Education Fair

Kalau korang sume ada baca post aku yang lepas, aku ada beritahu yang aku akan pergi ke Pameran Pendidikan British Council. Dan tadi aku sudah pun pergi ke pameran tersebut. ( Fair = pameran ke? ke Pesta? Macam mane ko nak sambung blaja kat UK ni? Fair pun ko ckp pameran. Haih~) Ok, pesta pendidikan. Apa-apa pun aku telah selamat pergi ke pameran tersebut bersama dengan 2 orang kawan aku dan adik aku. Excited siot nak pergi mase tu.


Dah sampai kat KLCC kitorang pun register la as visitors. Dpt Goody bag yang berisi liquid dan pen sebatang. Ya, akan aku gunakan beg itu sebaik mungkin. So, kitorang pun masuk la ke dalam Hall 5, KLCC tu. Mula-mula sekali aku dah set dalam kepala otak aku ni untuk melawat booth Uni of Plymouth. Sebab aku tau Uni tu ader menyediakan course yang berkaitan dengan course aku sekarang ni. Aku amik la buku prospectus kt booth tu. Mula-mula nak bertanya dengan mak cik omputih kt booth tu, tp disebabkan dia sibuk sangat kitorang pun berlalu la mencari booth uni lain.


Next stop is Coventry University. Uni ni pun menarik gak. Aku ckp aku nk enroll dlm Course Ethical Hacking and Network Security. Kitorang pun berbincang lah dengan sorang pak cik omputih kat booth tu. Fluent giler ar dia terangkan pasal course tu. Aku ingatkan dia macam normal ambassador untuk uni tu je, sebenarnya dia merupakan salah seorang lecturer untuk course tersebut. Bila aku cakap aku amik course network security, bertambah menarik la perbincangan kitorang.


Lepas habis berbincang, kitorang masuk dalam satu conference hall ni. Ada talk pasal IELTS. Yang sedihnya, kitorang terlambat. Sebab masa kitorang msuk tu, dah nak abis da talk tu. So, dpt dengar hujung2 je la.


Lepas tu kitorang g ke Staffordshire Uni. Yang ni pun menarik sebab ada course ape ntah nama dier. Yang penting memang berkait rapat la dengan course aku ni. So, macam biasa kitorang berbincang la macam mana nak enrol la hape la. Tapi booth uni ni xbest sikit, sebab xde handout yang boleh kitorang amik. Haih~


Last sekali, kitorang pergi ke kaunter feedback. Ikutkan hati memang aku tak suke nak bagi2 feedback ni, tapi disebabkan ader goodies yang disediakan bagi setiap manusia yang memberi feedback, secara tiba-tiba, tanpa dikawal, kaki aku melangkah ke kaunter tersebut. Isi lah feedback forum sume tu. Pastu aku dapat thermos as goodies. Ok la tu, daripada tak dapat apa-apa.


Sedikit kesimpulan daripada program aku hari ini :


  1. Aku asyik tanya pasal credit transfer walaupun pada dasarnya, aku memang tak nak pun buat credit transfer ni. (Saja nak tunjuk yang aku minat)
  2. Bila cakap pasil credit transfer, diorang akan tanya pasal course content aku. Diorang cakap kat website GMI tak lengkap. Setakat letak nama subjek without any description of each subject. So, aku dan rakan-rakan kena wat sinopsis for each subjek dan submit kepada insan tersebut. ( Nasib baiklah masa dia buka website GMI, server tak down,yang mana perkara ini selalu berlaku. Take note Khalil, u n ur gangs are going to handle the website next time.)
  3. Bayaran accomodation di UK agak mahal. Dan diorang kira by week ya rakan-rakan. Not by month macam kat Malaysia ni. Satu minggu bayarannya adalah lebih kurang 50 pound to 60 pound. Cuba korang jadikan pound tu kepada RM. (Mana pegi icon pound kat keyboard laptop ni?) *pound dalam ayat ini merujuk kepada matawang, bukan berat. harap maklum.
Emm... buat masa ni tu je lah kesimpulan yang dapat aku simpulkan. Kalau ada simpulan-simpulan yang aku terfikir lagi pasni, InsyaAllah aku tak update. 


~sign out~

Sunday, March 29, 2009

0 Comments: