Education Fair

Kalau korang sume ada baca post aku yang lepas, aku ada beritahu yang aku akan pergi ke Pameran Pendidikan British Council. Dan tadi aku sudah pun pergi ke pameran tersebut. ( Fair = pameran ke? ke Pesta? Macam mane ko nak sambung blaja kat UK ni? Fair pun ko ckp pameran. Haih~) Ok, pesta pendidikan. Apa-apa pun aku telah selamat pergi ke pameran tersebut bersama dengan 2 orang kawan aku dan adik aku. Excited siot nak pergi mase tu.


Dah sampai kat KLCC kitorang pun register la as visitors. Dpt Goody bag yang berisi liquid dan pen sebatang. Ya, akan aku gunakan beg itu sebaik mungkin. So, kitorang pun masuk la ke dalam Hall 5, KLCC tu. Mula-mula sekali aku dah set dalam kepala otak aku ni untuk melawat booth Uni of Plymouth. Sebab aku tau Uni tu ader menyediakan course yang berkaitan dengan course aku sekarang ni. Aku amik la buku prospectus kt booth tu. Mula-mula nak bertanya dengan mak cik omputih kt booth tu, tp disebabkan dia sibuk sangat kitorang pun berlalu la mencari booth uni lain.


Next stop is Coventry University. Uni ni pun menarik gak. Aku ckp aku nk enroll dlm Course Ethical Hacking and Network Security. Kitorang pun berbincang lah dengan sorang pak cik omputih kat booth tu. Fluent giler ar dia terangkan pasal course tu. Aku ingatkan dia macam normal ambassador untuk uni tu je, sebenarnya dia merupakan salah seorang lecturer untuk course tersebut. Bila aku cakap aku amik course network security, bertambah menarik la perbincangan kitorang.


Lepas habis berbincang, kitorang masuk dalam satu conference hall ni. Ada talk pasal IELTS. Yang sedihnya, kitorang terlambat. Sebab masa kitorang msuk tu, dah nak abis da talk tu. So, dpt dengar hujung2 je la.


Lepas tu kitorang g ke Staffordshire Uni. Yang ni pun menarik sebab ada course ape ntah nama dier. Yang penting memang berkait rapat la dengan course aku ni. So, macam biasa kitorang berbincang la macam mana nak enrol la hape la. Tapi booth uni ni xbest sikit, sebab xde handout yang boleh kitorang amik. Haih~


Last sekali, kitorang pergi ke kaunter feedback. Ikutkan hati memang aku tak suke nak bagi2 feedback ni, tapi disebabkan ader goodies yang disediakan bagi setiap manusia yang memberi feedback, secara tiba-tiba, tanpa dikawal, kaki aku melangkah ke kaunter tersebut. Isi lah feedback forum sume tu. Pastu aku dapat thermos as goodies. Ok la tu, daripada tak dapat apa-apa.


Sedikit kesimpulan daripada program aku hari ini :


  1. Aku asyik tanya pasal credit transfer walaupun pada dasarnya, aku memang tak nak pun buat credit transfer ni. (Saja nak tunjuk yang aku minat)
  2. Bila cakap pasil credit transfer, diorang akan tanya pasal course content aku. Diorang cakap kat website GMI tak lengkap. Setakat letak nama subjek without any description of each subject. So, aku dan rakan-rakan kena wat sinopsis for each subjek dan submit kepada insan tersebut. ( Nasib baiklah masa dia buka website GMI, server tak down,yang mana perkara ini selalu berlaku. Take note Khalil, u n ur gangs are going to handle the website next time.)
  3. Bayaran accomodation di UK agak mahal. Dan diorang kira by week ya rakan-rakan. Not by month macam kat Malaysia ni. Satu minggu bayarannya adalah lebih kurang 50 pound to 60 pound. Cuba korang jadikan pound tu kepada RM. (Mana pegi icon pound kat keyboard laptop ni?) *pound dalam ayat ini merujuk kepada matawang, bukan berat. harap maklum.
Emm... buat masa ni tu je lah kesimpulan yang dapat aku simpulkan. Kalau ada simpulan-simpulan yang aku terfikir lagi pasni, InsyaAllah aku tak update. 


~sign out~

Sunday, March 29, 2009

Day by day..

Sedar tak sedar, sekarang ni dah sampai ke penghujung bulan Mac. Maknanya aku ada kurang lebih 2 bulan lagi untuk menyiapkan Final Year Project aku. Walaupun korang rasa aku macam bertungkus lumus menyiapkan projek tersebut, aku sebenarnya tidak. Hari aku sering kali dihabiskan dengan tidur, menonton movie dan bermain futsal (Perlukah aku berbangga dengan kejujuran ini?).. Pun begitu, hati aku tetap gusar apabila aku memikirkan mengenai perihal projek ini. Habis bab projek.


Esok aku akan pergi ke KLCC untuk menghadiri British Council punye Education Fair. Ya, sememangnya aku memasang cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dengan berbekalkan CGPA yang boleh dikatakan memenuhi syarat untuk memohon pinjaman daripada MARA, aku berharap dapat menyambung pelajaran pada bulan September ini. Sebabnya, pengambilan pelajar di UK hanyalah setahun sekali iaitu pada bulan September. Itu yang aku tahulah. Kalau ada pengambilan pada bulan Januari pun hanyalah untuk jurusan bisnes dan seangkatan dengannya.


Bab nak sambung belajar ni pun aku pening kepala juga. Nak pilih Universiti mana tu satu hal. Nak isi online form kat UCAS pn satu hal lagi. Lagi satu, IELTS. Majoriti UK's Uni nk at least band 6 or 6.5 untuk qualified. Aku dengar, IELTS ni susah. Tapi kalau aku nak juga sambung belajar, kenalah cuba sedaya upaya. Ya, aku yakin aku boleh. Bukan sebab aku ni rakyat Malaysia yang berpegang pada motto " Malaysia Boleh". Aku yain aku boleh kerana diri aku ni agak dah biasa dengan bahasa asing tersebut. Terima kasih diucapkan kepada parent dan cikgu2 aku yang menjadikan aku tidak asing kepada bahasa asing tersebut.


Masalah paling besar untuk sambung belajar sekarang ini adalah, kemampuan MARA untuk memberikan pinjaman pelajaran untuk membolehkan aku mendaftar pada tahun ini juga. Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh seorang kawan aku ni, MARA hanya boleh membenarkan kitorang sambung belajar dengan menggunakan pnjaman mereka bermula tahun depan sahaja. Maknanya, aku kena tunggu lebih daripada setahun untuk sambung belajar. Betul ke tak apa yang kawan aku cakap ni? Damn~ I really need to go to MARA to find out myself. Kalau betullah tak boleh dapat loan untuk tahun ni, apa yang harus aku lakukan? Kerja? Tanam anggur? Haih~ Buntu...


Apa-apa pun, esok aku nak check it out dulu universiti mana yang best untuk di-'apply'. Best dari segi jurusan dan faktor geografi. Tips yang diberikan oleh mak cik aku, stay away from Scotland and London. Scotland adalah sangat sejuk. Dan kos hidup di London adalah sangat mahal. "Bear in mind Khalil!" "No to any Uni in or near Scotland and London!". Remember! Remember! Err, Plymouth dekat ngan London or Scotland ke? hurmm...

Saturday, March 28, 2009

Sedikit Gambar

Aku dengan Amer, sbg 1st double.


Bergambar sebelum mula game ngan mecha


Bang Zai, aku n Sry sblm game Netball..


Aku ngan BangZai..


Sibuk bermain netball


Sry, Peci, Amer n Aku.. Sebelum mula kelas...


Aku, Peci, Amer, Mimi kat San Francissco Pizza.


Peci, Sry,Amer,Aku kt Sg. Gabai.


Aku, Amer, Peci, Syamil kat mane ntah aku tak ingat dah...


Dua gambar kt atas ni diambil masa on da way nak g Pavillion from Times


Lama dah rasa tak upload gambar dalam blog ni. Haaa... Gambar2 kat atas ni, adalah beberapa gambar yang aku snap atau kawan2 aku snap bermula dari awal sem sampai sekarang. Memangla ada banyak lagi gambra-gambar tu, tapi tak kan nak upload semua kot. Hurmmm... Been thinking of getting an account in photopages or flickr. Naaahh.. Maybe later. Orang-orang dalam gambar2 kat atas nilah insan2 yang selalu menjadi teman lepak aku. Best friend la senang citer. So, korang layan la ye ape yang boleh dilayan.


~sign out~

Tuesday, March 10, 2009

Update a.k.a kemaskini

Uish, lame da rasenye aku tak kemaskini blog aku ni. Terlalu fokus kat blog lagi satu yang lebih dikomersialkan berbanding blog ni. Komersial la sangat. hahaha... Masa aku dok tengok blog-blog orang lain tadi terasa cam nak ber'blog' la plak. Padahal tak de idea sangat pon. hahaha..


Here some new update from my last post until today. Well not exactly as detail as it should be in reality. Just a few highlight for some interesting and important activities along that period.


Department IE, which is my department anjurkan sukan antara semua pelajar semester 6 dengan staff IE. Macam-macam sukan ader. Futsal, badminton, bola tampar, bola jaring n sepak takraw. Setakat ni, sukan yang aku terlibat adalah, futsal, badminton, bola tampar dan bola jaring. Dan setakat ini jugak, belum ada lagi keputusan yang boleh aku banggakan selaindaripada seri lawan futsal ngan group mecha. 


Yang aku nak highlightkan kt sini adalah, aku bermain bola jaring. Hahaha... Jd GS weh. Sharp shooter kot. tp score sebijik je la. hahaha... Dah lah aku tak tau pun pasal rules netball ni, kne la blaja drpd girls class aku. Kne la trun training ader 1 ptg tu. hahaha...


Tadi ader presentation on our progress report. Ala untuk final year project aku.. Haih~ Progress tak banyak sangat. Mata aku ni da nak juling da tgk coding untuk LMS ni. Abis pening da kepala aku ni memikir nak main ngan coding PHP ni. Aku plak boleh concentrate untuk ngadap coding ni bile ader mood je. Kalo mse ngah lecture tbe2 mood nk tgk coding tu dtg, aku abaikan je lectrer kt dpan tu. Aku berlayar ngan laptop aku dlm lautan simbol2 coding yg aku sendiri tak berapa nak paham.


Harap-harap sangat la aku dapat meet the verifiers expectations mase internal and external verification nanti. Nasib la ader si tua zaini tu untuk ngadap coding ngan aku. Nak harapkan paan yang kununnya banyak 'komitmen' tu, bek aku bakar je laptop aku drpd bg dier adap coding tu. Aku tak leh nak bayangkan muka dier bile dok depan laptop sambil mengkaji coding, pastu tangan dlm seluar sambil mulut ternganga. Haih~ Korang yang baca ni, tak payah la bayangkan cmne rupenye, yang pasti memang buruk benor. hahaha...


Skang ni aku ngah baca satu english novel yang dimiliki oleh paan. Ntah dier beli ke dier jumpe ntah. Tapi best weh novel ni. Tajuk dier CROSS. Da nak abis da ni. Haih~ Satu sebab kenapa aku jarang beli novel n buku cerita ni, sebab bila aku da mula baca, susah nak berhenti. tak kire la sok ader kelas ke tak. Haih~ Natijahnya, bile dalam kelas esoknya tu, mula la mata sepet aku ni jadi kuyu. hahaha...


~sign out~

Friday, March 06, 2009

Politik dan kepercayaan?

Sekarang ini tengah kecoh isu kejatuhan Pakatan Rakyat dalam negeri Perak. 4 wakil rakyat dari parti pembangkang dah keluar daripada parti. Ada yang masuk parti bebas, ada yang masuk Ameno. Isu utama sekarang ni adalah sama ada akan diadakan pilihanraya kecil atau pun tidak. Bagi Pakatan Rakyat, mereka sememangnya inginkan pilihanraya kecil diadakan. Speaker Perak pun da cakap akan diadakan pilihanraya. Pun begitu, SPR telah mengumumkan bahawa tiada pilihanraya kecil yang akan dijalankan.


Haih~ Drama politik Malaysia kini ditambahkan lagi dengan plot-plot yang memeningkan rakyat jelata. Janji pakatan rakyat dahulu bahawa 16 September akan bertukarlah kerajaan Malaysia ini. Maka, tertunggu-tunggulah rakyat jelata akan perubahan yang hangat diperkatakan. Hangat-hangat isu tersebut tak ubah seperti hangat-hangat tahi ayam. Sudah hampir setahun PRU berlalu, namun Malaysia masih lagi dibawah pemerintahan Pak Dolah. PKR, PAS, DAP suma masih lagi parti pembangkang, dan segelintir rakyat jelata masih lagi terseksa.


Lihat saja di Selangor, beberapa biji rumah telah dirobohkan pada zaman pemerintahan BN sehingga memaksa empunya rumah tinggal dalam khemah bersama keluarga. Isu ini hangat digunakan oleh PR untuk memancing undi. Hari ini, undi rakyat yang teraniaya telah mereka miliki, namun hak mereka masih lagi belum terbela. Mereka masih lagi tinggal di dalam khemah usang, pondok usang walaupun sudah hampir setahun PR memerintah Selangor.


Aku bukannya tidak lagi menyokong PR ni. Aku sokong bila mereka memperjuangkan hak rakyat. Tapi dalam kes ini, ternyata mereka telah terlupa akan tanggungjawab dan harapah rakyat terhadap mereka.


Yang penting bagi mereka, Camry dijadikan kenderaan rasmi. Ya, ada benanrya jika mereka katakan bahawa kereta Camry tu tahan lasak dan bayaran servisnya lebih murah berbanding kenderaan nasional yang murah harganya, tetapi mahal bayaran servisnya. Tak mengapalah jika ingin berkereta mewah, tapi janganlah sampai nasib rakyat tidak diendahkan.


Politik memang penuh dengan putar belit dan tipu helah. Ternyata agak sukar untuk aku memahami selok belok politik tanah air.


Kelmarin aku ada terbaca ucapan Obama ketika perlantikan beliau sebagai POTUS. Amerika dapat ketua kampung baru yang juga merupakan orang kulit hitam pertama menjadi POTUS. Terdapat beberapa petikan yang menarik minat aku :

"To the Muslim world, we seek a new way forward, based on mutual interest and mutual respect. To those leaders around the globe who seek to sow conflict, or blame their society's ills on the West - know that your people will judge you on what you can build, not what you destroy."


Sekali baca memang memang da boleh faham da ayat ni. Seorang rakan aku pula memandang makna ayat ini dari sudut lain. Diandaikan ayat ini merupakan amaran kepada PM-wannabe kita :

"Kepada dunia Muslim, kami mencari jalan baru untuk ke hadapan, berasaskan kepentingan bersama dan hormati menghormati. Kepada setengah pemimpin di dunia yang ingin menanamkan benih persengketaan, atau menuduh Barat sebagai punca segala kebejatan dalam masyarakat mereka – sedarlah rakyat kamu akan mengadili kamu diatas apa yang kamu bangunkan dan bukan apa yang kamu rosakkan."


Yang ini pun sama :


"To those who cling to power through corruption and deceit and the silencing of dissent, know that you are on the wrong side of history; but that we will extend a hand if you are willing to unclench your fist"


Mungkin ini sama seperti amaran Che Det kepada Najib dan Bee End. Maksudnya:


"Kepada mereka yang ingin terus berkuasa melalui rasuah dan penipuan dan menutup ruang demokrasi untuk rakyat bersuara, sedarlah bahawa kamu bukan bersama sejarah, tetapi kami akan menghulurkan tangan jika kamu bersedia membuka gengaman kuku besi kamu."




Aku bukanlah penyokong Obama ni. Sebabnya, dia menyokong tindaka Israel terhadap Palestin. Bila seseorang itu menyokong kezaliman terhadap umat Islam, aku anggap dia sama sahaja dengan mereka yang memegang senjata dan menzalimi umat Islam. 




Dalam kitab Talmud orang yahudi ada mengatakan bahawa Non-Jews ni sama seperti binatang. Jews boleh mencuri harta-harta non-jews. Mereka tidak perlu membayar gaji non-jews yang bekerja dibawah mereka. Mereka boleh membunuh non-jews, tanpa mendapat sebarang dosa. Kerana kepercayaan inilah, mereka berani membelakangkan suara dunia, dicampur dengan sokongan kuasa #1 dunia, Amerika, mereka dengan berani dan tanpa belas kasihan telah membunuh rakyat-rakyat Palestin. 




Plot entry aku kali ni pun da bercampur2 sampai aku sendiri pun pening. Harap korang pahamla ape yang aku tulis dalam entry ni, dan fikirkanlah dengan akal yang waras dan hati yang terbuka. 




~sign out~

Thursday, February 05, 2009