerja. Aku keje kat UM. Under company pak cik aku. Keje xlame sangat. Gaji 1 hari RM 50. Boleh la. Bukan ada anak bini nak tanggung pun. Tapi da kne start saving. InsyaAllah acc br bakal menyusul. And/or acc. Wink~ Wink~


Sape tau camne nak ilangkan resah? Sumpah aku tengah resah ni. Haih~ Syuuh~ Pergi jauh la resah oi.. Kadang2 aku rasa memang patt pun aku rasa camni. Tapi, kadang2 orang lain pnye statement buat aku rasa mcm aku ni ter-over la plak. Haih~ Skang da kol 12.00 a.m... Ape cer? Aku da macam cacing panas da kt umah ni. Wat tu xkena, wat ni xkena.. Tp time2 cmni, layan Dunhill memang show. Sumpah xtipu.. Ble tarik dalam2, lepas tu.. Fuuhhh~ Ko tgk asap tu naik kepul2, macam berada di awang-awangan.. Ilang kejap resah tu.. Tp lepas abis sebatang datang balik. Hahaha.. Ape blh buat, xkn nak pasang lagi.. No.. no.. no.. Jgn wat psl.. Kalo xmati, sure tmuntah aku nanti.. [ini bukan iklan rokok ye, aku bukan menggalakkan korang. just citer ap aku rse je] Camne nk quit, kalo da cmni jd nye? Damn hard la weh~


Aku tulis post ni sbb nak distract aku pnye feeling je. Nak kuar lepak ngan mbr2 malas plak. Cam xde mood.. Lepak rumah plak bosan. Nak layan movie xde mood. Ape je yg blh aku wat ni? Haih~ Nak tido, tak ngantuk. Perut lapar ni, nak makan cam xde mknan je kt dapur. So, hasilnya, post merapu ni la.. hahaha~


~sign out~

Friday, October 30, 2009

Gembira tahap gaban~

Jumaat lepas, aku bertolak ke shah alam. Niat utama nak ber-dating dengan kekasih hati sambil lepak-lepak dengan member-member. Aku tiba kat shah alam jam 7 lebih. Malam.. Tapi jumaat tu xdapat jumpa hunny sebab dier ada program dengan mien n ira. Tak mengapalah, baki hari jumaat tu di habiskan bersama Ijat n ku. Pergi makan dekat SS2, lepas tu main pool dekat Asia Cafe. Kurang lebih pukul 4 balik semula ke Shah Alam.



Sabtu, +/- 11 a.m. lebey...

Aku n ujat bergerak menuju ke Seksyen 7, amik hunny n gerak ke UM. Sampai dekat UM amik awek ijat. Dari UM ke Mid Valley ijat drive. Sebelum tu aku yang drive. Sampai di Mid Valley, terus pergi ke kaunter tiket wayang. Niat nak tengok Papadom, tapi lambat sangat. So, tengok cerita Whiteout.. Camne ceritanya? G la tengok sendiri dekat panggung.. Lalala~


Lepas tengok wayang, kitorang g makan. Lepas jalan-jalan kejap dekat mid valley, kitorang pun balik. Sebab malam tu nak main futsal. N hunny akan ikut sama. Wee~ Dalam pukul 11 pergi amik hunny balik, lepak kat Barra kejap. Sebelum tu hunny cakap dier sakit perut. Kembung katanya. Aku pun belikan eno yang dier nak. Lepas minum eno, kitorang makan. Then terus gerak g Court futsal kat Plaza Alam Sentral. Cecece~ Semangat main futsal lain macam sikit bile awek ada tgk. hahaha.. Hasilnya, finishing yang menakjubkan. Bukan nak riak, x percaya tnye awek sy.. hahaha... Lepas main futsal, lepak balik dekat Barra.. Macan n da geng bahan aku abis2 depan awek aku. Hahaha.. Xpe2, depan awek diorang nanti, aku bahan diorang plak. Lepas hantar hunny balik aku pun pulang untuk berehat, esoknya ada program lagi.


Ahad, 10.00 a.m...

Ijat hantar aku ke Seksyen 7, hari ni keluar dengan hunny je. Lepas hunny siap, kitorang gerak pergi ke Sunway Pyramid. Nasib baik malam tu da download map nak ke Sunway dalam otak. hehehe... So, ampai kt Sunway, terus g kaunter tiket wayang lagi. Niat nak tengok papadom jugak, tapi x kesampaian.. jugak.. Sebab lambat waktu siarannye.. So, tengok Cloudy with a chance of meat ball.. hehehe.. Kelakar weh citer tu.. Nak tau lebih lanjut? G tengok sendiri.. Lepas tengokw ayang, kitorang jalan-jalan pusing sunway. Hunny nak cari baju untuk photoshoot ahad ni nanti. So, aku temankan... Cecece~ 

Lepas tu, gerak balik shah alam.. Makan dekat Nasi Lemak Cinta Sayang.. Lepak-lepak kejap.. Borak-borak kejap. Lepas tu g tunggu angah hunny dekat Petronas Seksyen 7. Oh, sebelum g Sunway tadi, jumpe angah hunny dekat situ. Dia n kawannya. Sempat la jugak amik2 gambar ngan mereka.. hehehe... Sambil tunggu2 mereka sampai, aku n hunny bergambar bnyk.. Hehehe.. Angah hunny sampai dengan bf beliau, kwn beliau n adik kawannya. Lepas bergambar kejap, Bf angah hunny, Abg Wab, hantar aku pulang ke rumah Ku. Malam tu g tgk match Man U vs Liverpool. Man u kalah, tapi aku tetap hepi. hahaha.. U know what i mean~ =P

Secara keseluruhannye, aku nak berterima kasih yang amat sangat, terutama sekali kepada Hunny, Raja Noor Diyana Binti Raja Kamal. u really made my day,dear.. =D thanx gak kat Ku, Ijat n housemate diorang sebab sudi menerima kedatangan aku. hehehe... thanx kat mien, sbb bg hunny sy stay kat rumah sewa beliau. Korang sume memang best~


~sign out~

Tuesday, October 27, 2009

Mix Tapi Bukan Remix~

Aku dah lama sebenarnya nak update blog ni.. Nak citer psaal raya sume kan. Tapi aku hold, sebab aku ingat nak masukkan gambar sekali. Gambar plak bersepah, kat camera ayah aku ad, kat hp adik aku ada, kt hp aku memang tak ade la, sbb nye 1.3MP jah.. Nak amik gamba pekejadahnye. Tapi last-last, tak tahan gak. Jari ni da gatla nak menekan keyboard ni tanpa melihat [ceh, blagak]. Weh, blogging sambil dgr lagu Try - nelly furtado, layan beb. Semakin laju rentak, semakin laju jari aku menari. hahaha... Next sentence, masuk bab raya ye...


Raya tahun ni boleh dikatakan ok la. Aku tak banyak sangat berjalan.. kot.. Raya pertama tak berjalan sangat.. Banyak dok umah mak cik aku ja.. Malam tu p lepak ngan Pian, mbe aku masa kat Sultan Muhammad dulu. Syahid pn ada. Aku bawak la kazen2 aku yang tengah sangap. Hahaha... Raya kedua, g layan go kart ngan kazen2 aku. Addictive weh go kart ni. Sekali main abis RM 25. Sampai raya ke 3, ke 4 ntah, nak dekat RM 150 aku abis kat go kart. Tu xmasuk lagi ngan duit main bowling n lepak2 kat maple time malam. Hohoho.. Boros2... Duit raya? Boleh la, still dapat lagi.. Bape banyak? Aku tak kire.. Asal dapat je, msti klua balik.. Ada je benda aku nak wat ngan duit tu.. Tsk*.. Tak pandai berjimat langsung..


2 ari bulan ari tu aku naik Shah Alam. Lepak umah ku. Sebabnya, ahad tu mau ke Tg. Malim. Beraya kat rumah tersayang. Citer raya kat rumah hunny aku ni agak menarik. Gerak pergi 2 kereta. 1 kereta 5 orang. So, total yang bergerak ke Tg. Malim adalah 10 orang. Hahaha.. Nasib bek masing-masing tak bawak dulang hantaran. Sampai Tg. Malim, tak terus ke rumah hunny, kitorang g ke Kalumpang. Tunggu hunny aku sampai jap, aku naik dengan dia. Yang lain follow belakang. Aku ingat2 lupa je jalannye, hunnny aku pn same. Tp nasib baik sampai jugak.


Lepas jumpa lokasi, kitorang mandi manda sampai puas [xpuas mana pn sebenarnye, sekejap je rase =P]. Lepas sudah salin baju semuanya, kitorang gerak pergi Taman Bernam Baru. Yeah! Bermulalah perayaan yang sebenar. Sampai rumah hunny, tak ada orang. Abahnye ke Penang, Maminye pergi kenduir bersama angah. Alongnya kerja kot. So, kitorang pun masuklah. hunny mintak tolong aku rasa air. So, dia suruh masuk dapur. [ada cerita yang terpaksa dipotong atas sebab2 tertentu] Lepas rasa air, aku terus tolong potong nasi impit [ke himpit?] Menunya adalah Soto. Nasi putih n lauk pauk pun ada. Aku makan nasi je.


Tengah2 makan, maminya pulang, sapa2 kitorang kejap, borak2 kejap, maminya naik atas sebab penat. So, kitorang dok bawah je la, tak kan nak naik sekali. Lepas lepak2, borak2, bergambar2 kejap, kitorang pun beransur pulang. Terima kasih kepada hunny sekeluarga kerana sudi melayan kami ye. Sayang kamoo lah~ =P


Pagi tadi UNITEN call, dia suh fax-kan surat tamat belajar. Aku rasa aku dah hantar dah haritu, tapi tak apalah. Dia suruh fax hari ini jugak. Ok lah, aku pn pergi faxkan. Tengah hari ke petang tu sikit, Sry cakap dier dapat email drpd UNITEN, kata diterima masuk. Akram pun dapat jugak. Aku mula tak tentu arah. Langsung mintak tolong hunnny check kan email, mana tau kot2 aku pun dapat sekali kan. hehehe.. Alhamdulillah, aku pun dapat jugak. Weee~ Tapi kat UNITEN ble grad dier awardkn B Sc. Kalo UniKL B Eng. Terasa cam nak amik kat UniKL je, cam lg market. Tengoklah, kalau dapat masuk UniKL, aku amik UniKL ja. At least, satu ni da lps, kalo xdpt satu lagi, aku amik yg ni je la. Lagi pn UNITEN ni area bangi, cam kos sara hidup murah sikit kot. hahaha.. Budget itu penting.. Tapi jangka masa pengajian adalah selam 3 1/2 tahun. Lama beb, kalo kawin da boleh ada 3 org anak woi.. huhuhu~


Takziah kepada mangsa2 gempa bumi di Padang n tsunami di Samoa Amerika. Moga-moga kita yang kat M'sia yang Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan ini mengambil iktibar atas apa yang berlaku di tempat orang. Jangan alpa dan leka ye.


Owh, ya.. Tadi jugak, surat convo dr GMi sampai. Kena bayar RM 200, pakai baju srba itam, tie n RAMBUT MESTI KEMAS [ bukan pendek kn?] Kalo panjang tapi disisir kemas, kire kemas la jugak kn? Sok kalo dier bising kata rambut aku panjang, sumpah aku da tau sape yang akan lorat2 bising, satu2 taik lalat dier aku cabut. ETH? Aku bayar RM 200 untuk datang Convo tu nanti, asal lak nak kecoh pasal rambut aku panjang ke ape ke? Ko yg bayar kn ke? Kalo ko yg bayar, blh la nk kecoh2.. Kita tunggu dan lihat~


Gambar-gambar akan aku upload kemudian ye..


~sign out~

Friday, October 09, 2009