GMI pnye Hari Terbuka.

Hari Jumaat dan Sabtu hari tu ada Hari Terbuka GMI. Group FYP aku diarahkan untuk membuka booth dan mempamerkan projek kitorang yang masig belum siap lagi. So, mulalah proses men-setup booth pada hari khamis. Dan pada hari Jumaat mulalah budak-budak sekolah datang melawat GMI. Ramai jugaklah yang datang. Penat jugaklah melayan. Sampaikan, bila aku balik petang jumaat tu, aku terus tertido dari jam 7.00 sampai 12.00 malam. hahaha... Giler penat weh..


Sabtu plak, tak berapa nak ramai sangat la yang datang, kalo dibandingkan dengan hari Jumaat. Boleh tahan lah.. Aku pun dok terangkan la pasal projek yang aku tengah buat n ape features2 dalam projek aku. Ya, aku tau features2 tu telah ada dalam student portal kebanyakan IPT kat Malaysia ni. Aku bukannye buat untuk IPT lain, aku wat untuk GMI ler. So, xyah la nak wat muka kerek bile cakap yang features tu dah ada kt portal lain. Sebabnya, kalau ko tau benda tu ada, tapi tak tau nak buat, tak payahla nak tunjuk bagus. Aku dah la penat nak melayan soalan2 orang lain, bile sampai time ko, nak kerek2 plak ngan aku. haih~


Ader sorang mamat ni pula, dok tanya aku psl database projek aku. Aku guna MySQL je, sbbnye projek aku ni takdela besar mana pun. Aku tau la kt Industries diorang tak gune MySQL. Oracle pun ada gak. Tak payahla ko nk highlight kan kat aku yang industries tak guna MySQL. Sebabnya, projek ni bukan untuk industries, tp untuk GMI. Nasib baik la Router ngan Switch HuaWei tu da dipasang cable, kalo tak, sure melekat pnye kat muke ko tau!


Overall, aku boleh kata yang Open Day ni berjaya cket la. Tengok muka HoD aku pn cam hepi je pas abis majlis. So, aku assume dier puas hati. Korang yang mane tak datang aritu, takpelah. Tak rugi pape sangat pun. Kecuali la kalo korang berminat nak masuk GMI. Kalo ya, korang rugi besar la. Kena la tunggu tahun depan pulak kalo nak datang ye.


~sign out~

Sunday, April 05, 2009

2 Comments:

Z[A]KY said...

hahaha...oi koe ko xyah hentak orang tu pki switch@router, pakai meja pun boleh jalan jer...hehe

Anonymous said...

hahaha...
kalo nk kira btl2, pki jari pn da blh jaln da...
hahaha...