Iftar F5'05 Ex-Student STP

Setelah berminggu-minggu merancang dan mempromosi, akhirnya pada 27/10/2008 bersamaan dengan Hari Sabtu yang lalu telah diadakan Majlis Berbuka Puasa (Baca ;Gathering) untuk bekas pelajar-pelajar STP Sesi 01/05 (aku kire 04/05.. xpuas ati? blh blah..). Seramai 46 orang telah menghadiri majlis tersebut, termasuk Pn. Daslina dan keluarga.
Aku sendiri tiba agak lewat sedikit kerana mengalami masalah pengangkutan, tapi Alhamdulillah, masalah tersebut berjaya diatasi last minute. Dalam perjalanan menujue ke Medan Ikan Bakar, Umbai tu, aku amik skali Ctm dan Fida. Ketibaan ak disambut (xde kompang mahupun karpet merah) oleh rakan-rakan yang telah tiba lebih awal. Setelah bersalaman, kelihatan beberapa kelibat yang hadir tetapi nama mereka tidak ada dalam list kehadiran aku. Bagi mengelakkan kekalutan, aku meminta Wak unuk mengenalpasti berapa orang yang hadir pada hari tersebut tetapi tidak memberitahu aku lebih awal.

Setelah mengetahui jumlah mereka, aku segera menuju ke gerai no 12 untuk memaklumkan penambahan bilangan tetamu kepada tuan punya kedai (Mak Cik Lin). Walaupun beliau tahu penambahan bilangan tetamu bermakna, income beliau akan bertambah, Mak Cik Lin cuba menyorokkan ekspresi sebenar kegembiraan dalam hatinya. Beliau cube menutup perasaan tersebut dengan mengerutkan dahi seolah-olah beliau mengalami kesukaran untuk "menerima income yg lebih" (yoko mak cik?). Namun begitu, akhirnya beliau setuju (haa... kn da ckp da..) untuk menambahkan lagi bilangan lauk-pauk, nasi dan juga air minuman untuk 4 orang (jumlah tambahan bilangan tetamu).

Alhamdulillah, setelah melalui beberapa kesukaran, akhirnya majlis tersebut berjaya dijalankan. Keriangan dan kegembiraan jelas kelihatan kat muke kenkawan yang hadir. Kelihatan flash-flash kamera digital (ader ke yg gne camera yg ader film tu lg? boooo!!) terpancar seperti pancaran kilat yang mengalahkan typhoon kategori 4. Keriuhan dan gelak-tawa menggamatkan (mentimun lautkan) lagi suasana. Daripada meja makan, mereka beralihan ke pentas di tengah-tengah kawasan medan ikan bakar tersebut untuk bergambar. Dengan gaya jurufoto berjari bengkok (untuk menekan button snap), tertonggeng-tonggeng, dan juga ada yang hampir meniarap untuk mendapatkan sudut-sudut gambar yang menarik.

Secara keseluruhannya, aku selaku penganjur berpuas hati (da name penganjur, kalo ak xpuaskn ati aku, sape lg?) dengan perjalanan majlise tersebut. Aku memohon maaf kepada korang semua kalau ader yang terkurang ke sepanjang majlis tersebut berjalan. Kalo terlebih tu, rezeki koranglah. Jumlah bayaran untuk 36 orang pada hari tersebut adalah sebanyak RM1080. Resit boleh korang minta dan lihat daripada aku. Umah xde scanner, mls nk scan. So, harap korang semua hepi dengan majlis tersebut. Jutaan terima kasih kepada mereka yang turut membantu aku menjalankan majlsi tersebut. Terima kasih juga kepada mereka yang memberikan kerjasama dan hadir pada majlis tersebut. Sesunguhnya, jasa dan keluangan masa korang itu amatlah dihargai. Sekian.
~sign out~

Monday, September 29, 2008

Ramadhan & Syawal

Sedar tak sedar, tinggal kurang lebih seminggu sahaja lagi untuk kita berpuasa di Bulan Ramadhan. Lepas tu dah raya dah. Maknnya sekarang ni kita berada dalam 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Semestinya ramai yang menggandakan amal ibadat mereka pada malam-malam akhir ini untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar. Harapnye, kita sama-sama dapat mengecapi nikmat malam tersebut. Ada gak yang dok wat persiapan nak raya ni. Pun begitu, janganlah diabaikan perkara-perkara wajib. Manelah tau ader yang penat cat umah ke, potong rumput keliling umah di bawah sinaran matahari yang panas tu, takut-takut ader yang terus berbuka je.

Disebabkan Syawal da dekat ni, macam biasalah, aku nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir n Batin. terutama sekali kepada:

Keluarga aku kat kampung halaman tu ha. Sabolah menanti kepulangan den ni ha.

Kakak aku yang beraya di perantauan buat kali keduanya, sabar la ye. Jangan sedih2.. Selamat Hari Raya n Maaf Zahir n Batin. Wariskanlah duit raya ko kat aku sebagai anak yang ke-2 ni. :p Sis, kasut ak xsmpi2 lg ni.. huhuhuu..

Kawan - kawan aku, tak kire la kat mane pun korang berada. Selamat Hari Raya diucapkan dan Maaf Zahir n Batin. 0-0 la pasni.

Last but not least, kepada pembaca-pembaca blog aku ni, thanx sebab sudi singgah. Sma-lah kita terus memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman.

Korang juga dijemput untuk datang beraya ke rumah aku. tapi call dulu la sebelum datang
takut nanti korang melakukan pekerjaan yang sia-sia bila dtg n xde sape kt umah. :D


Akhir kata,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
N
MAAF ZAHIR DAN BATIN
~sign out~

Tuesday, September 23, 2008

Majlis Jamuan Hari Raya AIC dan Yayasan Aman

Sukacitanya aku ingin menjemput kawan - kawan aku yang ingin menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya tersebut. Keada sesiapa yang ingin menghadiri majlis tersebut sila maklumkan kepada aku sebelum 3 Oktober untuk dimaklumkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Butir-Butir adalah seperti berikut:

Date : 11/10/2008
Time : 4.00 p.m till 10.00 p.m.
Venue: Pejabat AIC dan Yayasan Aman, Seksyen 16/4 PJ

Jom kita meramaikn lagi majlis tersebut.

Lawatan sambil belajar MP2 Bee End..

Aku ingat pelajar-pelajar sekolah sahaja yang ada lawatan sambil belajar. Rupa-rupanya MP pun ada. Semalam, seramai 41 orang MP terbang ke Taiwan dan 8 orang lagi akan berlepas pada hari ini untuk mempelajari secara dekat program pertanian di Taiwan. Jumlahnya, 49 MP.. Kos perbelanjaan berapa? Diorang akan berada di sana bermula dari semalam sehingga 19/09 jika aku tak silap lah. Lama tu weh.. Kalau dah nama MP yang pergi, tak mungkinlah diorang akan tinggal di hotel yang murah dan makan di gerai-gerai tepi jalankan. Mengapa perlu dibazirkan duit menghantar mereka sedangkan bukan mereka yang akan bertani. Bukan diorang yang akan pergi ke ladang.

Atau mungkin ada konspirasi lain disebalik kejadian ini. Bayangkan mereka akan berada di sana sehingga 19/09. Adakah ini salah satu taktik kotor Pak bodolah untuk menghalang perancangan DSAI membentuk kerajaan baru pada 16/09 ini? Takutkah pak bodolah? Haih~ Dihantarnya MP Sabah dan Sarawak yang dier takut akan lompat parti untuk menggagalkan perancangan DSAI. Tak pe, kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi. Ada biknya kalau duit yang dibazirkan dengan menghantar MP2 tu digunakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kedah. Atau mereka sengaja nak bazirkan dan tak nak membantu rakyat Kedah kerana Negeri itu kini ditakluki oleh pembangkang?
Haih~ Nampak sangat takut dan bodoh dlm mentadbir. Undilah Bee End untuk menjahanamkan hidup anda!

~sign out~

Tuesday, September 09, 2008

Kembalinya Ramadhan..

Dalam kesibukan merancang untuk majlis berbuka bersama akan-rakan sekolah aku dahulu, aku terlupa untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada rakan-rakan ku semua. Bukan apa, terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan bagi memuaskan hati rakan-rakanku yang lama sudah tidak berjumpa. Bagi aku, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang buat majlis begini, aku harapkan sesuatu yang agak 'grand' dan akan memuaskan hati setiap oang yang menghadirinya. Ah sudah.. Lari jauh daripada tajuk asal ni...

Setelah setahun meninggalkan kita semua, akhirnya ramadhan kembali lagi. Bai aku, ramadhan kali ini sama seperti yang lepas, cuma kali ini aku berpuasa sambil berpraktikal di Cyberjaya yang merupakan anara tempat yang paling panas dalam Malaysia. Nasi baiklah aku hanya duduk di dalam pejabat sahaj. Kalaulah disuruh kerja seperti pekerja kontrak, pengsan aku dibuatnya nanti. Pun begitu, dalam satu atau dua minggu lagi, aku diarahka untuk pergi sama ada ke Alor Setar atau Port Dickson. Aku berharap sangat disuruh pergi ke Port Dickson sahaja. Sungguhpun perjalanan ke Alor Setar adalah dengan menaiki kaal terbang, aku tetap lebih rela memandu ke Port Dickson. Pengalaman menaiki pesawat Air Asia cukup untuk membuatkan aku serik untuk menaiki pesawat daripada syarikat itu lagi.

Secara jujurnya, sudah 3 hari aku ketinggalan untuk melakukan solat tarawikh. Sama ada terlalu penat ataupun tidak berkesempatan. Seperti ramadhan yang sebelumnya, aku sentiasa berharap agar ramadhan kali ini dapat membantu aku untuk berhenti merokok. Haih~ Harapan tanpa usaha mana mungkin akan berjaya. Apa pun, aku berharap ramadhan kali ini akan menambahkan lagi kekuatan iman dan meninggikan lagi tahap kesabaran kita semua. Semoga ramadhan kali ini juga akan memberikah hidayah kepada kita semua untuk merenung dan menginsafi segala kesilapan, penipuan, pembohongan, fitnah, rasuah dan segala perbuatan keji yang pernah dilakukan (jika ada). Harapan aku agar segala yang keruh itu akan berlalu bersama bulan ramadhan nanti. Sama-samalah kita berdoa untuk mendapatkan keredhaan ALLAH SWT dan dijauhkan dari segala kemungkaran. InsyaAllah.

Aku bercadang untuk berbuka bersama bebeapa orang rakan-rakan aku daripada AIC ahad ini. Tapi kemungkinan besar ak terpaksa membatalkan niat aku kerana, aku mungkin akan balik ke semenyih selepas berbuka. Haih~ Pun begitu, 20.09.08 ini aku tetap akan berusaha untuk bersama-sama berbuka dan bertarawikh bersama kawan-kawan AIC Lembah Klang. Tak sabar la pulak.. Hahaha.. Ni satu lagi, buat rakan-rakan yang sedang membaca ni, marilah bersama-sama kta menyertai AIC ni dan menyokong perjuangan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Tak de ape yang nak ditakutkan. :D Peace~

~sign out~

Saturday, September 06, 2008