Tak berapa nak langsung dari Perlis

Owh, pertama kali update blog dari Perlis. Tak teruja mana pun. Internet cam ape je. Filter tak beragak, sampai nak buka soccernet pun tak boleh. Aku dah ketinggalan berita2 sukan bola sepak dunia. Haih~ Owh, ckp pasal bola sepak, Malaysia berjaya layak ke peringkat akhir. Game semalam agak menarik. Aku tengok hujung-hujung je. Kelihatan sedikit peningkatan dalam prestasi bola sepak malaysia. Bagus2~



Dan Man United kalah kepada Aston Villa sabtu ari tu. Damn! Home game lak tu. Tp memang aston villa perform jugaklah malam tu. Tp still Man United blh menang sbnrnye. Tak tahu mana silap. Defence kot. Semenjak dua menjak tiga menjak ni, defence cam haram. Haih~


Perihal kerja kat perlis. Hurm.. Last week aku wat keja ngan hairil Tp semalam n hari ni ak wat sorang2. Hairil balik ofis. Malam ni br sampai sini balik. Em, kerja cmne? Boleh la. Computer sangat sukar nak dijangka. Mase ko setup, sume nampak ok. Bila nak ghost, tbe2 lak ada masalah. Haih~ Sok, nak setelkan 1 1/2 lab exam. Damn~ Lepas tu ada lg 4 lab Comptia. Tp lab2 tu xde nak wat ape pun. Lepas tu pulanglah ke kampung halaman.


Hunny cakap angahnya ada kenduri kahwin kat jasin sabtu ni, Aku pun ada ajak hunny temankan aku g beli barang-barang nak sambung belajar nanti. Tapi xconfirm lagi. Huhuhu~ Jadi ke x, hanya masa yang dapat menentukan. hohoho~


Tadi hunny ada test-shoot ngan dara.com. Dan petang tadi diorang call suh datang balik sok. Utk photoshoot lak. Even bukan untuk cover, still aku nak ucapkan tahniah utk insan tersayang Raja Noor Diyana. Congratz2!! Photoshoot esok adalah untuk ruangan make over kot. Kalo xsilap la. Sumpah, aku xpenah beli majalah dara.com.. hehehe.. Skang ni, beliau sedang mencari tudung kat SACC Mall. Semangat nak photoshoot sok. Pape pn good luck 2 u,dear.. =D


Aku plak? Menempuh hari-hari yang bosan sambil dok dalam bilik ni. Tiba-tiba lak aku asik tunggu jam tunjuk kol 7.25. Tgk tv3.. Ni md zaini pnye pasal la ni. Dok ajaq aku tgk nur kasih. Haa.. ni da ter-addict plak. Ang jgn xnk ngaku mat, mase nk convo kte lepak kt umah mat tong, ang paksa aku suh tgk nur kasih. hahaha...


Xlame dah ni nak sambung degree. Mintak-mintak la dengan bekerja ni, otak aku x jadi lembab mse start degree nanti. Nak kata ak ada ngadap nota, harapan la weh. harapkan kerja aku ni la yang leh wat aku remind balik ape yg aku dah blaja dulu. Huhuhu..


Ish, terasa cam lame je x date.. Ehem~ ehem~ Hunny, bila free? Perlu buat appointment dulu ke? =P

~sign out~

Tuesday, December 15, 2009

been busy~

Been busy with lots of thing.. Especially convo..

heads up, convo's story n pics comin' up~

Tuesday, November 17, 2009

Cerita hari ini~

Hari ni g keje ngan emosi yang stabil. Masuk lab, tgk pc2 sume cam well maintain. So, 1st impression aku, ari ni leh settlekan 2 lab. N maybe boleh balik awal. So, wat kerja dengan riang. Lepas siap 1 pc yg dijadikan sbg master pc utk diclonekan kpd pc2 yang lain, ktorg pun mula buat ghostcasting. Hampeh~ Hiren xleh detect NIC. So, kne wat local. Copy image masuk dlm external har disk. Ghost secara local. Setel ghost, restart pc. Cilakak! Windows kecik plak.. Xpe2, boleh repair. Tengah2 repair, hang la pulak. Adoiyai. Try kat pc lain.. Yes! Boleh repair. TP bila log in, hampeh error banyak. Try bukak application, source file sume da berterabur. Satu pn xboleh bukak. Ati da panas. Tengok luar, hujan turun dengan lebat. Adoiyai~ Buat lagi satu master pc.. Mase ni da pukul 4 lebey da. Siap master pc yg satu lagi ni, trus try ghost kt pc sblh. OK! Xde mslh. Tapi kerja akan disambung oleh partner aku ok. Sok, ak nk g bangi. Ada rehearsal convo.


So, bersiap nak balik. Hujan da berhenti. 1st impression aku, balik ni xde la basah. So, gerak balik ngan tenang, tapi otak n ati bercelaru. Celah mane yang tenang, ak pn xtau. Xsempat nak kuar UM, langit kembali mendung. Da macam malam dah rase. Keluar UM, hujan mula turun. Aku sarung seluar baju hujan. Baju hujan ak da pakai sebelum tu. Jalan depan sikit, hujan turun ngan lebat. Tension!! Nak stop, memang aku malas. Kang lagi panas lak ati ni tggu hujan stop. AKu redah je sampai shah alam. Tiba kat rumah, kasut da mcm kolam ikan. Air penuh bertakung. Apsal la aku tak abwak selipar g keje. Haih~


Skang ni, aku tengah dok adap pc ni. Nak buat apa pun tak tau. So, aku update blog. Tak tau la ada yang baca ke x.. Tapi skang ni sumpah aku tak tenteram. Otak aku tengah pk mcm2.. Hati aku ni, xleh nk tenang. Sejak aku start keje ni, ada je bende yang tak kena. Buat itu xkena, buat ini xkena. Aku pun tak tau knape. Tapi nak buat camne, pendam je sudah. Nak cerita kat org lain aku macam tak reti sangat. So, simpan sampai meletop!!


Niat nak g bangi ari ni. Tapi hujan lebat ni memaksa aku utk batalkan niat aku. Haih~ Something very2 big is bothering me right know. Really big!! God help me...I feel very lost.. Don't know what should i do.. How should i handle it.. Really2 lost right now.. *sigh* Sape kacau aku skang ni, sumpah aku tumbuk muke ko sampai pecah!!

Thursday, November 12, 2009

Perihal kehidupan seharian..

Tajuk post tu macam melambangkan idea tengah banyak yang akan digandingkan bersama penggunaan ayat-ayat yang dramatis. Ya, setakat tu je la aku boleh guna ayat-ayat macam tu. Ni dah tak boleh nak fikir ayat-ayat dramatis lagi berpuitis lagi dah. Dan ya, sekarang ni aku sedang menaip secara spontan tanpa mempunyai sebarang idea untuk dicurahkan. Apa yang terlintas dalam otak, itu yang jari aku akan tarikan atas keyboard. [Tapi aku terpaksa menapis sedikit sebanyak apa yang terlintas dalam otak ni, takut-taku nanti ada yang tak patut diberitahu nanti, terkeluar pula]


Hobin jang hobin~ Sumpah aku tak faham apa maksud hobin tu. Tapi itu yang aku nampak dalam TV masa final piala FA aritu kot. NS lwn Kelantan. Yang berakhir dengan kemenangan NS sebanyak 3-1. Game yang agak menarik, tapi belum mampu untuk membuatkan aku berhabis duit lepak kat mamak untuk menontonnya. Sekadar menonton kat rumah sahaja. Apa yang aku nak kisahkan sebenarnya adalah sikap segelintir peminat-peminat Kelantan yang membakar mercun, kerusi dan membaling objek-objek ke arah padang. 3/4 daripada penonton pada malam itu adalah penyokong Kelantan. Ape kes? Tak puas hati? Apa salah kerusi tu sampai kena bakar? Sekarang tengok apa dah jadi, Persatuan bola sepak kelantan akan diambil tindakan kerana sikap-sikap tidak professional penyokongnye. Ape? Ingat pemain je kena profesional? Penyokong pn kena jugak. But in a different way la orang kata.


Malam semalam pulak, Man U kalah dengan Chelsea. Tapi tak ada pula kerusi yang terbakar. Mercun pun tak de pam pom pam pom kat padang tu. Menang kalah adat permainan [saja nak pujuk ati yang tengah sakit sbb Man U control game tp kalah].. Tak apalah, game banyak lagi. Banyak lagi masa. Tapi agak sia-sia jugaklah perjalanan aku ke Subang semalam bila pulang dengan kekecewaan. haish~ Xpe2.. Man U still my fav team. Tapi ku tgk Obertan tu macam ada potential 2 b a good winger. Sama-sama kita nantikan.


Habis bab bola, masuk bab kerja hari ni. Yeah, hari ni terasa sangat penat. 3 orang nk setelkan 1 lab yang ada 50 pc. Lab tak ada internet. Ada local area network sahaja. Network pn agak langsi. Gune static IP yang agak menyusahkan n aku tak faham ape pasal diorang gune static IP.range 01 smpi 255 untuk satu jabatan yang ada 3 or 4 building. Mau x conflict ble korang tgh2 wat keje. Nak2 ble tgh wat ghost. Sumpah sakit ati.. Tapi nak buat camne kan? Dah itu tugas kitorang, nak tak nak kena gak buat. So, tadi siap lebih kurang jam 6.00 ptg. Keluar lab dengan semangat sebab nak balik sbb tak tahan dah tengok pc lab tu, tiba2 keluar je tgk hujan yang agak lebat. Terus sarung baju n seluar hujan. Niat memang nak redah je, tak nak tunggu hujan reda dah. hahaha.. Maka dengan semangatnya aku redah hujan untk bergerak pulang dr UM ke shah alam.Sakit2 gak la pinggan ni dok bongkok sebab nak 'potong' angin bagi laju. Maklum la motor EX5 buruk tu, laju mane la boleh g kn. Rase cam nk naik 125 ku je sok. Tapi minyak macam air lak motor dier. Bazir minyak, jimat masa. Masa itu emas, emas lg best dari minyak. So, patutkah aku bazir minyak untuk menjimatkan masa? Huurrrmmm....


~sign out~

Monday, November 09, 2009

Kerja dan kerja..

Kenapa bila nak ber-blogging je, aku kne draft sampai 2 or 3 kali. The 1st one will never make me satisfied. Haih~ Mungkin memang tiada bakat untuk ber-blogging dengan baik. Tapi still nak ber-blogging jugak. How? Hantam sajalah~


Sedar tak sedar dah 5 hari aku kerja. Memang best. Mau tak, hari-hari adap komputer, yang memang berkaitan la ngan bidang yang aku belajar. Banyak jugaklah ilmu-ilmu baru yang aku dapat n aku harap ilmu-ilmu tu nanti berguna bila aku sambung degree nanti. Kerja memang best beb, tapi ada jugak benda yang wat kerja jadi tak best. Contohnya, bila ko nak keluar pergi kerja dengan penuh semangat, ko tengok langit kat luar tu tengah mendung. Kalau naik kereta, it's not a big deal la kn. Tapi kalau naik motor, it's a damn big deal man. Silap-silap, boleh hancure bederai semangant nak g keja tadi. Tapi, dengan adanya baju hujan, mungkin semangat tu dapat dipelihara lagi. Itu la yang aku hadap almost everyday. Kalo pergi keja tak hujan, balik kerja msesti hujan n vice versa. Nasib baik la hari ahad ari tu tergerak nak beli baju hujan. Habis terbang RM 68. Haih~ Tapi tak pe, itu keperluan. Tak perlu menyesal~


Cepatnye masa berlalu, sampai aku baru teringat, sabtu mggu depan ada convocation. Damn~ Duit lagi.. Kena bayar RM 200 utk jubah n gambar. Kalo aku tak nak sewa jubah n tak nak amik gambar boleh x? Kenapa bila convo je wajib kena pakai jubah? Kalo bagi pinjam free tak pe la.. Tak pun kire bayar macam cagaran. Kalo keadaan jubah yang dipulangkan sama dengan keadaan masa diambil, wang cagaran dipulangkan. Kan ke lebih membantu macam tu. Ni sampai RM 200 nak kena bayar. Lepas kitorang pakai tu, diorang anta jubah tu g dobi je pun. Bape ringgit sangatlah harga nak basuh selai jubah tu. Kalo bayar RM 200, pastu amik terus jubah tu xpe la jugak. Tapi tak jugak, ape je aku nak wat ngan jubah tu nanti. Kain buruk kat umah ke? tak kire la, tapi bagi aku, harga RM 200 untuk sewa jubah n gambar tu macam melampau je. Mungkin sebab aku tak tau effort yang diorang lakukan untuk dapatkan bayaran sebanyak itu. Tapi korang pk la sendiri.. Nak bayar sumthing tu, biar la berbaloi. Macam iklan celcom, berbaloi-baloi.. Mintak2 la mak aku cakap macam tu suatu masa nanti.. Lalalala~


Hari ni hari Sabtu, Ku n ijat balik Melaka. Aku dok sorang dalam bilik ni. Nak msg ngan awek aku, takut ganggu dier nak study pulak. Tadi kena kemas rumah katanya, ada sedara nak datang. So, nak lepak ngan mbr rumah, diorg tak de, nak msg ngan awek, awek bz. Ape aku nak wat ni? Nak sambung tido balik macam tak mengantuk je. Jam baru menunjukkan pukul 12.00 p.m. Damn~ Hari masih panjang.. Tapi tak ada aktiviti nak dibuat. Haih~ Nak kuar makan pun malas. Bosan beb g makan sorang2. Nak masak pun malas gak ni. Makan je la kuih2 raya yang ku ada bawak dulu. Tapi cam da masuk angin sikit. Haih~ Nasib baiklah macan bermurah hati nak bagi pinjam laptop dier. Tak delah aku keras ketung dok dalam bilik ni tengok tv je. Sumpah bosan, kalau tak de astro. ASik tengok drama melayu yang pelik, iklan yang merapu, dan berita2 yang bosan. Haih~ Tak berkembang otak.


Ahad malam ni aku ngan mbr2 nak g tgk bola kt Asia Cafe. Ada sapa2 mau join? silalah roger ye..


Otak pun da benak nak menaip. Rokok pun da nak abis. Nak g beli kt kedai, mcam pns je kat luar tu. Malsa lak nak kuar. Nanti2 la.. Malam2 cket ke. Sape2 ada idea nak menghilangkan bosan? Syaratnya, idea mestila tidak menggunakan duit dan efektif. Tak efektif, aku sepak korang.. hahaha~


~sign out~

Saturday, November 07, 2009

Korang pk la sndri tajuk post ni~

Hari tu baca paper, dok tgk brite psl jambatan runtuh kat perak. Yang lagi sedihnya, masa jambatan tu runtuh, ada budak2 sekolah tengah menggunakan jambatan tu. Sedih sangat weh. Kecik lagi budak2 tu. Belum sempat nak membesar abis n menikmati hidup ni. Tapi nak buat macam mane kan, dah ajal diorang. Pun begitu, aku rasa pihak yang buat jambatan tu kena la bertanggungjawab. Sebabnya,, bila aku tengok berita tadi, diorang cakap jambatan tu tak ada ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya. Tapak tak cukup kukuh. Benteng dekat tapak tu tak ada dinding nak menghalang hakisan air sungai. Kiranya, buat bagaikan melepaskan batuk kat tangga. Diorang dapat duit, tapi budak2 kecik yang jadi mangsa.


Aku tak nak ulas banyak pasal tajuk yang satu lagi ni, tapi satu lagi ADUN pakatan keluar parti. Jadi calon bebas, pastu sokong UMNO. Bek la terus masuk UMNO je. Politics really sucks~ Kotor~


Masa Man U kalah ngan Liverpool aritu, sumpah aku dpt bnyk sms berapi lepas abis game tu. Pergghh~ Xpe2, hidup ni bagaikan roda, Kejap kita kat atas, kejap kita kat bawah. So, terima je la. Tapi, still Liverpool xmsuk group top 4.. Muahahahahahaha!!!! Aku perasan gak, Ferdinand macam xfit je. Mase main utk England ngan utk Man U. Dia tak macam GIGGS. Tua2, tp steady. Tengoklah camne pasni.


Sabtu or ahad ni aku naik Shah Alam balik. Kali ni bukan utk berdating, tapi nak kerja. Aku keje kat UM. Under company pak cik aku. Keje xlame sangat. Gaji 1 hari RM 50. Boleh la. Bukan ada anak bini nak tanggung pun. Tapi da kne start saving. InsyaAllah acc br bakal menyusul. And/or acc. Wink~ Wink~


Sape tau camne nak ilangkan resah? Sumpah aku tengah resah ni. Haih~ Syuuh~ Pergi jauh la resah oi.. Kadang2 aku rasa memang patt pun aku rasa camni. Tapi, kadang2 orang lain pnye statement buat aku rasa mcm aku ni ter-over la plak. Haih~ Skang da kol 12.00 a.m... Ape cer? Aku da macam cacing panas da kt umah ni. Wat tu xkena, wat ni xkena.. Tp time2 cmni, layan Dunhill memang show. Sumpah xtipu.. Ble tarik dalam2, lepas tu.. Fuuhhh~ Ko tgk asap tu naik kepul2, macam berada di awang-awangan.. Ilang kejap resah tu.. Tp lepas abis sebatang datang balik. Hahaha.. Ape blh buat, xkn nak pasang lagi.. No.. no.. no.. Jgn wat psl.. Kalo xmati, sure tmuntah aku nanti.. [ini bukan iklan rokok ye, aku bukan menggalakkan korang. just citer ap aku rse je] Camne nk quit, kalo da cmni jd nye? Damn hard la weh~


Aku tulis post ni sbb nak distract aku pnye feeling je. Nak kuar lepak ngan mbr2 malas plak. Cam xde mood.. Lepak rumah plak bosan. Nak layan movie xde mood. Ape je yg blh aku wat ni? Haih~ Nak tido, tak ngantuk. Perut lapar ni, nak makan cam xde mknan je kt dapur. So, hasilnya, post merapu ni la.. hahaha~


~sign out~

Friday, October 30, 2009

Gembira tahap gaban~

Jumaat lepas, aku bertolak ke shah alam. Niat utama nak ber-dating dengan kekasih hati sambil lepak-lepak dengan member-member. Aku tiba kat shah alam jam 7 lebih. Malam.. Tapi jumaat tu xdapat jumpa hunny sebab dier ada program dengan mien n ira. Tak mengapalah, baki hari jumaat tu di habiskan bersama Ijat n ku. Pergi makan dekat SS2, lepas tu main pool dekat Asia Cafe. Kurang lebih pukul 4 balik semula ke Shah Alam.



Sabtu, +/- 11 a.m. lebey...

Aku n ujat bergerak menuju ke Seksyen 7, amik hunny n gerak ke UM. Sampai dekat UM amik awek ijat. Dari UM ke Mid Valley ijat drive. Sebelum tu aku yang drive. Sampai di Mid Valley, terus pergi ke kaunter tiket wayang. Niat nak tengok Papadom, tapi lambat sangat. So, tengok cerita Whiteout.. Camne ceritanya? G la tengok sendiri dekat panggung.. Lalala~


Lepas tengok wayang, kitorang g makan. Lepas jalan-jalan kejap dekat mid valley, kitorang pun balik. Sebab malam tu nak main futsal. N hunny akan ikut sama. Wee~ Dalam pukul 11 pergi amik hunny balik, lepak kat Barra kejap. Sebelum tu hunny cakap dier sakit perut. Kembung katanya. Aku pun belikan eno yang dier nak. Lepas minum eno, kitorang makan. Then terus gerak g Court futsal kat Plaza Alam Sentral. Cecece~ Semangat main futsal lain macam sikit bile awek ada tgk. hahaha.. Hasilnya, finishing yang menakjubkan. Bukan nak riak, x percaya tnye awek sy.. hahaha... Lepas main futsal, lepak balik dekat Barra.. Macan n da geng bahan aku abis2 depan awek aku. Hahaha.. Xpe2, depan awek diorang nanti, aku bahan diorang plak. Lepas hantar hunny balik aku pun pulang untuk berehat, esoknya ada program lagi.


Ahad, 10.00 a.m...

Ijat hantar aku ke Seksyen 7, hari ni keluar dengan hunny je. Lepas hunny siap, kitorang gerak pergi ke Sunway Pyramid. Nasib baik malam tu da download map nak ke Sunway dalam otak. hehehe... So, ampai kt Sunway, terus g kaunter tiket wayang lagi. Niat nak tengok papadom jugak, tapi x kesampaian.. jugak.. Sebab lambat waktu siarannye.. So, tengok Cloudy with a chance of meat ball.. hehehe.. Kelakar weh citer tu.. Nak tau lebih lanjut? G tengok sendiri.. Lepas tengokw ayang, kitorang jalan-jalan pusing sunway. Hunny nak cari baju untuk photoshoot ahad ni nanti. So, aku temankan... Cecece~ 

Lepas tu, gerak balik shah alam.. Makan dekat Nasi Lemak Cinta Sayang.. Lepak-lepak kejap.. Borak-borak kejap. Lepas tu g tunggu angah hunny dekat Petronas Seksyen 7. Oh, sebelum g Sunway tadi, jumpe angah hunny dekat situ. Dia n kawannya. Sempat la jugak amik2 gambar ngan mereka.. hehehe... Sambil tunggu2 mereka sampai, aku n hunny bergambar bnyk.. Hehehe.. Angah hunny sampai dengan bf beliau, kwn beliau n adik kawannya. Lepas bergambar kejap, Bf angah hunny, Abg Wab, hantar aku pulang ke rumah Ku. Malam tu g tgk match Man U vs Liverpool. Man u kalah, tapi aku tetap hepi. hahaha.. U know what i mean~ =P

Secara keseluruhannye, aku nak berterima kasih yang amat sangat, terutama sekali kepada Hunny, Raja Noor Diyana Binti Raja Kamal. u really made my day,dear.. =D thanx gak kat Ku, Ijat n housemate diorang sebab sudi menerima kedatangan aku. hehehe... thanx kat mien, sbb bg hunny sy stay kat rumah sewa beliau. Korang sume memang best~


~sign out~

Tuesday, October 27, 2009

Mix Tapi Bukan Remix~

Aku dah lama sebenarnya nak update blog ni.. Nak citer psaal raya sume kan. Tapi aku hold, sebab aku ingat nak masukkan gambar sekali. Gambar plak bersepah, kat camera ayah aku ad, kat hp adik aku ada, kt hp aku memang tak ade la, sbb nye 1.3MP jah.. Nak amik gamba pekejadahnye. Tapi last-last, tak tahan gak. Jari ni da gatla nak menekan keyboard ni tanpa melihat [ceh, blagak]. Weh, blogging sambil dgr lagu Try - nelly furtado, layan beb. Semakin laju rentak, semakin laju jari aku menari. hahaha... Next sentence, masuk bab raya ye...


Raya tahun ni boleh dikatakan ok la. Aku tak banyak sangat berjalan.. kot.. Raya pertama tak berjalan sangat.. Banyak dok umah mak cik aku ja.. Malam tu p lepak ngan Pian, mbe aku masa kat Sultan Muhammad dulu. Syahid pn ada. Aku bawak la kazen2 aku yang tengah sangap. Hahaha... Raya kedua, g layan go kart ngan kazen2 aku. Addictive weh go kart ni. Sekali main abis RM 25. Sampai raya ke 3, ke 4 ntah, nak dekat RM 150 aku abis kat go kart. Tu xmasuk lagi ngan duit main bowling n lepak2 kat maple time malam. Hohoho.. Boros2... Duit raya? Boleh la, still dapat lagi.. Bape banyak? Aku tak kire.. Asal dapat je, msti klua balik.. Ada je benda aku nak wat ngan duit tu.. Tsk*.. Tak pandai berjimat langsung..


2 ari bulan ari tu aku naik Shah Alam. Lepak umah ku. Sebabnya, ahad tu mau ke Tg. Malim. Beraya kat rumah tersayang. Citer raya kat rumah hunny aku ni agak menarik. Gerak pergi 2 kereta. 1 kereta 5 orang. So, total yang bergerak ke Tg. Malim adalah 10 orang. Hahaha.. Nasib bek masing-masing tak bawak dulang hantaran. Sampai Tg. Malim, tak terus ke rumah hunny, kitorang g ke Kalumpang. Tunggu hunny aku sampai jap, aku naik dengan dia. Yang lain follow belakang. Aku ingat2 lupa je jalannye, hunnny aku pn same. Tp nasib baik sampai jugak.


Lepas jumpa lokasi, kitorang mandi manda sampai puas [xpuas mana pn sebenarnye, sekejap je rase =P]. Lepas sudah salin baju semuanya, kitorang gerak pergi Taman Bernam Baru. Yeah! Bermulalah perayaan yang sebenar. Sampai rumah hunny, tak ada orang. Abahnye ke Penang, Maminye pergi kenduir bersama angah. Alongnya kerja kot. So, kitorang pun masuklah. hunny mintak tolong aku rasa air. So, dia suruh masuk dapur. [ada cerita yang terpaksa dipotong atas sebab2 tertentu] Lepas rasa air, aku terus tolong potong nasi impit [ke himpit?] Menunya adalah Soto. Nasi putih n lauk pauk pun ada. Aku makan nasi je.


Tengah2 makan, maminya pulang, sapa2 kitorang kejap, borak2 kejap, maminya naik atas sebab penat. So, kitorang dok bawah je la, tak kan nak naik sekali. Lepas lepak2, borak2, bergambar2 kejap, kitorang pun beransur pulang. Terima kasih kepada hunny sekeluarga kerana sudi melayan kami ye. Sayang kamoo lah~ =P


Pagi tadi UNITEN call, dia suh fax-kan surat tamat belajar. Aku rasa aku dah hantar dah haritu, tapi tak apalah. Dia suruh fax hari ini jugak. Ok lah, aku pn pergi faxkan. Tengah hari ke petang tu sikit, Sry cakap dier dapat email drpd UNITEN, kata diterima masuk. Akram pun dapat jugak. Aku mula tak tentu arah. Langsung mintak tolong hunnny check kan email, mana tau kot2 aku pun dapat sekali kan. hehehe.. Alhamdulillah, aku pun dapat jugak. Weee~ Tapi kat UNITEN ble grad dier awardkn B Sc. Kalo UniKL B Eng. Terasa cam nak amik kat UniKL je, cam lg market. Tengoklah, kalau dapat masuk UniKL, aku amik UniKL ja. At least, satu ni da lps, kalo xdpt satu lagi, aku amik yg ni je la. Lagi pn UNITEN ni area bangi, cam kos sara hidup murah sikit kot. hahaha.. Budget itu penting.. Tapi jangka masa pengajian adalah selam 3 1/2 tahun. Lama beb, kalo kawin da boleh ada 3 org anak woi.. huhuhu~


Takziah kepada mangsa2 gempa bumi di Padang n tsunami di Samoa Amerika. Moga-moga kita yang kat M'sia yang Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan ini mengambil iktibar atas apa yang berlaku di tempat orang. Jangan alpa dan leka ye.


Owh, ya.. Tadi jugak, surat convo dr GMi sampai. Kena bayar RM 200, pakai baju srba itam, tie n RAMBUT MESTI KEMAS [ bukan pendek kn?] Kalo panjang tapi disisir kemas, kire kemas la jugak kn? Sok kalo dier bising kata rambut aku panjang, sumpah aku da tau sape yang akan lorat2 bising, satu2 taik lalat dier aku cabut. ETH? Aku bayar RM 200 untuk datang Convo tu nanti, asal lak nak kecoh pasal rambut aku panjang ke ape ke? Ko yg bayar kn ke? Kalo ko yg bayar, blh la nk kecoh2.. Kita tunggu dan lihat~


Gambar-gambar akan aku upload kemudian ye..


~sign out~

Friday, October 09, 2009

Sedikit Lewat~

Saya mengambil kesempatan ini [padahal tak perlukan kesempatan pun] untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan yang mengenali diri saya ni. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terguris hati, terobek baju perasaan, terpukul, tersepak, tertendang, termaki, terkutuk, dan ter yang sewaktu dengannya. Yang tak ada 'ter' pun sudilah kiranya korang maafkan. Sebabnya, kita ni semua manusia biasa, tak lari dari melakukan kesilapan. Nobody's perfect. Tak payah nak dendam-dendam, maafkan saje. Sedangkan Nabi pun ampunkan umat [Ni kalo korang tak maafkan jugak, tak tau la nk kata ape].


Hari ini dah masuk hari raya ke-4. Ekonomi sedang kukuh ni. Hahaha.. InsyaAllah Sabtu ni nak menyambut kedatangan yang ter-sayang. Julung-julung kalinya. Itu pun jika tiada aral melingtanglah. Mintak-mintak tak adalah aral yang melingtang, semuanya berjalan lancar, maka dapatlah jumpa sayangku kat melaka ni. Mau datang beraya. Weeee~


Tahun ni raya macam slow je. 1st raya macam kena selesema sikit. 2nd day raya, da macam sungai da hidung aku ni. Nasib baik sistem 'pengairan' sempurna. Tak ada lah melimpah ke tempat yang tak sepatutnya. Hari ni macam dah ok sikit, tapi kena batuk-batuk la pulak. Haish~ Macam-macam dugaan.


Tapi raya tahun ni aku banyak abiskan masa enjoy dengan kazen-kazen. 1st day raya da g main go-kart. hahaha.. 2nd day raya, g main bowling. 3rd day raya, g main go-kart lagi [ada yang tak puas ati ari tu kalah ngan aku, tapi kali ni pn kalah jugak. Wahahaha!!], malam tu g tengok wayang. Bukan main berfoya-foya lagi. Tapi bersama saudara-mara. Bukan dengan perempuan lain. Sila take note ye sayangku!! =P

Ok la, kepada sape2 yang ada niat nak datang umah aku raya ni, sila bgtau terlebih dahulu. Mana tau aku tak de kt umah ke,. Nti aku da ada kt tg malim, korang plak ada kt umah aku. Eh? Kenapa tg malim? hahaha..
k ar, nak kuar jap. Tengok apa yang best kat luar sana. Dari td dok dengar bunyi berdentam dentum je. Cam ada perang la pulak kat luar ni.

~sign out~

Wednesday, September 23, 2009

The end of this year's Ramadhan..

So, ramadhan is going to end soon.. Another 2 or 3 days, and we'll celebrate Hari Raya. Talk about hari raya, i haven't bought any baju raya yet. Planned to go for shopping this Saturday. But surely there'll be dozens of people on that day. And THAT, does have some potential to ruin my shopping mood. Haih~ Kinda hate to walk around places that are too crowded. But what can I do, have to buy some clothes.. Oh.. and at least a pair of jeans too..


Why do people always go for shopping, buy new clothes before hari raya? I know there're some, who doesn't only went for shopping before raya. For them, shopping is like a hobby. But look what happened when raya is just around the corner. Shopping centers and bazaars become crowded. Extremely!! Try to go to Masjid India or Jln Tunku Abdul Rahman tomorrow. Surely you'll regret. Oh, try to drive your car there too. And you'll wish that you would just walk instead.


Tomorrow, will be the last day for us to sell dishes in pasar ramadhan. Tomorrow will be the "Pulun habis" day i think. These last 3 days, business were going well. Very well.. Almost everyday, all the dishes were sold out. Thank You God!! Tomorrow i really hope that we will get the same result, so that i can have extra money for shopping.


Ahh.. I don't think that I'll be buying any new baju melayu this year. Tend to use the one that i wore during Popeye's wedding. The best man's. So, I need to find the trouser for the shirt. Don't remember where did i put it. Haih~


Got a job offer from my dad's friend. But not really interested to accept though. RM 450 per month. And i know i'll be working like hell. So, it's a no no no.. Choosy? hahaha.. Shut up!!


Not really in a good mood.. Why la koe? Raya is just around the corner. Come on! Cheer up!! No need to puasa anymore.. Should i? Some muslims are sad when ramadhan is going to end. Why can't i feel the same too.. But clearly, my current mood doesn't have any relations with the ending of Ramadhan. Still, there's nothing i can do about it. Just go to sleep and hope that everything will be fine when i wake up tomorrow. I really wish so.. Please god... Don't want any bad news.. And i'm not hoping for any neither.. Come on!! Be Positive!!


Enough mumbling.. Time for Fifa Online!!

~sign out~

Friday, September 18, 2009

Berbuka bersama tersayang..

Ahad-06 September 2009

Memang best hari ni. Aku dapat berbuka bersama yang tersayang. Mulanya, nak jumpa kat shah alam je, tapi dia tak jadi datang shah alam. Makanya, aku ajak ku dan ijat naik tanjung malim. Diorang pun tak pernah sampai sana lagi. So, kitorang geraklah jam 3 lebih. Sampai tanjung malim lebih kurang jam 4 lebih, nak dekat 5. Disebabkan hunny aku ada kerja masa tu, kitorang lepak kat pusat snooker kat depan taman hunny. Lepas main 2 frame, hunny pun call, cakap dia dah keluar.


Hunny amik aku kat depan pusat snooker tu, lepas tu terus kitorang gerak pergi kedai makan untuk berbuka. Aku sangat hepi dan gembira dapat jumpe kesayanganku. Hepi je dok dalam kereta ngan dier. Masa berbuka, aku tak makan banyak sangat, sebabnya memang aku jarang makan banyak bila berbuka. Makan sikit je, pastu tgk sayangku makan. Lepas tu, kitorang gerak g Kopitiam, kat depan kolej hunny. Lepak-lepak dan berbual serta spend some quality time bersama yang tersayang. hehehe...


Lepas tu, hantar sayangku balik ke rumah. Ayah dan emaknya tiada di rumah. Angah dia je yang ada masa tu, tapi kitorang ingat tak ada orang langsung. Bila sayangku da masuk baru dia tahu angahnya ada di dalam. Hehehe... Maka pulanglah aku ke shah alam dengan bahagianya. Lama kot tak jumpa. hehehe... InsyaAllah raya nanti, aku naik sana lagi.


Terima kasih kepada hunny sebab sudi menerima kedatangan kami walaupun sibuk bersama programnya. Kesian dia, penat. Balik tu terus dia baring, pastu tertido. huhuhu..

terima kasih gak kat Ku n Ijat sebab sudi teman aku jumpe kesayangan aku. Dapat gaklah kenalkan hunny ngan kawan-kawan sekolah aku ni. Diorang pun dapatlah kenal Si Dia yang selalu wat aku tersenyum. hehehe...


Terim kasih ye,sygku. Bu love u so much~

Monday, September 07, 2009

Sepetang di Bazaar Ramadhan 1

Aku semakin lewat pergi ke cafe kebelakangan ni. Maklumlah. Kalau datang awal pun bukannya aku ada buat apa pun. Dua orang chef tu yang masak, aku dok depan tengok tv. Kalau sebelum ni kol 12.30 aku da gerak, tadi kol 2.30 aku tak mandi lagi. Seo, lepas mandi dan bersiap. Aku geraklah ke cafe. Sampai sana lebih kurang pukul 3 lebih. Kalau ada barang yang diorang nak beli, diorang akan beritahu aku, aku akan ke pasar ataupun ke shopping center yang sekangkang semut je dari cafe tu.


Lebih kurang jam 4 petang, kitorang mula masukkan lauk pauk ke dalam van. Aku sebagai pemandu kena bawak van tu pelan-pelan, kalau tak, habis lauk berterabur. Rugi~ Sampai je kat tapak tu, mesti akak jual air tu sapa kitorang dulu. "Haa!!  Lauk dah sampai dah!!" Korang kalo dengar suara akak tu, memang power. Kuat~ Tu xmasuk lagi horn roti yang dier dok picit sampai lenguh tu. Sakit tekak nak lawan suara dia bila berniaga.


Lepas je siap susun semua lauk, orang dah datang beli dah. Aku kena g parking van dulu. Lepas je parking tgk orang da mula beli. Memang seronok weh kalau berniaga macam tu. Kira hari ni nasib baiklah, sebab ramai customer. Tapi bila time kena serbu, sekali yang datang ramai. Tapi bila tak ada, punya la kosong, sampai mengantuk Nasib baik hunnyku ada teman [msg je la].


Petang tu sikit, budak-budak IKM Jasin datang. Diorang ni memang bagus. Dari hari first aku ebrniaga, sampailah hari ni, tiap-tiap hari diorang datang beli. Selain diorang,a da jugaklah beberapa lagi regular customer yang datang beli hari-hari. Budak-budak ni kalau datang, diorang beli ayam goreng radix. Tu confirm. Yang buat aku terbarai ketawanya, bila diorang nak campurkan sekali ayam goreng tu dengan lauk masak lemak cili padi. Tak apalah, campurkan aja, dah diorang nak macam tu. Lepas tu ada la sorang budak ni beli ayam masak rendang. Masa tu ayam dah tinggal tiga ketul je, dia dah asingkan 2 ketul dia punya. Kira tinggal 1 ketul je lagi. Tiba-tiba ada sorang pakcik ni tinjau2 dari belakang budak-budak ni, pastu dier cakap camni " Nak, ayam masak rendang tu tinggal satu je ke? Haa.. bungkuskan pakcik ayam tu satu ketul tu". Tak sempat aku nak jawab, budak IKM tu da jawab camni " Mana boleh pakcik, ayam tu saya punye!". Hahaha.. Aku ingatkan budak tu nak 2 ketul je. Nakw at camna, budak tu sampai dulu kan. Pak cik tu pun pasrah je.


Lepas tu, sorang budak IKM ni tanye, " Bang, Ikan sembilang tak ada ke?". Kalau korang nak tau, budak tu siap bawak list lagi lauk-lauk yang nak dibeli. Aku cakap, ikan sembilang tak ada. Tapi kedai sebelah tu ada jual. Mak datuk, budak ni selamba je cakap kuat-kuat camni " Saya tak nak beli kat kedai sebelah, saya nak beli kat kedai abang ni jugak. Dah lah MURAH, SEDAP pulak tu". Aku cuak makcik sebelah tu campakkan senduk lauk je kat budak2 IKM ni. hahaha.. Kalau, nak cerita lagi, macam-macam beb ragam orang aku jumpe kat bazaar ni. Tapi aku simpan dulu, kita tunggu post satu lagi. Mane bleh nak citer sume kat dalam 1 post je. hehehe~


Em, hari ahad or sabtu ni ader plan nak naik Shah Alam. Nak jumpe hunny aku yang mungkin akan lepak kat umah mien. Tapi, tadi dier cakap mungkin maknya si mien nak dtg KL. Kalo mak mien datang, maka tak jadilah dia nak lepak umah mien. So, pape pn aku tunggulah keputusan daripada awek aku.


Haa.. kalo yang baca ni ada orang jasin, ni aku nak bagi sikit tips bila nak membeli kat Bazaar ramadhan JASIN. Jasin je ye... Kat bazaar lain, tips ni xleh nak diguna pakai.


  1. Kalau nak beli lauk pauk, korang cari kedai no 3. Fuh, lauk dia orang cakap sedap beb~ Hehehe...
  2. Kedai no. 3 tu xde jual nasi, sama ada korang masak sendiri nasi tu, atau korang beli kat kedai sebelah dia.
  3. Kalau korang dah lalu depan kedai no 3 tu, pastu korang memang berhajat nak beli, baik korang beli terus, jangan sesekali berkata, "Jap lagi saya datang beli ye, nak pusing-pusing dulu". InsyaAllah bila korang datang balik, korang akan gigit jari je la bila buka nanti.
  4. Kalau nak beli kuih, ada satu kedai ni, aku tak ingat ni berapa. Kalo dari kedai no 3 tu, dier beza dua baris ke belakang. Faham? maknanya, dia baris yang ke 3 daripada kedai no 3 tu. Kedai tu kuih dia memang sedap.
  5. Kalau nak beli air, tak yah jauh2, alang-alang korang dah ada kat kedai no 3 tu, belakang kedai tersebut ada jual air. Sedap gak lah air dia.
Kesimpulannya, tips2 kat atas ni semua diberi untuk memudahkan korang, dan aku. Lebih tepat lagi, memudahkan korang, dan menguntungkan aku. Ala, itu pun xbleh ke? Nagn kawan-kawan pun tak nak tolong. Ape ar! Member2 nak untung cket pun tak leh. Hahaha..

Friday, September 04, 2009

Bazaar & Baju Raya~

Haaa... Puasa belum seminggu lagi, aku dah nak cakap pasal baju raya dah ni.. Tapi sebelum buka cerita pasal baju raya, aku nak cerita sikit pasal pengalaman berniaga kat bazaar ramadhan ni. Oh lupa nak bagitau, dalam post yang lepas aku ada cakap, kedai ayah aku wat buffet sempena bulan Ramadhan ni. Tapi, last minute pnye plan, tukar daripada wat buffet kat kedai tu, kepada berniaga di bazaar Ramadhan. Kenapa? Sebab ayah aku bos, ikut suka dia la nak buat apa. Heeee~


Makanya, berniagalah 3 orang jejaka yang tak kurang hensemnya ni di bazaar Ramadhan Jasin. Bertempat di tapak no. 3, kitorang jual lauk-pauk beraneka jenis untuk santapan nafsu makan manusia-manusia yang berpuasa.. Tapi kadang-kadang auntie [cina] kedai sebelah pun datang beli ayam goreng. Kebiasaannya, aku akan ke cafe ayah aku pada jam 1 tgh hari untuk membantu [baca: duduk goyang kaki] 2 orang chef tu memasak. Lebih kurang jam 4 ptg, kitorang akan punggah makanana tersebut ke dalam van untuk dibawa ke bazaar. Lepas dah siap susun meja dan lauk-pauk tadi di atas meja, mulalah misi menjual lauk-pauk.


Selalunya kitorang akan kemas selepas berbuka puasa. Kira berbuka kat bazaar je. Yang bestnya berbuka kat bazaar ni, kitorang tak payah susah-susah nak beli air dan makanan. Ada je air dan makanan yang akan sampai sebelum orang azan. Kira orang sebelah, depan, belakang, kiri, kanan semua dok bagi makanan. Daripada kuih-muih sampailah ke lauk-pauk. Air paling best, sebab mak cik belakang tu jual air. Asal nak buka je dier cakap camni, "Eh, korang nak air kang amik je sendiri. Air gula ada atas meja tu ha. Jangan malu2". Sumpah best woo time ebrbuka. Jimat. Ini baru betul punye jimat!! heeeee~


Jom masuk bab baju raya. Hari tu sayang aku pergi beli baju raya bersama keluarga. Maka, aku pun terasa la nak beli baju raya. Padahal, duit bukannya ada. So, tadi aku g survey kat Mydin. Berikut adalah baju0baju yang menarik perhatian aku:

Haa.. abaikan kualiti gambar yang teruk dicapur dengan sudut yang tak menarik. Aku segan la nak diri jauh-jauh nak dapatkan gambar penuh baju ngan seluar tu. Nanti kang orang kata aku nak tiru fesyen diorang, konon2 ada kedai jahit baju sendiri. hahahaha....
Kepada sayang saya, silalah tengok dan pilih ya. Bukan untuk awak, tp untuk saya. Awak da ada banyak baju da, tak yah beli lagi. Heee~

Saturday, August 29, 2009

Hari ini..

Ok, aku nak cakap sikit pasal By-election dekat Manek Urai. Sebagaimana yang korang tahu, PAS menang dengan kelebihan 65 undi. Jauh beza berbanding dengan pilihanraya yang lepas. So, kiranya PAS-lah yang akan mentadbir Manik Urai ini. Maka bersoraklah penyokong-penyokong PAS mengatakan rakyat masih lagi memilih PAS untuk mentadbir. Ok, memang diorang menang, jadi bolehlah diorang sorak. Bagi penyokong BN pulak, diorang cakap kelebihan yang PAS dapat semakin berkurangan, maknanya, rakyat semakin kurang yang percaya dengan PAS. BN dapat kemenangan moral,kata Najib.


Secara jujurnya, aku tak sokong dua-dua. Sebab bagi aku dua-dua sama saja. Bak kata Nami, kepututsan tu jadi macam tu [kelebihan undi semakin berkurangan] sebab rakyat dah tak tahu nak undi yang mana satu. Sebab dua-dua pun sama. Najib asyik cakap ini semua petanda baik, walaupun kalah. Haih~ Aku ingat lagi masa by-election kat Perak dulu. Dia cakap biarpun kelebihan 1 undi. Ia tetap satu kemenangan yang sah. So, kenapa hari itu nak kira undi berkali-kali? Kenapa nak cakap kemenangan moral? Kenapa nak cakap rakyat semakin kurang percaya dengan pembangkang? Bukan nak menyokong pembangkang, tapi aku terasa macam Najib ni nak tukar topik. Kekalahan kat Manek Urai menunjukkan kelemahan BN, tapi setelah ditukar-tukar topik, maka nampaklah yang BN tu tak lemah. Rakyat semakin yakin dengan BN walaupun BN kalah. Secara logiknya, kalau BN kalah pun dia cakap rakyat percaya BN, Pas yang menang tu mestilah rakyat lagi yakin,betul?


Aku rasa kalau BN pula yang menang, mesti timbul cerita pengundi dibayarlah, pengundi hantulah, undi kira tak betullah. Bagi aku benda ini semua menunjukkan yang kedua-dua pihak tak boleh terima kekalahan dengan baik. Orang Putih kata, a very bad loser. Tapi nak buat macam mana, politik is a mess. Kotor! Yang berpakat kutuk yang berbaris, yang berbaris kutuk yang berpakat. Saling membuka aib antara satu sama lain. Kiranya, dua-dua sama sahaja. So, rakyat jadi bingung tak tahu nak undi yang mana.

Habis bab politik.


Hari ini, macam biasa, aku tolong ayah aku dekat cafe. Sayang aku tak ada kelas hari ini. Dia siapkan report ROS dirumah. Aku tolong ayah aku sampai malam. Malam tadi, nenek, pak lang, mak lang, pak itam, mak cik ya, mak ngah, auntie tengku, kak sarah n family, n hana datang cafe. Makan beramai-ramai. Lepas makan aku main-main ngan anak kak sarah, si Hafiz n Kimi. Dua orang budak ni sangatlah berst. Hahaha... Cute stok tak ingat weh. hehehe.. lepas makan-makan tadi diorang balik.

Hafiz temak-temak [tembak-tembak] hahaha...


Oh, tadi masa tengah ber-sms ngan sayangku, dia cakap dia da beritahu maknya aku akan datang Tg. Malim ahad ini. Sayangku tanya maknya nak umpa aku tak. Maknya cakap blh je, suh bawa datang rumah sekejap nanti. hohoho~ Program kitorang ahad nanti sebenarnya nak pergi mandi-mandi kat Kalumpang. Sebelum tu aku akan breakfast dengan sayangku, kemudian jumpa mak sayangku di rumah. huhuhu.. Aku takut-takut berani je nak jumpa mak sayangku nanti. =P Tak mengapalah, sayangku punya pasal, boleh saja. =D

Thursday, July 16, 2009

As the day gets nearer...

We all getting... errr... should I say excited? Frustrated? or anxious? maybe scared? Hurm.. Let's mix it all up.. And the result? No words can describe how are we feeling as the day for our external verification comes nearer..


Just got the schedule on which group will present on which day. So, my group will be the second group. It's going to happen on Tuesday at 11.30 a.m. and end at 12.30 p.m. Before, I'd requested to be the 1st group, but then, I'm glad that Sry's group going to be first. At least, our group can see how the verifiers are. We really-really hope that they are going to be lenient. They should, because they are receiving RM 500 per-day for the verification. And they have at least 3 days to verifier every group. 3 days!! That's already RM 1500. Why can't I be a verifier.. haih~


Someone asked me to go to Putrajaya tomorrow. For a photo shoot. Of course, i'm not the one involve in the photo shoot. I was asked to go and just watch. Now..now.. You guys can close your mouth already.. Tomorrow is the 2nd photo shoot for this someone. The 1st happened in Tg. Malim. Next will be in Putrajaya, some where around Precint 2. So, we'll see if i manage to go there tomorrow. hehehe...


There'll be 2 farewell party by the end of this month. IE Leagues and All Semester 6. I think I'll attend the Ie Leagues party. But the other one.. Hurm.. Maybe not.. I'm broke right now. The party will cost around RM 35 per person. It's an all white party. U need to wear white from top till bottom. But still, other colors are okay. It's not that strict. Still, i don't think I'll go for it. However, it's a waste if i didn't go. haih~ What to do.. Forget about it already lah..


My sister is coming home next week. I'm going to KLIA to fetch her. But i still don't know at what time will she arrive. Haih~

I'm in Dilemma.. Woooo~ Such a strong word eh? hahaha... Let it be that way for the meantime... I'm going to look at it again after the External Verification. =)

~sign out~

Saturday, June 20, 2009

Mix this and that = New Post

Muke Hepi Naik Yaris Merah.. Hahaha...


Ok, I don't really have anything to write this time. The main purpose of this entry is to upload a few more pictures from Zul's wedding and the reunion. I know it's kind of hard to download it, at least for me it's hard due to the speed of the internet over here is quite slow. Haih~ So, there goes my picture for starting. Hahaha.. Ok, To those who wants to condemned the pictures, rather than voice it out, it'll be better if you guys just keep it to yourselves. Thank You. hehehe... 


The final examination is finished already. We're waiting for the external verification now. I was just informed that it will begin in 22nd June and finish in 24th June. 3 days. Only 1 group will present on 22nd, 2 groups on 23rd and another 2 groups on 24th. I need to go back to Malacca on the 23rd so, it'll be fantastic if our group get to present on the 22nd or 23rd. After that, we can go back until 13th July, where we have to come back to GMI. The documentation need to be covered with the hard-cover-stuff.


And it's unlikely that I'll be able to pursue my degree starting from this July. MIIT's staffs said that we need our sem 6 results for transfer credit process what-so-ever. haih~ What am i going to do for the remaining 6 months while waiting for the January intake? Work? Where? Haih~ I'm going to take the NCLP and Oracle Certificate. The total cost for the those certs are RM 1800. Huhuhu.. If failed, add up another RM 200 to re-take the exam. Money!!! 


Shuk, Fizi, Me, Tam and Bon


I have some sort of mock-up presentation this Thursday. haih~ Been working through the system for a while. Am trying to understand how it actually runs. 


My sister is coming home this 22nd June. After travelling to almost all over the world, she finally found the way back to Malaysia. Hahaha... Kidding2.. But sis, i do expect something from Spain. Hehehehe...


The rest of this post will be filled with pictures. Enjoy!!



Me N wan


Yaris and Camera Owner (Aki)


Ctm N Fida


Shuk, Pian n Daus


Ctm, Fida, Shuk n Me


Daus


Hahaha... Yg Baju merah tu namenye Erin.


Kepala wan, mata aku, pian, ecah, syafi, erin, maya, wani


Pasangan pengantin. Kiri tu akak zul, kanan tu zul.


Special pose drpd suami Zul, Zam


Farid (malu-mlu) hahaha..


lelaki: Ijat n Ku


Ecah, Norai ngan sape ntah yg xpndg camera tu.


Fariza, hajar, Nisa'

Tuesday, June 16, 2009

Reunion and Zul's Wedding..

Zulyanah & Mohd Rizam
Bersama Pengantin
Bersama Pengantin (aku ada sekali)

Here's the story:

Last 6th June, my friends and i went to our friend's (cekidaud balik nama dier kat atas tu) wedding. Well, before that, there was supposed to be a reunion at the scholl at 9.00 a.m. Estimated guests for the reunion was 40 pax. However, it wasn't as much as we had estimated. Some of them arrived late, some of the did not came at all. Maybe they have some works to do or what so ever. So, the reunion starts around 10 or 11 something. I can't remember. We talked about gathering data regarding our batch members. Their name, address, current college or university, contact number and some other important things. Well, it went quite well. After that we went to Zulyanah's house to celebrate her marriage. Luckily, we arrived before she got 'bersanding' (what do you call it in english?)

I carpool with Marzuki. Riding in his Red Yaris. Hehehe..Alhamdulillah, we arrived safely, though some of us got lost a little bit. The color theme of her wedding day is purple. Very nice. Well, i couldn't met her first when I'd arrived. But i did meet his husband Zamri. Since we had met and hang out before, we have no problems interacting with each other. Seriously Zul, your husband is a good guy. From my point of view la.. After having a few talk with Zam, I borrowed Aki's camera and unexpectedly became a cameraman (aki, sorry for using your camera like it was mine.. Hahaha.. Can't help it. :p)

Hehehe... Kereta Aki yg berjasa pd hari tersebut..

Well, i only ate when the brides and grooms (both Zulyanah and her sister got married at the same tim) finished the 'TepungTawar' occasion. I was in there all the time took pictures of this and that. I noticed that their official cameraman staring at me. And I know he's not happy with my presence. Hahaha.. Like I care. It's my friend's wedding. Why can't i take any pictures? At one time, he even said "Sila bagi laluan kepada official cameraman ye" which means "Please give way to the official cameraman". Hell yeah he needs 'a lot of space' to move around, if you get what i mean. If he's that good to become an official photographer, he should be wised enough to find space to shoot right? haish~

It's fun to watch your friend get married. I even go asking some of my friends when will they get married. Hahaha... When they asked me the same question, i'll simply said "Dah kahwin dah, ni tengah cari nk isi nombor 3 plak ni" hahaha..

I tried to upload all of the pictures here, but the internet speed is so damn slow. Slow like $#!t!! (well literally not like $#!t and why the hell did i explain bout this? haih~) Those who are craving for the picture, you guys can go HERE to download. (Aki, if you aren't comfortable with this, tell me and I'll delete the link)

And yeah.. Final exam is over.. 1 paper only.. So, no biggies.. Now, have to prepare for the external verification. After that, everything will be over. Yeah, i'll be waiting for that time to come. And it will only come after 22nd March. Can't wait.. Can't wait..

~Sign out~

Wednesday, June 10, 2009

Express Update

Dun really have a lot of time to write so much now. Express update it will be for this post:
  1. I forgot Dayah's wed last 30th May. I thought it was on the 30th June. I'm so sorry Dayah, though i noe she won't read dis. But, wish u n your husband live happily ever after and get more kids.. tons of them.. hehehe...
  2. The internal verification will start dis Tuesday. My group will present on Wednesday. I think we'd finished everything that is needed for this Wednesday, except for 1 thing. I haven't explain our project to Ms. Safrina (our english verifier). Need to find some time before Wednesday. 
  3. Final exam will start on 8th June. Only one paper though. Ni biggy.. 
  4. External verification will be two weeks after internal verification. Haih~
  5. We need to re-check the slides and the documentation. Honestly, i can't let Paan do it alone. Though, he had finished it already. But still need to re-check for any silly errors. Which i'm sure there'll be quite a lot. Hahahaha.. [Lantak ko la paan kalo nk mrh pon...]
  6. Need to find a suitable date to go out with Dyana and Mien [suke le tu name korang aku sebut dlm post ni. tgk, bz2 pn ak ingt gak kt korang tau =p], since i'd canceled our previous 'day out'. Not that i did it on purpose, it's quite hectic during that time. To those two, i'll find some time for us for sure. So, wait just a little bit more ya.
That's all i think. U guys, please pray for me and wish me luck for my internal and external verification, and my final exam too. I really2 need it... 
~sign out~

Monday, June 01, 2009

New Link!!!

Heads up guys!!!

I'd posted a new link on the right.. In case u guys couldn't find it, u can just click this name: Faiz's

Got some interesting stuffs going on at the blogs. Better cekidaud!!

Especially to the Crocs' fans..

Enjoy!!

Tuesday, May 19, 2009

Twenty One Years Already...

Weh, sedar tak sedar dah 21 tahun dah aku hidup dalam dunia ini. Rasa macam baru semalam aku habis sekolah rendah. Macam baru minggu lepas aku masuk tadika. Hahaha... Itu tidak logik dan tidak boleh diterima akal. Abaikan. Apa-apa pun, aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus hidup di muka bumi ini dalam keadaan sihat sejahtera, walaupun aku sendiri suka mencari penyakit. Thank You God!!



Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Abu Kasim Bin Ismail (AYAH) dan Puan Hajah Faridah Binti Hassan (UMI) yang telah membesarkan saya selama ini. Sila terus membesarkan saya selepas ini. :) Kepada adik-beradik aku, tanpa aku siapalah korang.. hehehe.. Or sebaliknya pun boleh la.. I'm surely happy for being alive until today. And of course after this too.. 




Terima Kasih kepada rakan-rakan yang wish aku bermula daripada jam 12 malam smalam (ada jugak yang sebelum 12 malam smalam hehehe...) Never mind the time, the thought that matters. Thank you friends. Kepada roomate aku, Bang Zai dan Peci (yang sama-sama tertipu mlm semalam dan sama-sama bermandi telur, sumpah aku nak muntah bau telur semalam weh!) Kepada Mastermind, Amer kat Labuan tu ( Jauh-jauh mung pun, mung terlibat same gok ork dengan malam semalam). And mostly thanx to my old-old friends, Intan Suhana, for coming all the way from Putrajaya to Bangi with cake and present. I'm flattered. :D Sayang ko lebihlah.. hahaha...




Pengajaran sepanjang 21 tahun aku dah hidup ni, "Family and friends are both important. Walaupun korang rasa korang tak kisah pun bila berjauhan dengan family korang, jauh dalam lubuk hati korang tu, still ada rasa nak balik dan bersama keluarga gak. Kalau korang rasa korang ni jenis suka duduk dengan family je, tak kisah pasal kawan-kawan, korang silap gak. Bla dah duduk jauh nanti, takkan lah kalo tayar kereta pancit pun nak call adik beradik kat kampung halaman, surely kawan-kawan korang yang akan membantu. So, hargailah kedua-duanya.

Thursday, May 14, 2009

Perlukah?

Hari ini aku ada kelas. Satu je. Dari pukul 11.00 a.m sampailah 1.00 p.m. Dan itu sahajalah kelas aku dalam satu minggu sehingga akhir semester ni. Tapi hari ini aku kena bangun awal. Sebabnya, aku kena pergi jumpa lecturer 'mat saleh' aku, Mr. Scott kt bilik beliau. Dia nak semak exercise yang dia bagi, dan student kena jumpa dia sebelum kelas hari ini. Exercise tu kena buat ikut group FYP. So, petang semalam baru group aku punye siap. Semangatlah saya pergi mencetak hasil kerja untuk dihantar. Bilas sampai depan bilik beliau, pintu sudah berkunci. Kenalah patah balik ke hostel.

Yang buat aku semangat (baca: terpaksa) nak jumpa dia pagi tadi jam 9.00 a.m adalah kerana phrase beliau ini; "Those who failed to meet me with a complete excercise will not be allowed to enter the next class". Dan kelas hari ini, beliau mengajar tajuk baru yang sangat pening dan memeningkan. Nasib baiklah aku pergi jumpa beliau pagi tadi. Weh, aku orang yang pertama tau jumpa belia pagi tadi, lepas tu ada lagi beberapa group yang menyusul tiba. Tapi yang pentingnya aku group yang pertama. Walaupun last minute. But, better late than never kn? kn? kn?

Lepas abis kelas tadi, aku dan Amir bawak Sry pergi cari kedai yang menyediakan perkhidmatan mencetak baju (t-shirt printing, sila fahami). Sry dapat baju Hard Rock Cafe Jakarta drpd 'ehem2' dia. Tapi, ada tanda salib. Actually, gambar pedang yang nampak ciri2 salib tu. So, dia nak tenggelamkan tanda tu dengan cara mencetak apa-apa corak di atas tanda tersebut. Pembaca semua faham? So, lepas mencari akhirnya jumpa juga kedai mencetak baju tersebut.

Perhatian: Di luar kedai tersebut ada tertulis, tiada had untuk mencetak baju, dari 1 hingga seberapa banyak yang diingini. Pun begitu, ianya tiada kaitan dengan cerita selepas ini.Harap Maklum.

So, Sry terangkanlah kat sorang pak cik ni (aku rasa owner kedai tu). Mula-mula pak cik ni nampak macam best je dilayan bercakap. Tapi, ternyata pak cik ni tak pandai sembunyikan perasaan tidak mahu memberi perkhidmatan kerana sikap Sry yang agak cerewet. Masa dok cakap yang 'ehem2' Sry yang bg baju tu pak cik tu cakap macam ni " Daripada baju ni kita boleh tau 'MASJID' mana yang orang ni pergi sembahyang". Aku tersentak jugak la bila dengar apa yang pakcik tu cakap. 'ehem2' Sry tu seorang lelaki melayu yang beragama Islam. Jadi, kiranya tidak melampaui batas kalau aku cakap pakcik tersebut agak BODOH dan BERFIKIRAN PENDEK kerana bercakap tanpa berfikir dan soal selidik dahulu.

Lepas tu dia cakap lagi camni " Kuat juga IMAN budak2 ni ye, ingatkan TAKDE..(terhenti sekejap).. tak kuat". Walaupun kita nampak bahawa pak cik ni da panda SEDIKIT untuk berfikir, tapi waktu beliau berfikir itu adalah tidak tepat. Sepatutnya beliau berfikir SEBELUM bercakap, bukannya SEMASA bercakap. Sekali lagi, BODOH adalah perkataan yang tepat untuk pak cik tersebut.

Pada pendapat aku, pak cik ini jenis seorang melayu yang suka menilai seseorang daripada luaran. Zahiriah (betul ke?) Bukan dari segi dalaman. Aku tak expect pun pak cik ni reti menilai dalaman seseorang sebab dia ni jenis berfikiran pendek. Amir pakai baju t-shirt, seluar 3/4 dan sunglasses. Dia memang gila2 sikit. So, dia menilai yang kitorang ni macam orang yang berada, walhal, pada masa itu, duit dalam wallet aku ni tak sampai RM 10 pun. Dia ada bagitau yang pelajar MFI ada yang berniaga melalui beliau dengan menempah baju dan menjual kepada rakan-rakan. Lepas tu dia cakap macam ni kat kitorang " Tapi korang anak-anak orang berada ni tak payahlah buat kerja macam tu, buang masa je. Funa je duit mak bapak bagi tu" WTF pak cik? Pak cik ni dah bodoh sangat atau apa? Aku yang dah sakit hati, terus keluar daripada kedai tu, tinggalkan Amer n Sry kat dalam.

Aku bukan nak jadi kurang ajar ke biadap ke ape ke. Tapi kalau korang sendiri berdepan dengan pak cik ni, apa perasaan korang? Eh, kira nasib baiklah aku ni beradab lagi tau, kalau tak, 'middle finger' aku ni + maki hamun dan sumpah seranah dan menjengah anak mata dan cuping telinga pak cik tu tau. Nasiblah aku simpan dalam hati dan luahkan kat blog ni. Nasiblah ko pak cik, kalo ko jumpa blog ni, PADAN MUKA KO dan SEDAR DIRI sikit sebelum nak cakap pasal orang lain. Idiotics~ Sarcastic~ Spastic~ dan sume 'stic' yang negative lah pak cik oi..

Dan kemudian kami pergi bermain bowling sebelum pulang semula ke hostel. lalalalala~

~sign out~

Thursday, April 23, 2009

GMI pnye Hari Terbuka.

Hari Jumaat dan Sabtu hari tu ada Hari Terbuka GMI. Group FYP aku diarahkan untuk membuka booth dan mempamerkan projek kitorang yang masig belum siap lagi. So, mulalah proses men-setup booth pada hari khamis. Dan pada hari Jumaat mulalah budak-budak sekolah datang melawat GMI. Ramai jugaklah yang datang. Penat jugaklah melayan. Sampaikan, bila aku balik petang jumaat tu, aku terus tertido dari jam 7.00 sampai 12.00 malam. hahaha... Giler penat weh..


Sabtu plak, tak berapa nak ramai sangat la yang datang, kalo dibandingkan dengan hari Jumaat. Boleh tahan lah.. Aku pun dok terangkan la pasal projek yang aku tengah buat n ape features2 dalam projek aku. Ya, aku tau features2 tu telah ada dalam student portal kebanyakan IPT kat Malaysia ni. Aku bukannye buat untuk IPT lain, aku wat untuk GMI ler. So, xyah la nak wat muka kerek bile cakap yang features tu dah ada kt portal lain. Sebabnya, kalau ko tau benda tu ada, tapi tak tau nak buat, tak payahla nak tunjuk bagus. Aku dah la penat nak melayan soalan2 orang lain, bile sampai time ko, nak kerek2 plak ngan aku. haih~


Ader sorang mamat ni pula, dok tanya aku psl database projek aku. Aku guna MySQL je, sbbnye projek aku ni takdela besar mana pun. Aku tau la kt Industries diorang tak gune MySQL. Oracle pun ada gak. Tak payahla ko nk highlight kan kat aku yang industries tak guna MySQL. Sebabnya, projek ni bukan untuk industries, tp untuk GMI. Nasib baik la Router ngan Switch HuaWei tu da dipasang cable, kalo tak, sure melekat pnye kat muke ko tau!


Overall, aku boleh kata yang Open Day ni berjaya cket la. Tengok muka HoD aku pn cam hepi je pas abis majlis. So, aku assume dier puas hati. Korang yang mane tak datang aritu, takpelah. Tak rugi pape sangat pun. Kecuali la kalo korang berminat nak masuk GMI. Kalo ya, korang rugi besar la. Kena la tunggu tahun depan pulak kalo nak datang ye.


~sign out~

Sunday, April 05, 2009

Education Fair

Kalau korang sume ada baca post aku yang lepas, aku ada beritahu yang aku akan pergi ke Pameran Pendidikan British Council. Dan tadi aku sudah pun pergi ke pameran tersebut. ( Fair = pameran ke? ke Pesta? Macam mane ko nak sambung blaja kat UK ni? Fair pun ko ckp pameran. Haih~) Ok, pesta pendidikan. Apa-apa pun aku telah selamat pergi ke pameran tersebut bersama dengan 2 orang kawan aku dan adik aku. Excited siot nak pergi mase tu.


Dah sampai kat KLCC kitorang pun register la as visitors. Dpt Goody bag yang berisi liquid dan pen sebatang. Ya, akan aku gunakan beg itu sebaik mungkin. So, kitorang pun masuk la ke dalam Hall 5, KLCC tu. Mula-mula sekali aku dah set dalam kepala otak aku ni untuk melawat booth Uni of Plymouth. Sebab aku tau Uni tu ader menyediakan course yang berkaitan dengan course aku sekarang ni. Aku amik la buku prospectus kt booth tu. Mula-mula nak bertanya dengan mak cik omputih kt booth tu, tp disebabkan dia sibuk sangat kitorang pun berlalu la mencari booth uni lain.


Next stop is Coventry University. Uni ni pun menarik gak. Aku ckp aku nk enroll dlm Course Ethical Hacking and Network Security. Kitorang pun berbincang lah dengan sorang pak cik omputih kat booth tu. Fluent giler ar dia terangkan pasal course tu. Aku ingatkan dia macam normal ambassador untuk uni tu je, sebenarnya dia merupakan salah seorang lecturer untuk course tersebut. Bila aku cakap aku amik course network security, bertambah menarik la perbincangan kitorang.


Lepas habis berbincang, kitorang masuk dalam satu conference hall ni. Ada talk pasal IELTS. Yang sedihnya, kitorang terlambat. Sebab masa kitorang msuk tu, dah nak abis da talk tu. So, dpt dengar hujung2 je la.


Lepas tu kitorang g ke Staffordshire Uni. Yang ni pun menarik sebab ada course ape ntah nama dier. Yang penting memang berkait rapat la dengan course aku ni. So, macam biasa kitorang berbincang la macam mana nak enrol la hape la. Tapi booth uni ni xbest sikit, sebab xde handout yang boleh kitorang amik. Haih~


Last sekali, kitorang pergi ke kaunter feedback. Ikutkan hati memang aku tak suke nak bagi2 feedback ni, tapi disebabkan ader goodies yang disediakan bagi setiap manusia yang memberi feedback, secara tiba-tiba, tanpa dikawal, kaki aku melangkah ke kaunter tersebut. Isi lah feedback forum sume tu. Pastu aku dapat thermos as goodies. Ok la tu, daripada tak dapat apa-apa.


Sedikit kesimpulan daripada program aku hari ini :


  1. Aku asyik tanya pasal credit transfer walaupun pada dasarnya, aku memang tak nak pun buat credit transfer ni. (Saja nak tunjuk yang aku minat)
  2. Bila cakap pasil credit transfer, diorang akan tanya pasal course content aku. Diorang cakap kat website GMI tak lengkap. Setakat letak nama subjek without any description of each subject. So, aku dan rakan-rakan kena wat sinopsis for each subjek dan submit kepada insan tersebut. ( Nasib baiklah masa dia buka website GMI, server tak down,yang mana perkara ini selalu berlaku. Take note Khalil, u n ur gangs are going to handle the website next time.)
  3. Bayaran accomodation di UK agak mahal. Dan diorang kira by week ya rakan-rakan. Not by month macam kat Malaysia ni. Satu minggu bayarannya adalah lebih kurang 50 pound to 60 pound. Cuba korang jadikan pound tu kepada RM. (Mana pegi icon pound kat keyboard laptop ni?) *pound dalam ayat ini merujuk kepada matawang, bukan berat. harap maklum.
Emm... buat masa ni tu je lah kesimpulan yang dapat aku simpulkan. Kalau ada simpulan-simpulan yang aku terfikir lagi pasni, InsyaAllah aku tak update. 


~sign out~

Sunday, March 29, 2009

Day by day..

Sedar tak sedar, sekarang ni dah sampai ke penghujung bulan Mac. Maknanya aku ada kurang lebih 2 bulan lagi untuk menyiapkan Final Year Project aku. Walaupun korang rasa aku macam bertungkus lumus menyiapkan projek tersebut, aku sebenarnya tidak. Hari aku sering kali dihabiskan dengan tidur, menonton movie dan bermain futsal (Perlukah aku berbangga dengan kejujuran ini?).. Pun begitu, hati aku tetap gusar apabila aku memikirkan mengenai perihal projek ini. Habis bab projek.


Esok aku akan pergi ke KLCC untuk menghadiri British Council punye Education Fair. Ya, sememangnya aku memasang cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dengan berbekalkan CGPA yang boleh dikatakan memenuhi syarat untuk memohon pinjaman daripada MARA, aku berharap dapat menyambung pelajaran pada bulan September ini. Sebabnya, pengambilan pelajar di UK hanyalah setahun sekali iaitu pada bulan September. Itu yang aku tahulah. Kalau ada pengambilan pada bulan Januari pun hanyalah untuk jurusan bisnes dan seangkatan dengannya.


Bab nak sambung belajar ni pun aku pening kepala juga. Nak pilih Universiti mana tu satu hal. Nak isi online form kat UCAS pn satu hal lagi. Lagi satu, IELTS. Majoriti UK's Uni nk at least band 6 or 6.5 untuk qualified. Aku dengar, IELTS ni susah. Tapi kalau aku nak juga sambung belajar, kenalah cuba sedaya upaya. Ya, aku yakin aku boleh. Bukan sebab aku ni rakyat Malaysia yang berpegang pada motto " Malaysia Boleh". Aku yain aku boleh kerana diri aku ni agak dah biasa dengan bahasa asing tersebut. Terima kasih diucapkan kepada parent dan cikgu2 aku yang menjadikan aku tidak asing kepada bahasa asing tersebut.


Masalah paling besar untuk sambung belajar sekarang ini adalah, kemampuan MARA untuk memberikan pinjaman pelajaran untuk membolehkan aku mendaftar pada tahun ini juga. Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh seorang kawan aku ni, MARA hanya boleh membenarkan kitorang sambung belajar dengan menggunakan pnjaman mereka bermula tahun depan sahaja. Maknanya, aku kena tunggu lebih daripada setahun untuk sambung belajar. Betul ke tak apa yang kawan aku cakap ni? Damn~ I really need to go to MARA to find out myself. Kalau betullah tak boleh dapat loan untuk tahun ni, apa yang harus aku lakukan? Kerja? Tanam anggur? Haih~ Buntu...


Apa-apa pun, esok aku nak check it out dulu universiti mana yang best untuk di-'apply'. Best dari segi jurusan dan faktor geografi. Tips yang diberikan oleh mak cik aku, stay away from Scotland and London. Scotland adalah sangat sejuk. Dan kos hidup di London adalah sangat mahal. "Bear in mind Khalil!" "No to any Uni in or near Scotland and London!". Remember! Remember! Err, Plymouth dekat ngan London or Scotland ke? hurmm...

Saturday, March 28, 2009

Sedikit Gambar

Aku dengan Amer, sbg 1st double.


Bergambar sebelum mula game ngan mecha


Bang Zai, aku n Sry sblm game Netball..


Aku ngan BangZai..


Sibuk bermain netball


Sry, Peci, Amer n Aku.. Sebelum mula kelas...


Aku, Peci, Amer, Mimi kat San Francissco Pizza.


Peci, Sry,Amer,Aku kt Sg. Gabai.


Aku, Amer, Peci, Syamil kat mane ntah aku tak ingat dah...


Dua gambar kt atas ni diambil masa on da way nak g Pavillion from Times


Lama dah rasa tak upload gambar dalam blog ni. Haaa... Gambar2 kat atas ni, adalah beberapa gambar yang aku snap atau kawan2 aku snap bermula dari awal sem sampai sekarang. Memangla ada banyak lagi gambra-gambar tu, tapi tak kan nak upload semua kot. Hurmmm... Been thinking of getting an account in photopages or flickr. Naaahh.. Maybe later. Orang-orang dalam gambar2 kat atas nilah insan2 yang selalu menjadi teman lepak aku. Best friend la senang citer. So, korang layan la ye ape yang boleh dilayan.


~sign out~

Tuesday, March 10, 2009

Update a.k.a kemaskini

Uish, lame da rasenye aku tak kemaskini blog aku ni. Terlalu fokus kat blog lagi satu yang lebih dikomersialkan berbanding blog ni. Komersial la sangat. hahaha... Masa aku dok tengok blog-blog orang lain tadi terasa cam nak ber'blog' la plak. Padahal tak de idea sangat pon. hahaha..


Here some new update from my last post until today. Well not exactly as detail as it should be in reality. Just a few highlight for some interesting and important activities along that period.


Department IE, which is my department anjurkan sukan antara semua pelajar semester 6 dengan staff IE. Macam-macam sukan ader. Futsal, badminton, bola tampar, bola jaring n sepak takraw. Setakat ni, sukan yang aku terlibat adalah, futsal, badminton, bola tampar dan bola jaring. Dan setakat ini jugak, belum ada lagi keputusan yang boleh aku banggakan selaindaripada seri lawan futsal ngan group mecha. 


Yang aku nak highlightkan kt sini adalah, aku bermain bola jaring. Hahaha... Jd GS weh. Sharp shooter kot. tp score sebijik je la. hahaha... Dah lah aku tak tau pun pasal rules netball ni, kne la blaja drpd girls class aku. Kne la trun training ader 1 ptg tu. hahaha...


Tadi ader presentation on our progress report. Ala untuk final year project aku.. Haih~ Progress tak banyak sangat. Mata aku ni da nak juling da tgk coding untuk LMS ni. Abis pening da kepala aku ni memikir nak main ngan coding PHP ni. Aku plak boleh concentrate untuk ngadap coding ni bile ader mood je. Kalo mse ngah lecture tbe2 mood nk tgk coding tu dtg, aku abaikan je lectrer kt dpan tu. Aku berlayar ngan laptop aku dlm lautan simbol2 coding yg aku sendiri tak berapa nak paham.


Harap-harap sangat la aku dapat meet the verifiers expectations mase internal and external verification nanti. Nasib la ader si tua zaini tu untuk ngadap coding ngan aku. Nak harapkan paan yang kununnya banyak 'komitmen' tu, bek aku bakar je laptop aku drpd bg dier adap coding tu. Aku tak leh nak bayangkan muka dier bile dok depan laptop sambil mengkaji coding, pastu tangan dlm seluar sambil mulut ternganga. Haih~ Korang yang baca ni, tak payah la bayangkan cmne rupenye, yang pasti memang buruk benor. hahaha...


Skang ni aku ngah baca satu english novel yang dimiliki oleh paan. Ntah dier beli ke dier jumpe ntah. Tapi best weh novel ni. Tajuk dier CROSS. Da nak abis da ni. Haih~ Satu sebab kenapa aku jarang beli novel n buku cerita ni, sebab bila aku da mula baca, susah nak berhenti. tak kire la sok ader kelas ke tak. Haih~ Natijahnya, bile dalam kelas esoknya tu, mula la mata sepet aku ni jadi kuyu. hahaha...


~sign out~

Friday, March 06, 2009

Politik dan kepercayaan?

Sekarang ini tengah kecoh isu kejatuhan Pakatan Rakyat dalam negeri Perak. 4 wakil rakyat dari parti pembangkang dah keluar daripada parti. Ada yang masuk parti bebas, ada yang masuk Ameno. Isu utama sekarang ni adalah sama ada akan diadakan pilihanraya kecil atau pun tidak. Bagi Pakatan Rakyat, mereka sememangnya inginkan pilihanraya kecil diadakan. Speaker Perak pun da cakap akan diadakan pilihanraya. Pun begitu, SPR telah mengumumkan bahawa tiada pilihanraya kecil yang akan dijalankan.


Haih~ Drama politik Malaysia kini ditambahkan lagi dengan plot-plot yang memeningkan rakyat jelata. Janji pakatan rakyat dahulu bahawa 16 September akan bertukarlah kerajaan Malaysia ini. Maka, tertunggu-tunggulah rakyat jelata akan perubahan yang hangat diperkatakan. Hangat-hangat isu tersebut tak ubah seperti hangat-hangat tahi ayam. Sudah hampir setahun PRU berlalu, namun Malaysia masih lagi dibawah pemerintahan Pak Dolah. PKR, PAS, DAP suma masih lagi parti pembangkang, dan segelintir rakyat jelata masih lagi terseksa.


Lihat saja di Selangor, beberapa biji rumah telah dirobohkan pada zaman pemerintahan BN sehingga memaksa empunya rumah tinggal dalam khemah bersama keluarga. Isu ini hangat digunakan oleh PR untuk memancing undi. Hari ini, undi rakyat yang teraniaya telah mereka miliki, namun hak mereka masih lagi belum terbela. Mereka masih lagi tinggal di dalam khemah usang, pondok usang walaupun sudah hampir setahun PR memerintah Selangor.


Aku bukannya tidak lagi menyokong PR ni. Aku sokong bila mereka memperjuangkan hak rakyat. Tapi dalam kes ini, ternyata mereka telah terlupa akan tanggungjawab dan harapah rakyat terhadap mereka.


Yang penting bagi mereka, Camry dijadikan kenderaan rasmi. Ya, ada benanrya jika mereka katakan bahawa kereta Camry tu tahan lasak dan bayaran servisnya lebih murah berbanding kenderaan nasional yang murah harganya, tetapi mahal bayaran servisnya. Tak mengapalah jika ingin berkereta mewah, tapi janganlah sampai nasib rakyat tidak diendahkan.


Politik memang penuh dengan putar belit dan tipu helah. Ternyata agak sukar untuk aku memahami selok belok politik tanah air.


Kelmarin aku ada terbaca ucapan Obama ketika perlantikan beliau sebagai POTUS. Amerika dapat ketua kampung baru yang juga merupakan orang kulit hitam pertama menjadi POTUS. Terdapat beberapa petikan yang menarik minat aku :

"To the Muslim world, we seek a new way forward, based on mutual interest and mutual respect. To those leaders around the globe who seek to sow conflict, or blame their society's ills on the West - know that your people will judge you on what you can build, not what you destroy."


Sekali baca memang memang da boleh faham da ayat ni. Seorang rakan aku pula memandang makna ayat ini dari sudut lain. Diandaikan ayat ini merupakan amaran kepada PM-wannabe kita :

"Kepada dunia Muslim, kami mencari jalan baru untuk ke hadapan, berasaskan kepentingan bersama dan hormati menghormati. Kepada setengah pemimpin di dunia yang ingin menanamkan benih persengketaan, atau menuduh Barat sebagai punca segala kebejatan dalam masyarakat mereka – sedarlah rakyat kamu akan mengadili kamu diatas apa yang kamu bangunkan dan bukan apa yang kamu rosakkan."


Yang ini pun sama :


"To those who cling to power through corruption and deceit and the silencing of dissent, know that you are on the wrong side of history; but that we will extend a hand if you are willing to unclench your fist"


Mungkin ini sama seperti amaran Che Det kepada Najib dan Bee End. Maksudnya:


"Kepada mereka yang ingin terus berkuasa melalui rasuah dan penipuan dan menutup ruang demokrasi untuk rakyat bersuara, sedarlah bahawa kamu bukan bersama sejarah, tetapi kami akan menghulurkan tangan jika kamu bersedia membuka gengaman kuku besi kamu."




Aku bukanlah penyokong Obama ni. Sebabnya, dia menyokong tindaka Israel terhadap Palestin. Bila seseorang itu menyokong kezaliman terhadap umat Islam, aku anggap dia sama sahaja dengan mereka yang memegang senjata dan menzalimi umat Islam. 




Dalam kitab Talmud orang yahudi ada mengatakan bahawa Non-Jews ni sama seperti binatang. Jews boleh mencuri harta-harta non-jews. Mereka tidak perlu membayar gaji non-jews yang bekerja dibawah mereka. Mereka boleh membunuh non-jews, tanpa mendapat sebarang dosa. Kerana kepercayaan inilah, mereka berani membelakangkan suara dunia, dicampur dengan sokongan kuasa #1 dunia, Amerika, mereka dengan berani dan tanpa belas kasihan telah membunuh rakyat-rakyat Palestin. 




Plot entry aku kali ni pun da bercampur2 sampai aku sendiri pun pening. Harap korang pahamla ape yang aku tulis dalam entry ni, dan fikirkanlah dengan akal yang waras dan hati yang terbuka. 




~sign out~

Thursday, February 05, 2009