Victory Is Ours!!

Permatang Pauh kini kekal sebagai kubu kuat PKR. Wakil rakyat mereka yang hilang selama 1 dekad kini kembali mewakli mereka untuk menyuarakan pendapat dalam parlimen. Kemenangan dengan majoriti yang lebih besar. Ini bermakna, rakyat langsung tidak ambil peduli apa yang dikempenkan oleh Bee End. Pun begitu, Bee End rasa mereka mampu untuk menang di Permatan Pauh. Keyakinan yang ditunjukkan oleh Bee End agak menakjubkan. Kebodohan yang amat menakjubkan. Masih lagi beromong-omong kosong setelah kereta Al-Syeikh Najib Al-Mongoliani dibaling dengan air botol dan syeikh ini telah dihalau beberapa kali ketika melawat pondok Bee End di Permatang Pauh. Bagaimana mereka boleh tidak menyedari betapa rakyat tidak suka dan tidak lagi mahu orang - orang Bee End memimpin mereka. Buta hati barangkali.


Kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan majoriti yang lebih besar di Permatang Pauh juga menunjukkan bahawa, "Jihad" para wanita UMNO yang diketuai oleh Kak Jat, tidak berhasil. Tidak mengapalah Kak Jat, mungkin anda telah mendapat pahala mengikut konsep Islam Hadharinya. Jihad.. Islam Hadhari.. Kenapalah orang Bee End ni masih lagi buta.. Lagi-lagi penyokong-penyokong mereka. Tengok Kak Jat tu, tudung terlondeh da, rambut tersembul keluar, tapi cakap pasal nak berjihad. Orang-orang Bee End, Lu Pikir la sendiri!!


Semalam DSAI telah mengangkat sumpah di Parlimen. Nah, lepas ni bergegarlah parlimen dengan kehadiran beliau. Tidak senang duduklah Pak Menteri semua. Tidur malam pun bermimpi ngeri. Smoga berjaya mengharungi saki baki kehidupan anda di Palimen wahai pak menteri Bee End sekalian. Enjoy the day while you still can~ Bersedia untuk reformasi yang akan mengubah kerajaan dan hidup rakyat kepada yang lebih baik dari sekarang!!

Friday, August 29, 2008

"Jihadwati dan Gay Sejati"

Kak Jat dan Wanita ameno cakap diorang anggap perjuangan diorang untuk menghalang "individu tertentu" menjadi PM untuk agenda peribadi sebagai satu "jihad". Nah, aku agak terkesima bila baca dan dengar melalui media-media yang ada. Kak Jat? Jihad? Kalau betullah mereka akan "berjihad" dengan sedemikian rupa terutamanya di Permatang Pauh, kemungkinan besar PKR akan menang dengan majoriti yang lebih besar. Bayangkan Kak Jat pergi ke rumah orang-orang kampung di Permatang Pauh, dengan tudungnya yang nak terlondeh, gincu tebal, tudung lip-lapnya, mata penuh dengan maskara. Aku takut ada saja Wanita Ameno yang keluar rumah dengan kesan tapak tangan dimuka masing-masing. Fahami dulu maksud sebenar jihad sebelum menggunakan perkataan jihad itu sendiri. Bayangkan kalau Pemuda Ameno pun "berjihad" bersama-sama dengan Wanita dan Puteri Ameno. Menang besarlah PKR di Permatang Pauh nanti. Kak Jat "Si Jihadwati".


Imbas kembali pertuduhan yang dikenakan terhadap DSAI yang lepas. Beliau didakwa melakukan hubungan seks yang bertentangan dengan tabii secara suka sama suka. Dalam post aku yang sebelum ini, aku sudah ulas mengenai pendakwaaan tersebut. Suka sama suka. DSAI bertanya mengapa SI Musang tidak didakwa jika pertuduhan mengatakan bahawa mereka melakukannya secara suka sama suka? Hamid tolong jawabkan sebabnya adalah kerana SI Musang yang membuat laporan. Oleh yang demikian, Si Musang dikira sebagai saksi utama dan tidak boleh didakwa. Ini apa punya peraturan ni? Aku ambil satu contoh yang dikemukakan oleh seorang blogger. Jika A dan B membunuh C dan A membuat laporan polis mengatakan B membunuh C dimana A membantu B. Adakah A akan turut didakwa atau A akan dibebaskan kerana melaporkan kepada polis mengenai pembunuhan yang dia turut bersubahat?

Baiklah. Daripada pertuduhan yang dibacakan juga aku simpulkan bahawa Si Musang ini mengaku yang dirinya adalah seorang homoseksual? Ya atau tidak? Nah, kalau ya, sudah tentu akidah Si Musang ini sudah jauh terpesong dan adakah sumpah laknatnya itu boleh diterima? Sumpah Si Musang yang tidak reti menyebut Watallahi dan memegang Al-Quran ditangan kirinya? Dan dia sama seperti umat Nabi Luth. Si Musang, Telah diciptakan oleh Allah S.W.T ( lihat pada ejaan ini wahai Si Musang, bukannya S.A.W ), perempuan untuk dipasangkan dengan lelaki. Mengapa mahu dilawan ketentuan Tuhan. Lebih memalukan lagi, kau menggunakan nama Tuhan untuk bersumpah tetapi engkau melawan fitrahNya. Terus terang aku katakan disini bahawa aku langsung tidak percayakan kau walaupun kau bersumpah laknat. Tidak tergugat langsung kepercayaan aku bahawa DSAI tidak bersalah. Moga ditunjukkan segala kebenaran dan keadilan dihadapan mata semua orang agar mereka tahu bahawa engkau dan penyokong-penyokong engkau adalah pendusta yang nyata dan jelek lagi hina. Amin~

Wednesday, August 20, 2008

Badut sarkas..

16 Ogos kelmarin telah diadakan proses penaman calon untuk Parlimen Permatang Pauh, P44.. Sememangnya penyokong-penyokong PR melebihi bilangan penyokong-penyokong Bee End. Dari sumber yang aku baca, terdapat juga tarian naga dan persembahan daripada kaum India pada hari tersebut. Nah, ini menggambarkan perpaduan antara kaum dalam kalangan penyokong Pakatan Rakyat.

AICers juga berkonvoi ke permatang pauh. Aku yang tak dapat nak ikut ni hanya mampu menunggu update daripada mereka saja. Tengok gambar diorang je aku dah rasa seronok. Hehehe...

Masa berita pada hari berikutnya, keluar berita Najib Mongol kata penyokong PR biadap. Dier asyiklah nak kutuk PR dan penyokong-penyokongnya. Nah, sekarang ni aku tak nak kutuk, aku juz akan tunjukkan beberapa gambar yang menunjukkan teruk tak teruk la penyokong Bee End ni.. Yang perempuan pun sama saja.. Saksikan dan fikir-fikirkanlah...



Nah, ape beza orang-orang dalam gambar ni dengan badut kat sarkas tu? hahaha... Jawab2.. bezanya hanyalah, badut di sarkas tu semua pakai make-up.. Diorang ni xcukup duit atau tak ada hasil nak beli make-up. Oh ya, badut di sarkas dapat duit, dapat gaji. Mereka ni dapat malu saja, itupun kalau mereka tahu malu. Kalo tak, tak dapat apa-apa pun.. xp

~sign out~

Monday, August 18, 2008

Si Musang berkonspirasi..

Ya, tu dia... Si Musang sudah pun bersumpah mengatakan bahawa punggongnya telah digodok oleh Pak Anwar.. Hahaha... Nak melafazkan sumpah pun tergagap-gagap. Sebutan pun tidak betul sehingga Pak Imam kena memperbetulkan sebutannya. Kata Si Musang, sumpahnya itu tidak ada kaitan dengan Pilihanraya Kecil P44 di Permatang Pauh. Sudah la Musang, berapa juta kali lagi kau nak menipu. Tak ada siapa lagi yang nak percaya tipu helah Musang yang dirancang oleh koordinator-koordinator di belakang tabir. Pakar-pakar konspirasi kotor lagi jijik.

Dijangka sumpahnya Si Musang ini akan menakutkan Pak Anwar. Diandaikan bahawa Pak Anwar akan menarik diri dari Pilihanraya? hihihi..(ketawa sinis) Ingat laungan keramat Pak Anwar ini "Lawan tetap Lawan!!!". Kepada mereka yang sudah mula sangsi, dengarkan laungan ini pula, " Kalau takutkan risiko, jangan bicara pasal perjuangan!!". Tak kan gentar Pak Anwar dengan gertakan Musang hingusan ini. Sedikit berita yang diterima dari Permatang Pauh mengatakan bahawa, penyokong Pak Anwar semakin bersemangat untuk memastikan kemenangan menjadi milik Pak Anwar dan rakyat. Nah, biar terbeliak mata Pak Menteri, biar terkencing mereka nanti setelah keputusan pilihanraya P44 keluar. Biar menggigil mereka di dalam Parlimen menghadapi tentangan Pakatan Rakyat.

Dikhabarka bahawa Menteri-Menteri akan turun padan untuk membantu Arif Shah Omar Shah dalam Pilihanraya P44. Najib Monggol dijangka mengepalai rombongan tersebut. Si Mulut berbuih pun turut serta.

Kepada rakan-rakan seperjuangan di Permatang Pauh, terutamanya AICers2, teruskan perjuangan. Reformasi!!!

p/s: aku ada link tunjuk video Si Musang ni bersumpah, tapi sengaja tidak mahu dilampirkan bersama. Bukan kedekut, tapi menyampah tgk muka Si Musang yang bertopengkan manusia. Geram!!

Saturday, August 16, 2008

Difitnah.. Dirty Politics it is?

Hebat tak hebatlah Si Musang ni bila Si Botak backup dia dlm sidang akhbar. Si Musang tak perlu nak pening kepala menjawab soalan-soalan orang ramai. Semuanya telah dijawabkan oleh Si Botak. Si botak ni pulak dah minat pada Si Musang ke? Adakah kerana Si Musang bermuka jambu? Atau Si Botak gilakan "punggong paling famous" Si Musang ni? Botak oh botak.. Pak Menteri yang Part-time jobnye menjadi Pak Turut..

Semlam Pak Anwar dihadapkan ke Mahkamah atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Beliau didakwa mengikut seksyen 377B Kanun Keseksaan yang mana beliau dikatakan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dalam sukarela. Nah, mari kita kaji pendakwaan ini. Dalam sukarela.. Ape cerita ni? Kalo sudah nama sukarela, maknanya dua-dua pihak patut didakwa. Walaupun Si Musang yang membuat laporan, sepatutunya dia tetap kena dakwa. Si Botak pula cakap Si Musang tak Boleh kena dakwa sebab dia yang membuat laporan dan dia adalah saksi utama. Haih~

Kalau tak silap aku, zaman Nabi dulu, ada seorang sahabat yang datang sendiri mengaku dia pernah berzina. Setelah berkali-kali mengaku, akhirnya dia direjam sampai mati. Nah, dier yang mengadu kesalahan sendiri. Kisah ni sedikit sebanyak ada juga berkaitan atau sangkut pautnya dengan cerita Si Musang ini. Dia membuat laporan pada polis, Pak Anwar melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii bersama Si Musang secara Sukarela. Patutkah Si Musang ini dibiarkan bersenang lenang di rumah, sedangkan Pak Anwar yang tidak bersalah didakwa di mahkamah? Penyalahgunaan kuasa kan?

Tidak mengapa.. Kebenaran pasti akan muncul.. Aku yakin Pak Anwar tidak bersalah.. Si Musang membawa fitnah.. Elok direjam sahaja Si Musang ni.. Tak bermaruah.. Mata Duitan dan gila kuasa.. Haih~ Tapi, aku respect pada tunangnya. Walaupun dia tahu bahawa Si Musang ni pernah melakukan liwat bersama Pak Anwar secara sukarela, dia tetap setia dengan Si Musang. Syabas!! Kau memang Setia.. dan bodoh... hahaha...

Pak Anwar diarahkan untuk kembali ke mahkamah pada 10 September. Masa itu nanti, beliau sudah bergelar ahli parlimen. Ya, by-election di permatang pauh adalah pada 26 Ogos ini. Sebelum itu, penamaan calon adalah pada 16 Ogos. Tempoh berkempen adalah selama 10 hari. Tetapi Bee End masih lagi pening-pening nak menamakan calon mereka di sana. Pening atau takut? wahahaha... Mari sama-sama kita tunggu dan saksikan.. Reformasi!!!

Friday, August 08, 2008