Bazaar & Baju Raya~

Haaa... Puasa belum seminggu lagi, aku dah nak cakap pasal baju raya dah ni.. Tapi sebelum buka cerita pasal baju raya, aku nak cerita sikit pasal pengalaman berniaga kat bazaar ramadhan ni. Oh lupa nak bagitau, dalam post yang lepas aku ada cakap, kedai ayah aku wat buffet sempena bulan Ramadhan ni. Tapi, last minute pnye plan, tukar daripada wat buffet kat kedai tu, kepada berniaga di bazaar Ramadhan. Kenapa? Sebab ayah aku bos, ikut suka dia la nak buat apa. Heeee~


Makanya, berniagalah 3 orang jejaka yang tak kurang hensemnya ni di bazaar Ramadhan Jasin. Bertempat di tapak no. 3, kitorang jual lauk-pauk beraneka jenis untuk santapan nafsu makan manusia-manusia yang berpuasa.. Tapi kadang-kadang auntie [cina] kedai sebelah pun datang beli ayam goreng. Kebiasaannya, aku akan ke cafe ayah aku pada jam 1 tgh hari untuk membantu [baca: duduk goyang kaki] 2 orang chef tu memasak. Lebih kurang jam 4 ptg, kitorang akan punggah makanana tersebut ke dalam van untuk dibawa ke bazaar. Lepas dah siap susun meja dan lauk-pauk tadi di atas meja, mulalah misi menjual lauk-pauk.


Selalunya kitorang akan kemas selepas berbuka puasa. Kira berbuka kat bazaar je. Yang bestnya berbuka kat bazaar ni, kitorang tak payah susah-susah nak beli air dan makanan. Ada je air dan makanan yang akan sampai sebelum orang azan. Kira orang sebelah, depan, belakang, kiri, kanan semua dok bagi makanan. Daripada kuih-muih sampailah ke lauk-pauk. Air paling best, sebab mak cik belakang tu jual air. Asal nak buka je dier cakap camni, "Eh, korang nak air kang amik je sendiri. Air gula ada atas meja tu ha. Jangan malu2". Sumpah best woo time ebrbuka. Jimat. Ini baru betul punye jimat!! heeeee~


Jom masuk bab baju raya. Hari tu sayang aku pergi beli baju raya bersama keluarga. Maka, aku pun terasa la nak beli baju raya. Padahal, duit bukannya ada. So, tadi aku g survey kat Mydin. Berikut adalah baju0baju yang menarik perhatian aku:

Haa.. abaikan kualiti gambar yang teruk dicapur dengan sudut yang tak menarik. Aku segan la nak diri jauh-jauh nak dapatkan gambar penuh baju ngan seluar tu. Nanti kang orang kata aku nak tiru fesyen diorang, konon2 ada kedai jahit baju sendiri. hahahaha....
Kepada sayang saya, silalah tengok dan pilih ya. Bukan untuk awak, tp untuk saya. Awak da ada banyak baju da, tak yah beli lagi. Heee~

Saturday, August 29, 2009