Untuk apa sebenarnya?

Tengah bosan-boasn lepak akt rumah hujung minggu ni, sambil tunggu awek aku tak msg2 lagi, aku terfikir pasal satu perkara. satu perkara yang kadang-kadang aku rasa aku ada jawapannya, kadang-kadang aku rasa aku hilang pedoman. Aku dah bergelar graduan[diploma] dan sekarang ini sedang menyambung pelajaran dalam peringkat ijazah. Ijazah adalah peringkat yang lebih tinggi daripada diploma. Maknanya, aku sedang menuju ke arah satu tahap ilmu yang lebih tinggi dari apa yang aku pelajari dulu. 



Masalahnya sekarang ini, korang semua yakin ke, orang yang ada ijazah ni, tahap pengetahuannya lebih tinggi dari orang yang ada diploma. Macam aku, bila aku grad n dapat ijazah ni, adakah itu bermakna aku lebih hebat n bijak daripada orang yang grad n dapat diploma? Lagi satu, kenapa perlunya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi? Ok, untuk mendapatkan ilmu yang lebih tinggi. Dan ya, itu merupakan fardhu ke atas semua umat Islam. 


Tapi, zaman sekarang ni, korang rasalah, kebanyakan orang Islam yang sedang menuntut ilmu kat luar sana tu adalah kerana ianya adalah fardhu, atau pun sebab nak masa depan yang lebih cerah. Ok, satu lagi persoalan. Masa depan yang lebih cerah tu macam mana? Bila korang ada rumah besar? kereta besar? Boleh lepak minum kat starbuck ari2? Boleh breakfast, lunch, dinner kat hotel? atau pun, korang hidup dengan sederhana, makan paki untuk anak bini semua cukup, ada kereta untuk pergi ke mana-mana tak kira mewah atau pun tidak? Bagi korang, masa depan yang lebih cerah tu macam mana?


Habis kalau orang yang tak sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tu, adakah diorang tak memiliki peluang untuk mendapatkan masa depan yang lebih cerah? Orang-orang susah, marhein, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tu, ada yang tak mampu nak menampung kos untuk sambung belajar tu, adakah diorang tak berpeluang untuk memiliki masa depan yang lebih cerah? Tak kan nak dapat semua tu kena belajar tinggi2 kan? Ada je orang yang belajar sampai tahap SPM, tapi still boleh dapat masa depan yang cerah. Semuanya terpulang pada diri korang sendiri, untuk mendifinisikan sendiri maksud masa depan yang lebih cerah tu. 


Bagi aku pula, kadang-kadang aku sendiri blur nak cakap masa depan yang cerah tu macam mana. Ya, aku memang nak hidup senang. Nak keluarga aku hidup senang, mampu memnuhi keperluan asas diorang. Masalahnya, apa yang aku rasa cukup ni, family aku akan rasa cukup ke? Macam mana aku nak tau benchmark utk cukup tu?


So, panadi-pandailah korang pk sendiri apa yang korang nak utk masa depan korang. Masa depan, masing-masing punye. Lu pikir la sendiri..

Sunday, January 17, 2010

Da New Journey Begins

Alhamdulillah, aku dah selesai mendaftar kat Unikl MIIT. Skang ni aku dok kat Pandan Indah. Rumah member aku masa sekolah kat Sultan Muhammad dulu. Macam biasa, bila jadi pelajar baru mesti ada orientasi. Tapi disebabkan aku duduk luar, maka aku boleh skip program-program orientasi yang kebanyakannya mengarut. Aku just attend program-program yang penting macam briefing MARA n credit exemption. Yang lain-lain, aku abaikan.


Proses transfer credit agak susah bila syllabus yang di-request dapat lambat. So, sampai ke hari ni proses transfer credit still belum selesai. Tapi aku dah pun register beberapa subjek. Minimum credit hour is 12 hours. Maximum credit hour is 19 hours. Tapi aku amik 14 credit hours je. Ada 2 subjek yang 4 credit hours. Pastu yang len aku tak ingat.


Skang ni 1st week dah habis. Second day class, ak demam la plak. So, tak pergi kelas. huhuhu... Minggu ni gak aku dok add n drop subject je keje. hahaha.. Mula-mula ada 17 credit hour. Skang ni da tinggal 14 sebab ada subjek yang mgkn blh transfer.


So, the new journey for a brighter future begins. Aku harap aku leh handle any problems yang bakal datang dengan jayanya.. Amin~


Wish me luck frens~

Friday, January 15, 2010