Sekian Lama~

Last publish Jun 20, 2011..

Hari ni dah August 28,2011.. da lebih 2 bulan aku tak update blog ni. Bukan kata update, buka blog ni pun jarang. Nak kata sibuk sangat tak ada pun. Dah banyak kali dah aku create post untuk blog ni, tapi separuh jalan je. Tengah aku menaip, tiba-tiba aku rasa macam tak best je apa yang aku taip. So, aku pn cancel. Macam sekarang ni la, aku tengah rasa post ni tak best, tapi sebab da lama sangat blog ni terbiar (bersawang suma dah haa), aku update la jugak.

Esok raya! Persiapan raya tahun ni macam sederhana je. Baju melayu pun pakai tahun lepas punya. Feel nak shopping tu tak da sangat (padahal tak da duit). Alhamdulillah, puasa setakat ni masih berada di jalan yang benar. Tak ada ponteng2 bagai suma. Bila cakap pasal puasa, bazaar Ramadhan mesti ko sibuk nak citer skali. So, tahun ni ak banyak pergi bazaar ramadhan berdekatan dengan rumah aku. Beli pun ala kadar je. Nasi sebungkus, air satu, balik...Aku tak berapa berkenan sangat dengan gaya sesetengah perempuan yang pergi bazaar dengan pakaian yang tak berapa tertutup.

Aku ni bukanlah baik sangat. Tapi bila bulan Ramadhan ni, sekurang2nya pakailah pakaian yang elok sikit. Bukan nak suruh jadi hipokrit. Just hormat bulan Ramadhan je, and aku xcakap lah bulan lain korang xnak pakai baju pun tak apa. Susahla kalo benda macam ni pun tak faham. mcm 'First Lady' Malaysia. Bukan nak kutuk, tp bila Majlis khatam qur'an pun jambul tersembul lagi, cmne? Pastu masuk tv tunjuk 1 dunia ko tengah mengaji sambil nampak rambut. Wanita yang masuk neraka sebab tak pakai tudung ni, tak kan masuk sorang, dia akan tarik 2 orang lelaki sama ada ayah kandung, adik beradik lelaki, suami atau anak lelaki kandung. Seksa Najib nanti.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir n Batin..


p/s: ak da ckp post ni tak best.

Sunday, August 28, 2011