Hampeh~

Now, citer dier camni.. Sekarang ni aku ada di Melaka. Aku gerak daripada Bangi ptg dlm lebih kurang pukul 2. Kiranya, pukul 2 aku da terpacak da kat Stesen KTM UKM. Tgk kat display board kat platform tu, dier tulis, tren ke Seremban akan sampai pada pukul 2.28 p.m. So, aku mcm lega la sebab tiket bas aku daripada Seremban pukul 3.30.. Aku pun duduk la dengar lagu sambil tengok gelagat manusia yang lalu lalang.


Tunggu punya tunggu da pukul 2.30 p.m. Tren tak sampai-sampai lagi ni. Bengong punye KTM, dok tulis tren smpi kol 2.28, tp da kol 2.30 bunyi tren pun aku tak dengar. Nak dipendekkan cerita, tren sampai jam 2.40+ p.m. Aku da tahu da yang aku tak kan dapat naik bas kol 3.30 tu. Kirenye, duit tiket aku da membazir sebanyak RM 6.90. Tren da sampai, aku da naik. Tren bergerak dengan sangat perlahan. Time tu aku terasa macam nak maki je driver tren tu. Dier memang la takde nak kejar apa-apa. Aku ni yang nak kejar bas. tapi disebabkan aku dok kat gerabak belakang sekali, so aku batalkan niat aku untuk memaki driver tren tersebut.


Perkhidmatan pengankutan awam kat Malaysia ni, bagi aku, sangat tak efisien. Tak menepati masa. Driver tren boleh bawak ikut sesuka hati. Takde pulak aku dengar suara daripada corong pembesar suara kat platform tu yang memohon maaf. Sungguh kurang sopan lagi tak bagus. Dah tau trn lambat, apa salahnya maklumkan pada penumpang dan mintak maaf seklai. Ini lah rakyat Malaysia yang dikatakan berbudi bahasa.


Aku sampai kat Seremban lebih kurang jam 3.32 p.m. Seperti yang dijangka, aku xdapat nak naik bas jam 3.30 p.m. So, aku pergi la beli tiket jam 4.30 p.m. Disebabkan lama lagi masa nak menunggu bas, aku pun duduk la kat kerusi yang tak berapa nak elok sangat. Aku letak beg baju dan beg kasut aku atas lantai. Beg laptop yang mengandungi sijil-sijil dan keputusan exam aku kat gmi aku letakkan kat atas kerusi sebelah aku.

Tengah aku dok dengar lagu, ader sorang laki warga negara asing yang bodoh Bahasa Melayu cuit bahu kiri aku. Aku pun pandang la. Jari dier menunjukkan ke arah lantai bawah kerusi belakang aku. Aku tengok ada dua kepin duit kertas RM1. Aku cakap la ngan dier, tu bukan duit aku. Pastu aku pandang depan balik. Orang tua yang xfaham bahasa ni cuit lagi bahu aku. Beriya-iya dier tunjukkan lagi duit tu. Sekali lagi aku geleng kepala (sebab dier tak faham bahasa melayu kot) nk bagitau yang tu bukan duit aku. Pastu, laki tu amik duit tu dan terus blah. Aku pun tak de la nak amik kisah sangat.


Tengah duduk mase tu, tiba-tiba tekak ni rase kering pulak. Aku pun bangun dan capai beg (yang aku sangka beg laptop aku) kat sebelah aku. Beg tu macam ringan je. Aku toleh, tengok beg tu bukan beg aku. Aku tanya la mamat cina sebelah aku tu, " Lu punya beg ka?" Dier geleng kepala. Sudah.. Mane pulak pergi beg laptop aku ni. Puas aku pusing nk cari beg tu. Lepas beberapa minit, aku da terasa cam sedih plak. bag laptop ngan laptop aku skali kena curi. Yang wat sialnye, pencuri tu gantikan ngan beg murah yang bodoh dan tak berjenama. Kosong pulak tu.


Aku pergi la kat pondok polis berdekatan, lagi terasa macam sial bila dalam pondok polis tu kosong. Aku tanya kat sorang pakcik yang jaga kedai simpan Luggage. "Pondok polis tu memang kosong ke pak cik?". Dier jawab, "Haah, memang kosong. Kenapa?". "Saya nak wat report. bag laptop saya kena curi", aku balas. Dengan bodoh lagi bangangnya pak cik tu jawab, " Tu la, kedekut sangat tak nak keluar duit simpan beg kat sini (kedai simpan beg dier)". Time tu aku terasa macam ringan je tangan aku nek hempuk kan orang tua yang tak tau cerita sebenar. Orang melayu kan. Cakap ikut sedap mulut je. Pak cik, mintak2 la kedai pak cik terbakar ke, tangga atas kedai pak cik tu runtuh hempap kedai pak cik, lagi bagus dengan pak cik sekali dier hempap ke ape ke. Biar padan muka pak cik ya.


Aku pun blah dengan ati yang panas. Nak wat cemane lagi. nak wat report polis takde. Aku pun pusing la satu stesen bas tu, mane la tau aku ternampak ke mamat pencuri sial tu. Tapi nak wat cemane, tak jumpe gak. Tapi mase tu, otak aku ni da set da, kalo aku nampak je mamat tu, aku capai je ape yang ader dekat ngan aku, aku pegi kat mamat tu, aku tibai dier sampai separuh mati. Tak kire la ader yang tahan aku ke ape ke. Yang penting aku dapat tibai. Tapi benda tu hanya bermain dalam kepala otak aku ni je, sebab orang yang aku cari tu tak dijumpai.

Ape yang dapat aku simpulkan.. ( kira macam conspiration theory la) mamat yang tunjuk duit kat aku tu, ngan mamat yang tibai laptop aku tu satu geng. Sebab, kalo tak silap aku, sebelum mamat bodoh yang tunjuk duit tu cuit aku, ader sorang mamat yang senegara dengan dier, yakni Bangladesh, dok kat kerusi sebelah laptop aku. Lepas ni, kalo aku ader dengar mane2 mamat pendatang yang bergaduh ke ape ke, tanpa ragu-ragu aku akan join untuk bantai diorang.

Da la datang negara orang, pastu wat keja terkutuk plak. Nak tunjuk samseng. Ekeleh, tak hantar korang balik negara sendiri pun da cukup baik tau. Kalo tak, makan pasir la korang kat kampung halaman korang. Tapi tula, kerajaan Malaysia pun satu. Susah sangat ke nak tangkap mamat2 pendatang asing tanpa izin ni pastu anta diorang balik ke negara masing2. Pastu bagitau kat ketua negara diorang, kalo ada lagi pendatang asing kat Malaysia, diorang akan dihukum gantung ke, kena seret ngan lori pasir ke ape ke. kalo da cara lembut tak berkesan, guna la cara yang lebih keras.

Kontraktor-kontraktor pun sama gak. Punya la ramai rakyat Malaysia yang menganggur, diorang nak jugak amik orang luar. tau la murah bayar gaji diorang. Jangan la asik fikir untung je. Fikir nak tolong orang sekali la. Barula ader keberkatan dalam rezeki tu. Penganggur kat Malaysia pun lebih kurang je. Keje tak nak berat, tapi gaji nak tinggi-tinggi. Kalo syarikat sendiri lain la. Nak buka syarikat sendiri takde modal kan? So, tahan je la kerja berat sikit. Yang penting usaha dan ikhlas. Rezeki ader kat mana-mana ke. jangan la sampai nak mencuri untuk dapat duit. Bodoh namanya tu. Tuhan marah tau. Sok kat akhirat nanti ko kena pikul laptop aku tu, jumpa aku kat padang mahsyar, mintak ampun minta maaf ngan aku. time tu nanti aku cakap kat ko balik, " tak dapat la jeng. Ko terima je la seksa ko".

~panas!! panas!! panaaaaaassss ati aku ni!!!

Friday, January 23, 2009

5 Comments:

Herpes Zoster said...

sedey nye koe..

saba ek~

adus..

tp kn klu kat cni kitorg ni cm paham2 je arab ni pencepot.. jd mmg bese nye kitorg terlalu berhati2..

mule2 aku bace part ko letak beg ko td pon ak bleh agak beg tu nk ilang..

kire nye bangla tu saje nk suroh ko pandang tempat lain la kn? so mamat lg satu tukar beg lain?

sedeh2..

abes ko nk beli laptop baru ker?

acu said...

Koe, bawak bersabau je la. Mungkin jodoh kau ngan laptop tu dah takde dah, menandakan kau akan dijodohkan dengan laptop baru, huhuhuhu. Anyway, aku setuju ngan pandangan kau ttg PATI tu! Ttg public transport tu, kau harus bersyukur dengan apa yang ada. Compare kat India ni, kita punya dah kira high class dah! Dah, jgn bengang2 lagi. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya, betul tak? :->

Md Zaini Zulkufli said...

pehh..nyesal aku doakan ang terlepas bas arituh..adoi

K0_E said...

ala, no sweat la..
bende da nk jd..
nk wat cmne...

K0_E said...

yus: thanx. aku rase xbeli laptop br kot.. budget xdak.. huhuhu...

faiz: ya2, PATI or PADI, same je. Bnyk mudarat drpd kebaikan. Halau balik je. Org kita pn susah gak nk ckp. Haih~ tp yg bab public transport tu, ak bukan xbersyukur. tp kalo da tau tren tu lembap lagi x menepati masa, baik xyah letak board yg tunjukkan time utk tren tu smpi. Wat sakit ati customer je. haih~