Twenty One Years Already...

Weh, sedar tak sedar dah 21 tahun dah aku hidup dalam dunia ini. Rasa macam baru semalam aku habis sekolah rendah. Macam baru minggu lepas aku masuk tadika. Hahaha... Itu tidak logik dan tidak boleh diterima akal. Abaikan. Apa-apa pun, aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus hidup di muka bumi ini dalam keadaan sihat sejahtera, walaupun aku sendiri suka mencari penyakit. Thank You God!!



Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Abu Kasim Bin Ismail (AYAH) dan Puan Hajah Faridah Binti Hassan (UMI) yang telah membesarkan saya selama ini. Sila terus membesarkan saya selepas ini. :) Kepada adik-beradik aku, tanpa aku siapalah korang.. hehehe.. Or sebaliknya pun boleh la.. I'm surely happy for being alive until today. And of course after this too.. 




Terima Kasih kepada rakan-rakan yang wish aku bermula daripada jam 12 malam smalam (ada jugak yang sebelum 12 malam smalam hehehe...) Never mind the time, the thought that matters. Thank you friends. Kepada roomate aku, Bang Zai dan Peci (yang sama-sama tertipu mlm semalam dan sama-sama bermandi telur, sumpah aku nak muntah bau telur semalam weh!) Kepada Mastermind, Amer kat Labuan tu ( Jauh-jauh mung pun, mung terlibat same gok ork dengan malam semalam). And mostly thanx to my old-old friends, Intan Suhana, for coming all the way from Putrajaya to Bangi with cake and present. I'm flattered. :D Sayang ko lebihlah.. hahaha...




Pengajaran sepanjang 21 tahun aku dah hidup ni, "Family and friends are both important. Walaupun korang rasa korang tak kisah pun bila berjauhan dengan family korang, jauh dalam lubuk hati korang tu, still ada rasa nak balik dan bersama keluarga gak. Kalau korang rasa korang ni jenis suka duduk dengan family je, tak kisah pasal kawan-kawan, korang silap gak. Bla dah duduk jauh nanti, takkan lah kalo tayar kereta pancit pun nak call adik beradik kat kampung halaman, surely kawan-kawan korang yang akan membantu. So, hargailah kedua-duanya.

Thursday, May 14, 2009

2 Comments:

Tqa Zack said...

weh , hepi belated besdayyyy :)

Koe said...

ahahaha...
time kasih..
:D