Perlukah?

Hari ini aku ada kelas. Satu je. Dari pukul 11.00 a.m sampailah 1.00 p.m. Dan itu sahajalah kelas aku dalam satu minggu sehingga akhir semester ni. Tapi hari ini aku kena bangun awal. Sebabnya, aku kena pergi jumpa lecturer 'mat saleh' aku, Mr. Scott kt bilik beliau. Dia nak semak exercise yang dia bagi, dan student kena jumpa dia sebelum kelas hari ini. Exercise tu kena buat ikut group FYP. So, petang semalam baru group aku punye siap. Semangatlah saya pergi mencetak hasil kerja untuk dihantar. Bilas sampai depan bilik beliau, pintu sudah berkunci. Kenalah patah balik ke hostel.

Yang buat aku semangat (baca: terpaksa) nak jumpa dia pagi tadi jam 9.00 a.m adalah kerana phrase beliau ini; "Those who failed to meet me with a complete excercise will not be allowed to enter the next class". Dan kelas hari ini, beliau mengajar tajuk baru yang sangat pening dan memeningkan. Nasib baiklah aku pergi jumpa beliau pagi tadi. Weh, aku orang yang pertama tau jumpa belia pagi tadi, lepas tu ada lagi beberapa group yang menyusul tiba. Tapi yang pentingnya aku group yang pertama. Walaupun last minute. But, better late than never kn? kn? kn?

Lepas abis kelas tadi, aku dan Amir bawak Sry pergi cari kedai yang menyediakan perkhidmatan mencetak baju (t-shirt printing, sila fahami). Sry dapat baju Hard Rock Cafe Jakarta drpd 'ehem2' dia. Tapi, ada tanda salib. Actually, gambar pedang yang nampak ciri2 salib tu. So, dia nak tenggelamkan tanda tu dengan cara mencetak apa-apa corak di atas tanda tersebut. Pembaca semua faham? So, lepas mencari akhirnya jumpa juga kedai mencetak baju tersebut.

Perhatian: Di luar kedai tersebut ada tertulis, tiada had untuk mencetak baju, dari 1 hingga seberapa banyak yang diingini. Pun begitu, ianya tiada kaitan dengan cerita selepas ini.Harap Maklum.

So, Sry terangkanlah kat sorang pak cik ni (aku rasa owner kedai tu). Mula-mula pak cik ni nampak macam best je dilayan bercakap. Tapi, ternyata pak cik ni tak pandai sembunyikan perasaan tidak mahu memberi perkhidmatan kerana sikap Sry yang agak cerewet. Masa dok cakap yang 'ehem2' Sry yang bg baju tu pak cik tu cakap macam ni " Daripada baju ni kita boleh tau 'MASJID' mana yang orang ni pergi sembahyang". Aku tersentak jugak la bila dengar apa yang pakcik tu cakap. 'ehem2' Sry tu seorang lelaki melayu yang beragama Islam. Jadi, kiranya tidak melampaui batas kalau aku cakap pakcik tersebut agak BODOH dan BERFIKIRAN PENDEK kerana bercakap tanpa berfikir dan soal selidik dahulu.

Lepas tu dia cakap lagi camni " Kuat juga IMAN budak2 ni ye, ingatkan TAKDE..(terhenti sekejap).. tak kuat". Walaupun kita nampak bahawa pak cik ni da panda SEDIKIT untuk berfikir, tapi waktu beliau berfikir itu adalah tidak tepat. Sepatutnya beliau berfikir SEBELUM bercakap, bukannya SEMASA bercakap. Sekali lagi, BODOH adalah perkataan yang tepat untuk pak cik tersebut.

Pada pendapat aku, pak cik ini jenis seorang melayu yang suka menilai seseorang daripada luaran. Zahiriah (betul ke?) Bukan dari segi dalaman. Aku tak expect pun pak cik ni reti menilai dalaman seseorang sebab dia ni jenis berfikiran pendek. Amir pakai baju t-shirt, seluar 3/4 dan sunglasses. Dia memang gila2 sikit. So, dia menilai yang kitorang ni macam orang yang berada, walhal, pada masa itu, duit dalam wallet aku ni tak sampai RM 10 pun. Dia ada bagitau yang pelajar MFI ada yang berniaga melalui beliau dengan menempah baju dan menjual kepada rakan-rakan. Lepas tu dia cakap macam ni kat kitorang " Tapi korang anak-anak orang berada ni tak payahlah buat kerja macam tu, buang masa je. Funa je duit mak bapak bagi tu" WTF pak cik? Pak cik ni dah bodoh sangat atau apa? Aku yang dah sakit hati, terus keluar daripada kedai tu, tinggalkan Amer n Sry kat dalam.

Aku bukan nak jadi kurang ajar ke biadap ke ape ke. Tapi kalau korang sendiri berdepan dengan pak cik ni, apa perasaan korang? Eh, kira nasib baiklah aku ni beradab lagi tau, kalau tak, 'middle finger' aku ni + maki hamun dan sumpah seranah dan menjengah anak mata dan cuping telinga pak cik tu tau. Nasiblah aku simpan dalam hati dan luahkan kat blog ni. Nasiblah ko pak cik, kalo ko jumpa blog ni, PADAN MUKA KO dan SEDAR DIRI sikit sebelum nak cakap pasal orang lain. Idiotics~ Sarcastic~ Spastic~ dan sume 'stic' yang negative lah pak cik oi..

Dan kemudian kami pergi bermain bowling sebelum pulang semula ke hostel. lalalalala~

~sign out~

Thursday, April 23, 2009

0 Comments: