Football Fever & Work..

Selamat Pagi semua.


Sekarang ni tengah kecoh pasal World Cup. Demam World Cup dah menjangkiti hampir semua manusia, tak kira jantina dan usia. Kalau pergi kedai mamak kat mana-mana, then ada game bola, sure penuh punye la. Kalau game start pukul 10, pukul 9.30 dah penuh dah. Nak harapkan TV1 & TV2, 35 game je la dapat tengok. Itu pun ada yang delayed. Tapi aku terasa yang World Cup kali ni cam tak best sangat. Memang banyak benda-benda yang tak dijangka berlaku. Kau expect team A menang besar, last-last, Team A tu kalah or seri. Cakap pasal seri, World Cup kali ni, cam banyak je game yang berakhir dengan seri. Bile seri, 1-1 or 0-0. Paling kuat pun 2-2. Bosan der. Kalau da tau result nak seri, baik tak payah main dari awal. Seri jugak, goal difference pun 0 juga.




Owh, World Cup kali ni, favorite team aku adalah South Korea, England & Mexico. So far, Mexico la yang cam okay sikit. Korea menang 1st game, tp kalah 2nd game. England? Haish~ Dua-dua game seri. Ape kes? Tengok pun buat tambah dosa asik maki sana-sini. hahaha... Cameroon da terkeluar, France da nampak pintu airport da, even Anelka da balik dulu. So far, France seems to be the team with the most internal issues. Tu la, tak berkat dapat masuk final. Orang main bola guna kaki, korang main bola guna tangan. LoL!




Kerja. Hari ni dah 21 hari bulan. InsyaAllah 30 ni aku habis kerja kt Penang & 30 hari bulan jugak aku balik KL. 1 hari bulan da kena masuk office kat Cyberjaya. Contract tak habis lagi. 9 July baru habis. So, kalo tak contract dihabiskan awal, aku kena stay kat office sampai 9 Julai. Lepas tu pulang ke Melaka. 18 Julai dah kena register semester baru. Maybe 13 or 14 Julai Yus nak ajak pergi Kelantan. Sampai 17 kot. Tapi tak confirm lagi. Tengoklah macam mana.




Seperti biasa, weekend aku kat Penang sangat bosan dek kerana malas nak keluar berjalan. Dah ekonomi tak mengizinkan nak berjalan camne der?? Baik aku dok diam2 dalam bilik, lapar2 masak maggie. Kalau keluar pun, stakat g swimming kt pool bawah tu sambil cuci mata tengok minah [sbb perempuan] salleh mandi ramai2. hahaha... Hari sabtu malam ari tu ada la keluar pergi makan mee udang kat Gertak Sanggul[kalo tak silap la]. Lepas tu pergi kawasan Durian Fest, atas bukit ape entah. At first, just nak tengok view Penang dari atas bukit tu. Tengah dok melayan perasaan, sambil tengok view + angin sepoi2 bahasa, driver taxi [trainer 2 org naik taxi] panggil makan durian. I'm not a big fan of durian. Setakat nak makan macam tu je boleh la. So, makan la duriannye. Ada 3 biji sumenye. Tengah makan driver taxi tu ckp, 3 biji RM 50. DAMN!! Dah makan baru cakap kot. Baik la makan durian kat rumah aku je. FREE!! Haish~ Tapi dah makan kan? So, bayar je la. Mee Udang memang terbaik ar. Puas hati makan woo!!




Weekend ni nak balik Melaka. Nak p wedding. Aku rasa cam nak amik cuti Isnin tu. Tapi tengok camne lah. Maybe Jumaat malam aku gerak balik melaka dari Penang. 7 JAM geng! Flat bontot aku weh~ Kalo gerak pukul 12 malam, sampai dalam kol 7, so cam ok la kan? Tido kejap, then kol 10 gerak g wedding. Ok lah tu. Jangan tgh makan2 nanti gua terlelap sudah. Hahaha... 


Just one week ++ left in Penang guys! Then back to KL! wohoo!! 

Monday, June 21, 2010

0 Comments: