Perihal kehidupan seharian..

Tajuk post tu macam melambangkan idea tengah banyak yang akan digandingkan bersama penggunaan ayat-ayat yang dramatis. Ya, setakat tu je la aku boleh guna ayat-ayat macam tu. Ni dah tak boleh nak fikir ayat-ayat dramatis lagi berpuitis lagi dah. Dan ya, sekarang ni aku sedang menaip secara spontan tanpa mempunyai sebarang idea untuk dicurahkan. Apa yang terlintas dalam otak, itu yang jari aku akan tarikan atas keyboard. [Tapi aku terpaksa menapis sedikit sebanyak apa yang terlintas dalam otak ni, takut-taku nanti ada yang tak patut diberitahu nanti, terkeluar pula]


Hobin jang hobin~ Sumpah aku tak faham apa maksud hobin tu. Tapi itu yang aku nampak dalam TV masa final piala FA aritu kot. NS lwn Kelantan. Yang berakhir dengan kemenangan NS sebanyak 3-1. Game yang agak menarik, tapi belum mampu untuk membuatkan aku berhabis duit lepak kat mamak untuk menontonnya. Sekadar menonton kat rumah sahaja. Apa yang aku nak kisahkan sebenarnya adalah sikap segelintir peminat-peminat Kelantan yang membakar mercun, kerusi dan membaling objek-objek ke arah padang. 3/4 daripada penonton pada malam itu adalah penyokong Kelantan. Ape kes? Tak puas hati? Apa salah kerusi tu sampai kena bakar? Sekarang tengok apa dah jadi, Persatuan bola sepak kelantan akan diambil tindakan kerana sikap-sikap tidak professional penyokongnye. Ape? Ingat pemain je kena profesional? Penyokong pn kena jugak. But in a different way la orang kata.


Malam semalam pulak, Man U kalah dengan Chelsea. Tapi tak ada pula kerusi yang terbakar. Mercun pun tak de pam pom pam pom kat padang tu. Menang kalah adat permainan [saja nak pujuk ati yang tengah sakit sbb Man U control game tp kalah].. Tak apalah, game banyak lagi. Banyak lagi masa. Tapi agak sia-sia jugaklah perjalanan aku ke Subang semalam bila pulang dengan kekecewaan. haish~ Xpe2.. Man U still my fav team. Tapi ku tgk Obertan tu macam ada potential 2 b a good winger. Sama-sama kita nantikan.


Habis bab bola, masuk bab kerja hari ni. Yeah, hari ni terasa sangat penat. 3 orang nk setelkan 1 lab yang ada 50 pc. Lab tak ada internet. Ada local area network sahaja. Network pn agak langsi. Gune static IP yang agak menyusahkan n aku tak faham ape pasal diorang gune static IP.range 01 smpi 255 untuk satu jabatan yang ada 3 or 4 building. Mau x conflict ble korang tgh2 wat keje. Nak2 ble tgh wat ghost. Sumpah sakit ati.. Tapi nak buat camne kan? Dah itu tugas kitorang, nak tak nak kena gak buat. So, tadi siap lebih kurang jam 6.00 ptg. Keluar lab dengan semangat sebab nak balik sbb tak tahan dah tengok pc lab tu, tiba2 keluar je tgk hujan yang agak lebat. Terus sarung baju n seluar hujan. Niat memang nak redah je, tak nak tunggu hujan reda dah. hahaha.. Maka dengan semangatnya aku redah hujan untk bergerak pulang dr UM ke shah alam.Sakit2 gak la pinggan ni dok bongkok sebab nak 'potong' angin bagi laju. Maklum la motor EX5 buruk tu, laju mane la boleh g kn. Rase cam nk naik 125 ku je sok. Tapi minyak macam air lak motor dier. Bazir minyak, jimat masa. Masa itu emas, emas lg best dari minyak. So, patutkah aku bazir minyak untuk menjimatkan masa? Huurrrmmm....


~sign out~

Monday, November 09, 2009

1 Comment:

Anonymous said...

Do you find me hot ?

You can see me here

[url=http://sexscreener.org/p/random/1992]My Profile[/url]